Jumaat, 29 Oktober 2010

KERUNTUHAN AKHLAK DAN GEJALA SOSIAL DALAM KELUARGA; ISU DAN CABARAN


























Seminar Kaunseling Keluarga 2008


KERUNTUHAN AKHLAK DAN GEJALA SOSIAL DALAM KELUARGA; ISU DAN CABARAN


Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid, Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai 81310 Johor Bahru


hashimhj62@yahoo.com, kyhelmi79@yahoo.com, mie_spiutm@yahoo.com, utmkaunseling@yahoo.com


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk melihat isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya punk dan budaya blackmetal; isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit serta vandalisme yang berlaku dalam keluarga di Malaysia. Data-data menunjukkan pembabitan rakyat Malaysia dalam jenayah ini. Punca-punca telah dikenal pasti yang menjadi penyebab berlakunya gejala ini. Justeru itu isu-isu ini turut memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut malah kepada masyarakat dan negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala sosial ini yang boleh merosakkan masa depan negara.


PENDAHULUAN


Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapijuga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, samaada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan diatas.


Pengaruh Budaya Barat


Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini, masih mengambil model Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, dinegara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam. Contoh-contoh wujudnya ajaran-ajaran ini turut dibincangkan dalam ulasan ini.


Pengaruh Skinhead

Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an.Sekarang Skinhead sudah menyebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun Skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja (utamanya buruh pelabuhan) di London, Inggeris. Skinhead juga bisa merujuk kepada kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat musik streetpunk dan juga punk.


Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads. Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.


Budaya Punk

Punk pula lahir di London, Inggeris. Sejak tahun 1980-an, saat punk bermaharalela di Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga dapat bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik. Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera membantah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu peningkatan pengangguran yang tinggi.


Banyak yang menyalahartikan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di Inggeris pernah terjadi wabak penggunaan jem berbau tajam untuk mengganti bir/arak yang tak terbeli oleh mereka. Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yangberpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.


Pengaruh Black Metal

Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Antaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal.Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama. Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.


Sejarah Black Metal

Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Oystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem. Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM, termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna".



Isu Kemaksiatan dan Pelbagai Keruntuhan Akhlak Di Malaysia


“…saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorag individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”.


Sumber: Ucapan Perdana Menteri, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi, 2005



Begitulah tingginya harapan dan hasrat yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui kata-kata dan ucapannya. Namun begitu setelah negara kita merdeka 50 tahun dulu, adakah jiwa raga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka?. Sebagai renungan untuk menjawab persoalan di atas,


sebanyak 1.13 peratus remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40 peratus menonton bahan lucah, 16 peratus berjudi, 70 peratus merokok,14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25 peratus mengambil minuman keras, dan18 peratus melakukan seks bebas (majalah Siti, 2006).


Dapatan ini merupakan satu angka yang amat membimbangkan dan boleh meruntuhkan kecemerlangan negara Malaysia. Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia bermula dari diri individu itu sendiri. Mereka ini berjiwa kerdil, pasif, tidak menghargai diri, tidak berpendirian dan tidak berwawasan. Mereka juga tidak mempunyai identiti sendiri,mudah terpengaruh dan lebih mengagung-agungkan budaya kuning dari Barat. Sepatutnya mereka bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya. Mereka juga lemah minda, malas berfikir dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan masalah sehingga ada yang mengambil dadah dan yang paling kritikal sehingga membunuh diri.


Dalam melahirkan kebanggaan, sebahagian rakyat khasnya golongan remaja terlibat dengan fenomena keruntuhan akhlak yang amat menjijikkan dan boleh melemah dan meruntuhkan negara bangsa. Antara gejala keruntuhan akhlak tersebut ialah perbuatan maksiat seperti khalwat, zina dan sumbang mahram, minum arak, penggunaan pil hayal, judi dan penagihan dadah yang dilihat hampir tiada jalan penyelesaiannya. Mengikut sumber pelbagai agensi kerajaan didapati jumlah yang terlibat dengan pelbagai gejala keruntuhan akhlak amat tinggi dan membimbangkan seperti mana paparan data berikut.


STATISTIK KESALAHAN JENAYAH SYARIAH BAGI TAHUN 2003-2007 SELURUH NEGERI JOHOR


Statistik di dalam Jadual 1 menunjukkan peningkatan pelbagai kesalahan jenayah syariah dari setahun ke setahun. Ini yang dapat dikesan melalui tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Bagaimana pula keadaan di seluruh negeri yang mungkin tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa?




Data di dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa jenayah syariah sumbang mahram dalam kalangan anggota keluarga yang ada pertalian darah. Didapati perbuatan bapa kandung sendiri yang tertinggi melakukan perbuatan terkutuk ini. Ini diikuti oleh bapa saudara dan abang kandung.




Ancaman Penagihan Dadah


Ancaman Penagihan Dadah masih kekal sebagai musuh pertama negara sehingga kini. Walaupun agak keterlaluan untuk mengaitkan penagihan dadah ini dengan gejala keruntuhan akhlak, namun semua berpunca daripada fenomena akhlak yang tidak diurus dengan bijaksana sehingga seseorang itu terjerumus ke lembah kehancuran ini. Statistik jumlah penagihan dadah di dalam Jadual 4 jelas menunjukkan bahawa masalah ini amat berbahaya dan perlu ditangani secara berterusan.Taburan jumlah penagih dadah yang dikesan menunjukkan Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 6,685 orang diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6,073), Kedah (4,593), dan Kelantan(3,625). Mengikut sumber itu juga didapati 72.62 peratus yang ditangkap merupakan golongan belia yang majoritinya berumur 25 – 29 tahun, 71.35 peratus yang dikesan itu pula adalah belia Melayu yang beragama Islam, 79.56 peratus berpendidikan sekurang-kurangnya tingkatan 3, 91.48 peratus mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am).




Mat Rempit

Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama dijalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).


Didapati pada sekitar tahun-tahun 80an dan awal 90an, gejala ini banyak bertumpu di Kuala Lumpur, ianya kini sudah merebak hampir ke semua negeri di Malaysia. Malahan, di ceruk-ceruk kampung sekalipun gejala sebegini sudah menjadi lumrah dengan penglibatan masyarakat tanpa mengira batas umur dan bangsa. Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah:


• Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.

• Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.

• Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.

• Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.

• Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.


Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas,dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.


Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motorsikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat. Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan),India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.Isu


Pembuangan Bayi


Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta nak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hariini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.


Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat senario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.


Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kespada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Pada 2000, 65 kes dicatatkan diseluruh negara, 2001 (97 kes), 2002 (98 kes), 2003 (92kes), 2004 (78 kes), 2005 (67 kes)dan 2006 (83 kes). Tahun lalu sahaja, daripada 83 kes di seluruh negara, Selangor mencatatkan 24 kes, Johor (21 kes), Sarawak (12 kes), Sabah (11 kes), Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga kes), Perak dan Melaka (dua kes) serta Kelantan dan Terengganu (satu kes). Statistik sama turut mencatatkan usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalam tempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes.


Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya, terutamanya dalam kalangan remaja lelaki, juga merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu risikonya.


Selain itu, kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Halijahberkata, antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan. Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan.




PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK


Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?


Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.


Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebihmemahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramaipara remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.


Pengaruh Media Massa

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yangmemaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-programrealiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-matamempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.


Sikap Keluarga

Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini.


Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.


Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini .Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.


KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK


Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.


Kesan Ke atas Individu

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara.


Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.


Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:


• Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.

• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian.

• Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja.

• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.


Kesan Ke atas Masyarakat

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masaakan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah:


• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat salingcuriga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.

• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.

• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

• Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.


Kesan Ke atas Negara

Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yangakan berlaku ialah:


• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.

• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat.

• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.

• Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah.

• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.

• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.


KESIMPULAN


Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar-gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benarmenepati kecemerlangan 51 tahun kemerdekaan.


RUJUKAN


Buku Dasar Kerajaan. (2006). Dasar-dasar kerajaan. Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan Malaysia.


Kertas Kerja. (2007). Menangani gejala jenayah syariah. Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Johor.


Laporan Tahunan. (2007). Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kuala Lumpur. AADK.


Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).


Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu: Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti Sastera dan SainsSosial, Universiti Malaya.


Samsudin A. Rahim. (1994). Tingkah laku lepak di kalangan remaja (Kajian di Semenanjung Malaysia). Laporan akhir dimajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.





SATU KAJIAN SKEMA TAAKULAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU


oleh

DR. ASWATI BINTI HAMZAH

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan
bagi Ijazah Doktor Falsafah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Januari 2007


PENGHARGAAN


Segala puji kehadrat Allah S.W.T yang amat pemurah lagi amat penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W. Berkat keizinan, limpah kurniaNya, memberikan hidayah, segenap kekuatan dan pertolongan yang telah diberikanNya sehingga dapat menyempurnakan amanah untuk melengkapkan tesis ini. Rakaman setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Universiti Sains Malaysia kerana telah membiayai keseluruhan pengajian pengkaji dan memberi tempat untuk pengkaji melanjutkan pengajian di peringkat ini.

Setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Prof Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed, dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, penyelia utama Dr. Abdul Ghani Kanesan Abdullah dan penyelia bersama Prof. Madya Dr. Khadijah Zon atas tunjuk ajar dan dorongan yang tidak ternilai harganya. Sekalung penghargaan kepada bekas penyelia Profesor Aminah Ayob dan Prof. Madya Dr.Mohd. Daud Hamzah, yang banyak memberikan dorongan, keyakinan dan bimbingan bagi melaksanakan kajian ini.

Rakaman penghargaan kepada semua guru saya di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan terutama, Prof. Madya Dr. Ishak Ramly, Prof. Madya Dr. Hashimah Hashim, Prof Madya Dr. Mokhtar Ismail, Prof Madya Dr. Munirah Ghazali, Prof Madya Dr. Anna Christina, Dr. Hashimah Mohd Yunus, Prof Madya Dr. Zurida Ismail dan Dr.Abd Halim Ahmad yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan membantu saya. Semua kakitangan bukan akademik PPIP yang memberi sokongan dan bantuan dalam semua aspek.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Mustapa Kassim, Prof. Maznah Ismail yang sentiasa memberi dorongan untuk saya meneruskan kajian ini. Sekalung budi dan terima kasih tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon, UM, Dr. Siraje UIAM, Professor Dr. Hassan Langgulung, UIAM,Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud,ISTAC, Allahyarham Professor Muhammad Al-Mahdi pengasas Khalifah Project yang banyak memberi nasihat dan meluangkan masa untuk perbincangan ilmiah.

Sekalung budi untuk Dr.Ahmad Marzuki Haji Zainuddin pengarah Pusat Pendidikan dan Pembangunan Manusia UIAM, Dr. Mohamad Mat Husin, UKM, Allahyarham Dr, Jamaluddin bin Osman, Penggawa Desa Siswa Bakti untuk pentadbiran ujian. Penghargaan istimewa dihulurkan kepada Dr. Chin Heng Yeap, Pusat Perkembangan Kurikulum yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan tanpa mengira waktu khususnya dalam peringkat awal kajian dan pembinaan alat ukur kajian.

Terima kasih dan sekalung budi kepada pegawai-pegawai bahagian pinjaman antara perpustakaan USM, kakitangan perpustakaan Tun Seri Lanang, dan perpustakaan pendidikan UKM, Perpustakaan utama UM, UIAM yang banyak membantu untuk mendapatkan rujukan. Kepada pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang memberi keizinan melibatkan sekolah dan pelajar dalam pengutipan data kajian.

Akhir sekali kepada semua sahabat dan rakan seperjuangan terutama Puan Sarimah Kassim sekeluarga yang banyak menjaga dan membantu saya sepanjang tempoh ini.



Tesis ini khusus untuk

Abah; Hamzah Kusiran,
yang sentiasa mengirimkan doa dan kasih sayang
Emak; Tusiah Kajar,
yang sentiasa merestui dan bersabar dengan kerenahku
adik beradik,
Abang Fuad, Asmilah, Fauzi, Asmidah, Fairus, Fikri,
Firdaus, Zaleha, Khadijah dan Afiqah
yang sentiasa dekat dengan kasih sayang
dalam semua keadaan,
semua guru, sahabat yang dikasihi, handai taulan
yang menjadi pendorong dan penggerak selama ini.

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa

Januari 2007






JADUAL KANDUNGAN

Muka surat

JADUAL KANDUNGAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN



BAB 1 PENGENALAN


1.0 Pendahuluan
1.1 Latar belakang masalah
1.1.1 Dekadensi akhlak dalam kalangan orang Melayu
1.1.2. Faktor-faktor yang mempengaruhi dekadensi akhlak dalam kalangan orang Melayu
a. Faktor luaran
b. Faktor dalaman

1.2 Pernyataan masalah

1.3 Objektif penyelidikan.

1.4 Persoalan kajian

1.5 Hipotesis kajian.

1.6. Signifikan kajian

1.7. Definisi istilah.
1.7.1 Skema
1.7.2 Akhlak
1.7.3 Moral
1.7.4 Taakulan
1.7.5 Skema Taakulan Moral
1.7.6 Skema Taakulan Akhlak
1.7.7 Orang Melayu
1.7.8 Pelajar Melayu
1.7.9 Skema Taakulan Akhlak Pelajar Melayu
1.7.10 Elemen Penyaring

1.8 Batasan Kajian

1.9 Kesimpulan


BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

2.1 Teori-teori perkembangan moral
2.1.1. Teori psikoanalisa.
2.1.2 Teori pembelajaran sosial atau teori kognisi sosial
2.1.3 Teori perkembangan kognitif
2.1.4 Doktrin moral keagamaan dan unsur kerohanian (spiritual)
2.1.5 Taakulan moral
2.1.6 Kajian-kajian taakulan moral di Malaysia.
2.1.7 Ringkasan, kritikan dan cadangan


2.2 Teori Skema Taakulan Moral oleh Neo-Kohlbergian
2.2.1 Latar belakang pembentukan Teori Skema TaakulanMoral oleh Rest, pencirian teori dan kajian-kajian yang berkaitan dengannya
2.2.2 Tren kajian kumpulan neo-Kohlbergian.
2.2.3 Teori skema dan pengukuran pemikiran moral
2.2.4 Peranan skema dalam membantu proses pemikiran individu dan perkaitannya dengan peranan skema moral dalam membantu pemikiran moral
2.2.5 Elemen kepercayaan agama dalam teori skema taakulan moral
2.2.6 Kesimpulan



BAB 3 FALSAFAH PEMBENTUKAN SKEMA AKHLAK DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI ISLAM



3.0 Pendahuluan

3.1 Akhlak Islam, ruang lingkup makna, orientasinya dan konsep Ad-Din.

3.2 Binaan akhlak Islam, ciri-ciri istimewa akhlak Islam.

3.3 Akhlak Islam sebagai menifestasi konsep Ad-Din

3.4 Konsep kecemerlangan akhlak dan penyusutan akhlak (moraly decayed) dalam Islam.
3.4.1 Aspek kecemerlangan akhlak
3.4.2 Memahami gabungan iman, amal dan ihsan sebagai syarat pembentukan kecemerlangan akhlak.
3.4.3 Pandangan kecemerlangan akhlak dari sudut sufi sunni.
3.4.4 Penyusutan akhlak (morally decayed) dalam Islam

3.5 Menifestasi konsep ad-Din dan akulturasi budaya Melayu dalam pembentukan Skema Akhlak orang Melayu

3.6 Agama Islam di kalangan orang Melayu.
3.6.1 Penanaman nilai-nilai Islam dan amalannya dalam masyarakat Melayu
3.6.2 Ajaran Islam dan sistem nilai akhlak orang Melayu.
3.6.3 Perubahan masa dan impak globalisasi terhadap sistem dan nilai akhlak orang Melayu.
3.6.4 Ringkasan bahagian tinjauan bacaan.

3.7 Kesimpulan


BAB 4 PENGKONSEPAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

4.1 Konsep taakulan moral oleh Kohlberg

4.2 Konsep taakulan skema moral oleh Rest dan neo-Kohlbergian

4.3 Konsep akhlak

4.4 Taakulan dalam Islam

4.5 Skema taakulan akhlak

4.6 Konsep skema taakulan dalam ujian pengecaman taakulan akhlak(upsta)

4.7 Konsep orientasi keagamaan

4.8 Konsep sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial

4.10 Kesimpulan


BAB 5 KAEDAH KAJIAN

5.0 Pendahuluan

5.1 Tatacara menjalankan kajian
5.1.1 Prosedur menjalankan kajian.
5.1.2. Rekabentuk Kajian
5.1.3 Subjek Kajian
5.1.4 Variabel kajian

5.2 Pengesahan konsep kajian

5.3 Alat ukur kajian

5.4 Prosedur penentuan keesahan alat ukur

5.5 Pentadbiran ujian dan pengumpulan data

5.6 Proses penganalisisan data

5.7 Pembinaan alat ukur

5.8 Konsep pengukuran taakulan berperingkat dalam temu bual penghakiman Moral Judgement Interview (MJI)

5.9 Konsep pengukuran taakulan dalam ujian pengenalpastian isu (Defining Issue Test (DIT)
5.9.1 Item-item DIT dan taburannya
5.9.2 Konsep-konsep yang terlibat dalam perubahan DIT1-DIT2
5.9.3 Indeks kemoralan
5.9.4 Konsep skema taakulan UPSTA
5.9.5 Kriteria untuk setiap jenis skema taakulan
5.9.6 Konsep orientasi agama dalam UOK – Rasional modifikasi ORTHO pada UOK
5.9.7 Konsep sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial USPSK
5.9.8 Gagasan hak asasi manusia
5.9.9 Item-item adat resam dan budaya
5.9.10 Item-item pendidikan dan sosial
5.9.11 Item-item politik dan kenegaraan

5.10 Kesimpulan


BAB 6 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

6.0 Pendahuluan

6.1 Analisa deskriptif mengikut umur, oreintasi agama dan sikap serta pegangan pelajar terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu
6.1.1. Taburan subjek mengikut umur
6.1.2. Pembahagian subjek mengikut kategori orientasi agama
6.1.3. Pembahagian kategori sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.

6.2 Analisa cross tab dan ujian Khi serta taburan hubungan subjek mengikut umur, orientasi agama serta sikap dan pegangan subjek terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.
6.2.1 Cross tab dan ujian Khi umur dan orientasi agama
6.2.2 Cross tab umur dan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial
6.2.3 Cross tab orientasi agama dan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial

6.3 Analisa item-item ijian Pengecaman Skema Taakulan Akhlak (UPSTA)
6.3.1 Analisa Faktor Konfirmatori Konstruk Skema Taakulan Akhlak
6.3.2 Faktor 1(konstruk 1) dan item-item muatannya
6.3.3 Faktor 2 dan item-item muatannya
6.3.4 Faktor 3 dan item-item muatannya
6.3.5 Faktor 4 dan item-item muatannya
6.3.6 Kebolehpercayaan item mengikut subskala
6.3.7 Penentuan jenis-jenis skema taakulan
6.3.7.i Proses penentuan kategori skema

a. Meneliti purata kadar pemeringkatan item (PKPI, item’ rating mean) dan taburan skor setiap faktor skema taakulan
b. Membina struktur pengkategorian skema

i. Penentuan kategori skema taakulan istiqamah
ii. Penentuan kategori skema taakulan pengetahuan taqlid
iii. Penentuan kategori skema
vii taakulan taqlid
iv. Penentuan kategori skema taakulan taqlid dekaden
v. Aplikasi rumus dan analisis

c. Mengesahkan kategori skema yang dibentuk berdasarkan ujian ujian statistik

i. Ujian korelasi di antara kategori skema taakulan yang dibentuk dengan variabel umur, orientasi agama serta sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.
ii. Ujian khi dan cross-tabulation di antara kategori skema taakulan yang dibentuk dengan variabel umur, orientasi agama serta sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.

6.4 Pengujian Hipotesis Kajian
6.4.1 Hipotesis H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jenis jenis skema taakulan akhlak pelajar berdasarkan kumpulan umur yang berbeza.
6.4.2 Hipotesis H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jenis-jenis- jenis-jenis skema taakulan akhlak pelajar berdasarkan orientasi agama yang berbeza.
6.4.3 Hipotesis H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jenis-jenis skema taakulan akhlak pelajar berdasarkan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.
6.4.4 Hipotesis H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jenis-jenis skema taakulan akhlak dengan interaksi dua hala orientasi agama dan umur pelajar
6.4.5 Hipotesis H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jenis-jenis skema taakulan akhlak dengan interaksi dua hala antara umur dengan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.
6.4.6 Hipotesis H06 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skema taakulan akhlak berdasarkan interaksi dua hala antara orientasi agama dengan perbezaan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.
6.4.7 Hipotesis H07 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skema taakulan akhlak dengan interaksi tiga hala antara umur pelajar, pilihan orientasi agama dan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu.

6.5 Kesimpulan dapatan bahagian kuantitatif.

6.6 Analisis kualitatif.
6.6.2 Mengenal pasti maklumat mendalam jenis skema taakulan akhlak dalam kalangan pelajar Melayu
6.6.3 Elemen-elemen penyaring (filter) yang digunakan oleh pelajar Melayu dalam pembentukan skema taakulan akhlak mereka
6.6.4 Ciri-ciri khusus setiap jenis skema taakulan akhlak yang dihasilkan oleh pelajar Melayu

6.7 Kesimpulan dan rumusan keseluruhan analisis data dan dapatan kajian


BAB 7 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

7.0 Pendahuluan

7.1 Perbincangan Dapatan Berkaitan Tiga Alat Ukur, UOK, USPSK, UPSTA

7.2 Perbincangan Dapatan dan Rumusan
7.2.1 Jenis skema taakulan akhlak yang berbeza dalam kalangan pelajar Melayu
7.2.2 Jenis skema taakulan akhlak mengikut umur yang berbeza dalam kalangan pelajar Melayu
7.2.3 Jenis skema taakulan akhlak bagi pilihan orientasi agama yang berbeza dalam kalangan pelajar Melayu
7.2.4 Jenis-jenis skema taakulan akhlak dalam kalangan pelajar Melayu bagi kecenderungan sikap dan pegangan yang berbeza terhadap standard kelaziman orang Melayu
7.2.5 Perbezaan jenis skema taakulan akhlak oleh interaksi antara variabel-variabel bebas
7.2.6 Elemen-elemen penyaring yang digunakan oleh pelajar Melayu dalam pembentukan skema taakulan akhlak mereka
7.2.7 Ciri-ciri khusus untuk setiap jenis skema taakulan akhlak yang dihasilkan oleh pelajar Melayu

7.3 Signifikan dapatan kajian

7.4 Implikasi kepada bidang pendidikan

7.5 Cadangan Penyelidikan lanjutan

7.6 Rumusan Kajian



BIBLIOGRAFI


LAMPIRAN

SENARAI PENERBITAN



SENARAI LAMPIRAN


Lampiran A Surat-surat kebenaran.

Lampiran B Tahap-tahap perkembangan moral Kohlberg

Lampiran C Konseptualisasi perkembangan moral oleh Rest.

Lampiran D Contoh Taburan item DIT mengikut teori skema.

Lampiran E Alat ukur kajian (asal dan adaptasi)

Lampiran F Perincian makna ISTIQAMAH

Lampiran G Ringkasan Soal Selidik Hasil Analisis Faktor Kaedah Konfirmatori Putaran Varimax

Lampiran H Transkripsi temu bual

Lampiran I Ayat-ayat al-Quran.

Lampiran J Ringkasan analisis kes.

Lampiran K Hasil ujian univariate dan Post –hoc






SENARAI JADUAL


Jadual

1.1 Jumlah jenayah keganasan dan jenayah harta benda yang dilaporkan di Malaysia dari tahun 1997-2004

1.2 Jumlah kes sumbang mahram mengikut pecahan Kaum tahun 1997 hingga 2002.

1.3 Profil penagih mengikut bangsa dan jenis kes antara Januari hingga Disember 2004

1.4 Rentetan kes disiplin berat yang melibatkan pelajar Melayu di sekolah menengah

1.5 Kes salah laku melanggar tatasusila adat dan agama dalam kalangan pelajar IPT dari tahun 2002 hingga 2003

3.1 Perbandingan teori-teori moral berpandukan elemen-elemen kemoralan yang dicadangkan oleh Thomas,1997

5.1 Senarai tentatif sekolah-sekolah dan IPTA yang terlibat dalam kajian.

5.2 Nilai alpha untuk UOK, USPSK dan UPSTA

5.3 Analisa ciri-ciri yang ketara direkodkan dalam temu bual rintis

5.4 Proses pentadbiran pengumpulan data

5.5 Perubahan-perubahan dalam aspek pengiraan indeks kemoralan melalui alat ukur DIT dan elemen-elemen yang berkaitan.

5.6 Jadual Penentu Ujian pembentukan item dan taburan item mengikut skema untuk kelima-lima teks moral yang telah dipilih.

5.7 Taburan skema dan nombor item mengikut teks moral

5.8 Tema dan item UOK

5.9 Matris pembentukan item-item item USPSK

6.1 Taburan subjek mengikut kumpulan umur

6.2 Taburan subjek mengikut kategori orientasi agama

6.3 Taburan subjek mengikut kategori sikap dan pegangan

6.4 Cross tab umur dan orientasi agama

6.5 Cross tab umur dan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial
6.6 Cross tab orientasi agama dan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial

6.7 Struktur faktor dan pemuatan faktor kaedah konfirmatori Putaran varimax (nilai muatan .3,N 688)

6.8 Item-item yang termuat dalam faktor 1

6.9 Item-item yang termuat dalam faktor 2

6.10 Item-item subfaktor B1 tersebar dalam teks 5

6.11 Item-item subfaktor B2 tersebar dalam teks 4 dan teks 5 berada pada julat .209 - .520

6.12 Muatan item-item dalam subfaktor B3 tersebar dalam teks 4 dan teks 5

6.13 Item-item yang termuat dalam faktor 3

6.14 Item-item yang termuat dalam faktor 4

6.15 Taburan item mengikut faktor komponen dan pekali kebolehpercayaan crochnbach alpha setiap skema

6.16 PKPI mengikut Komponen faktor Skema Taakulan

6.17 Taburan skor mengikut komponen skema taakulan

6.18 Contoh rawak min PKPI subjek untuk 4 faktor skema

6.19 Jadual frekuensi dominan mengikut skema

6.20 Taburan bilangan subjek termasuk dan skor mengikut kategori skema taakulan

6.21 Taburan bilangan subjek termasuk dalam proses aplikasi rumus

6.22 Kecenderungan dominan subjek secara rawak

6.23 Taburan subjek mengikut kategori taakulan setelah ditentukan kecenderungan skema selepas analisis terhadap ringkasan kes

6.24 Korelasi antara kategori skema taakulan dan purata kadar pemeringkatan item (PKPI)

6.25 Keputusan ujian Khi antara umur, orientasi agama serta sikap dan pegangan dengan kategori taakulan

6.26 Cross tab Umur dan kategori taakulan

6.27 Cross tab orientasi agama dan kategori taakulan

6.28 Cross tab sikap dan pegangan dan kategori taakulan

6.29 Keputusan ujian Univariate kategori umur*orientasi agama*sikap dan pegangan terhadap kategori skema taakulan

6.30 Ringkasan pengujian hipotesis kajian

6.31 Matris jenis skema yang diaktifkan oleh empat subjek kategori taakulan istiqamah

6.32 Jenis-jenis skema yang diaktifkan dan elemen penyaring yang digunakan dalam temubual mendalam

6.33 Taburan gabungan skema subjek

7.1 Bilangan subjek dalam kategori skema taakulan mengikut umur

7.2 Bilangan subjek dalam kategori taakulan mengikut sikap.




SENARAI RAJAH


Rajah


2.1 Model segitiga Lewin perkaitan unsur-unsur membentuk tingkahlaku moral

2.2 Model perkembangan moral keagamaan Musa Garba 1999

2.3 Model penyelesaian masalah moral menurut Azizah Ahmad 1995

3.1 Peringkat dalam proses pemeringkatan pemerolehan ilmu (pemaknaan pengetahuan/being informed) dalam Islam

3.2 Dimensi peranan akal manusia.

3.3 Unsur-unsur yang menyumbang kepada pembentukan Skema Taakulan Akhlak Islam

3.4 Konseptual kajian; elemen-elemen yangberhubungan dengan pembentukan skema akhlak pelajar Melayu

4.1 Model Mental pengaktifan Skema oleh Bock dan Narvaez 2002

4.2 Cadangan model mental skema taakulan aklak pelajar Melayu berdasarkan Teks 1 UPSTA

5.1 Prosedur menjalankan kajian.

5.2 Kerangka kajian dan cadangan perkaitan antara variable-variabel

6.1 Kontinuum Skema taakulan akhlak

6.2 Proses pengumpulan dan analisa data temu bual Kualitatif

6.3 Proses pengumpulan dan analisa data temu bual kualtitatif

7.1 Pola keseluruhan Gabungan Taakulan akhlak pelajar Melayu

7.2 Model mental pengaktifan skema subjek Taqlid dekadensi (gabungan tiga skema)

7.3 Model mental pengaktifan skema subjek Istiqama (gabungan dua skema)

7.4 a Pembentukan skema taakulan akhlak dari perspektif psikologi Islam hasil analisis terhadap keseluruhan maklumat literatur dan hasil dapatan kajian.


ABSTRAK

Akhlak orang Melayu diasaskan kepada akulturasi budaya Melayu dan ajaran Islam. Bagaimanapun, arus permodenan dan globalisasi yang melanda era ini secara tidak langsung telah menyebabkan budaya dunia dan globalisasi ala barat menular ke dalam sistem akhlak orang Melayu. Fenomena ini membawa impak yang besar dalam budaya hidup seharian orang Melayu sehingga membawa kepada keruntuhan sistem nilai dan akhlak dalam pelbagai lapisan masyarakatnya. Kesannya semakin ramai umat Melayu dilaporkan terlibat dengan pelbagai sekuen dekadensi akhlak dan gejala ini membimbangkan semua pihak. Oleh itu, matlamat utama kajian ini ialah untuk mengumpul maklumat yang dapat digunakan untuk memahami pembinaan skema akhlak orang Melayu. Faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan skema akhlak; umur, orientasi agama dan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu menjadi tumpuan kajian. Kajian juga memberi perhatian kepada paradigma keakhlakan Islam yang menekankan aspek kerohanian. Tiga jenis alat ukur dibina berasaskan paradigma ini,

pertama; Ujian Pengecaman Skema Taakulan Akhlak digunakan untuk mengecam kualiti taakulan akhlak yang diperincikan kepada skala satu hingga empat iaitu skema istiqamah, skema berpengetahuan taqlid, skema bertaqlid dan skema taqlid dekaden.

Kedua; Ujian Orientasi Agama untuk mengakses orientasi agama pilihan pelajar-pelajar, dan ketiga, Ujian Sikap dan Pegangan Terhadap Standard Kelaziman Sosial orang Melayu untuk melihat kecenderungan sikap dan pegangan terhadap kelaziman sosial yang dimiliki oleh pelajar Melayu.

Subjek kajian terdiri daripada 732 pelajar Melayu, yang terbahagi kepada 396 pelajar sekolah menengah dan 336 pelajar Institut pengajian tinggi awam. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Bahagian kuantitatif melihat kesan perbezaan umur, pilihan orientasi keagamaan dan kecenderungan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu terhadap kualiti taakulan. Data dikumpulkan daripada ketiga-tiga ujian di atas dan dianalisis menggunakan ujian Univariate pada darjah signifikan 0.05. Dapatan menunjukkan interaksi antara kumpulan umur, ( F = 9.775, DF 1, sig 0.002 ) dan kecenderungan dalam sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu ( F = 9.093, DF 2, sig 0.000) memberikan perbezaan yang signifikan terhadap kualiti taakulan akhlak pelajar Melayu. Bahagian kualitatif memberikan maklumat terperinci berhubung skema taakulan akhlak pelajar. Analisis menunjukkan empat jenis skema taakulan akhlak skema istiqamah, skema berpengetahuan taqlid, skema bertaqlid dan skema taqlid dekaden muncul dalam kalangan pelajar. Pelajar Melayu daripada kumpulan umur yang berbeza dan kualiti taakulan yang berbeza menunjukkan pengaktifan gabungan skema taakulan. Pelajar yang mempunyai skema pada skala yang tinggi mengaktifkan lebih banyak ciri-ciri akhlak Islam berbanding dengan kumpulan yang mempunyai skema skala rendah. Keseluruhannya dapatan kajian ini menjelaskan elemen-elemen yang mempengaruhi pembentukan skema akhlak pelajar Melayu. Kecenderungan pelajar dalam sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang Melayu memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti taakulan akhlak mereka.




A STUDY OF AKHLAK REASONING SCHEMES
AMONG MALAY STUDENTS


ABSTRACT

The combination of traditional values and Islamic thoughts form the strong foundation of the Malay akhlak (moral). However, the advents of modernisation and globalisation have indirectly brought global culture and western globalisation into the Malay moral systems. The phenomena have a great impact on the Malay culture; contributing towards the degradation of the value and moral systems among various levels of the Malay society. Consequently, more Malays are involved in various decadent activities that, inevitably, raised concerns among many parties. The main objective of the study is to investigate the formation of akhlak schemes among the Malays. Contributing factors in the formation of the akhlak reasoning schemes, i.e., age, religious orientations, attitudes and beliefs towards the Malay social standards are the main focus of the study. The study also looks at the Islamic akhlak paradigm that emphasizes on spiritual aspects. Three instruments based on the paradigm are created.

First, the Akhlak Reasoning Scheme Defining Test is used to identify the quality of the akhlak reasoning that is described on the scale of one to four. They are the istiqamah scheme, the knowledgeable scheme, the follower scheme and the decadent scheme. Second, the “Religious Orientation Test” is used to assess the students’ religious orientations and third, the Attitudes and Beliefs towards the Malay Social Standard Test, assesses the students’ propensities on attitudes and beliefs towards the Malay social standard.

The subjects comprise a group of 732 Malay students, where 396 are secondary school students while 336 are from the Public Higher Learning Institutions. Both the quantitative and qualitative approaches were used in this study. The quantitative analyses examine the effect of age differences, religious orientation choice, and the propensity of attitude and belief towards the Malay social standard on the reasoning quality. The data collected from the three tests above were analyzed using the Univariate test at 0.05 level of significance. The results show the age group, (F = 9.775 DF 1, sig 0.002) and propensity of attitude and belief towards the Malay social standard (F = 9.093 DF 2, sig 0.000) have significant effect on the Malay students reasoning schemes. The qualitative analyses provide detailed information on the students’ akhlak reasoning schemes. The analyses show that four different types of reasoning schemes: istiqamah, knowledgeable and passive imitation, passive imitation and passive imitation decadency exist among the students. Malay students of different age groups and reasoning qualities demonstrate a mixture of reasoning schemes. Students who score higher on the reasoning schemes initiate more Islamic akhlak features compared to those with lower scores.
Overall, findings from the study describe the elements that influence the formation of the Malay students’ akhlak reasoning schemes. Significantly, the students’ age, and propensities on attitude and belief towards the Malay social standard play an important role in determining their akhlak reasoning quality.




BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pembentukan masyarakat berakhlak dan mempunyai kerohanian yang tinggi merupakan salah satu agenda utama negara. Hasrat ini telah diuar-uarkan melalui wawasan 2020 yang antara lainnya berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang kukuh dengan sifat-sifat kerohanian dan mempunyai moral yang progresif dan dinamik. Aspirasi ini telah termaktub dalam sistem pendidikan negara sejak sekian lama seperti yang dinyatakan dalam


Laporan Kabinet Mengkaji Semula Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979:


…mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan dapat berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia…

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988 m.s 35 ).


Punca-punca akhlak yang mulia tidak dapat dipisahkan daripada aspek keagamaan seperti yang dinyatakan oleh ahli falsafah barat; Hutcheon (1999):

agama ialah pembentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang paling berkesan;

...it is clear that ritualized religious faith has been a powerful shaper of individual values, attitudes and behaviour in every culture group in everytime and place ...(ms. 8)

Bagaimanapun, menurut Sidek Baba (2001), sehingga ke era globalisasi ini senario amalan akhlak serta nilai yang dilaporkan dalam kalangan masyarakat Malaysia menampakkan ‘jurang’ ketidaklangsungan antara harapan, peranan dan keupayaan kita dalam melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Golongan muda sebagai contoh tidak memperlihat atribut sosial yang mulia seperti tidak mempunyai sifat dan perangai yang bersopan dan sensitif terhadap nilai sosiobudaya (Hussein Hj. Ahmad ,1993). Kes-kes keruntuhan akhlak yang dilaporkan oleh media dan perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berwajib menggambarkan wujudnya krisis nilai akhlak dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Sebagai contoh, masalah disiplin dan keruntuhan akhlak dianggap sebagai perlakuan tidak bermoral kerana berbentuk pelanggaran peraturan dalam norma masyarakat (Tan Bee Chu, 2001).

Gejala keruntuhan akhlak ini sering dikaitkan dengan fenomena kemerosotan nilai atau keadaan susutan nilai akhlak. Fenomena ini disebut juga sebagai gejala dekadensi akhlak. Dari sudut bahasa, ‘dekadensi’ bermaksud kemorosotan nilai atau kemunduran nilai berbanding dengan nilai yang sebelumnya (Kamus Dewan, 1993). Dari sudut kemasyarakatan pula, dekadensi menggambarkan keadaan susutan nilai dari norma dan sistem nilai yang sempurna yang telah diamalkan dan diterima pakai oleh masyarakat tersebut (Syed Hossein Nasr, 1975).

Nilai akhlak dalam kalangan masyarakat Malaysia terbentuk daripada akulturasi nilai-nilai kerohanian yang mutlak dan suci yang telah termaktub dalam ajaran agama, terutamanya agama Islam sebagai agama rasmi negara, juga nilai-nilai yang baik dari semua agama lain; di samping nilai-nilai tradisi yang tidak bercanggah dengan sistem nilai ini. Sistem nilai inilah yang menjadi panduan kepada kelakuan, tatatertib, maruah dan perbuatan lahiriah yang mencerminkan akal budi, keimanan, dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Oleh itu akhlak masyarakat Malaysia dapat diertikan sebagai perlakuan baik buruk mengikut suruhan dan larangan agama serta amalan tradisi masyarakat negara ini.

Gejala dekadensi akhlak berlaku dalam semua kaum di negara ini. Menurut Ismail Ibrahim (1996), orang Melayu terutamanya sedang bergelut untuk mempertahankan adat tradisi Melayu yang sebenar. Hal ini amat ketara terutamanya dalam kalangan generasi muda Melayu yang sedang melalui proses perubahan budaya dan nilai yang umumnya mengikuti model budaya dan nilai barat. Golongan muda Melayu kini terlibat dalam ajaran-ajaran agama baru daripada pelbagai sumber terutamanya kumpulan-kumpulan black metal yang kononnya memberikan formula ketenangan fikiran kepada mereka melalui muzik rock. Realiti yang terpapar dari senario gejala sosial di atas menampakkan konflik antara penghayatan nilai-nilai Islam yang baik dengan tingkah laku golongan Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang agama secara berterusan dan tidak meletakkan nilai baik buruk, dosa pahala di bawah anjuran syariat Islam.

Mengambil fenomena di atas dan mengaitkannya dengan psikologi moral, kemoralan dapat dilihat menerusi tiga komponen iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Ketiga-tiga komponen moral ini saling berkait dan berhubungan yang akhirnya diterjemahkan dalam tingkah lakuan moral. Justeru kajian deskriptif eksploratori ini memfokus untuk memperihal pembentukan skema taakulan akhlak pelajar Melayu secara komprehensif.


1.1 Latar Belakang Masalah

Penaakulan akhlak merupakan satu aktiviti kognitif yang melibatkan pertimbangan akhlak untuk mencapai keputusan akhlak. Kajian dalam bidang moral sering cuba mengaitkan penaakulan moral dengan tingkah laku moral.

Oleh itu, dekadensi akhlak yang berturutan dapat dijadikan petunjuk kepada keperluan untuk mengumpul maklumat terperinci konflik susutan nilai dalam proses penaakulan akhlak dalam kalangan generasi muda Melayu.

Masyarakat dunia kini sedang melalui fenomena ‘kemerosotan moral’ (moral decline) ‘dekadensi moral’ (moral decadent) dan juga ketidakpastian moral (moral uncertainty) (Smith, 2000). Suasana ini sangat berkait rapat dengan penjajahan pemikiran dan pendominasian budaya barat secara berterusan terhadap seluruh warga dunia melalui wahana globalisasi dan imperialisme budaya (Abd. Rahman Embong, 2002). Corak pemikiran dan budaya barat ini mengekal dan mengembangkan fahaman sekular yang membuat pemisahan secara terang-terangan antara agama dan aspek kehidupan yang lain. Perkembangan ini dikatakan menjadi punca kepada keruntuhan dalam aspek kejiwaan manusia dan keruntuhan nilai yang amat ketara (Osman Bakar, 1997). Walaupun terdapat kebangkitan gerakan-gerakan yang mengajak manusia kepada perkara-perkara kebaikan, suasana pembangunan dunia hari ini dapat diibaratkan sebagai dunia tanpa agama, ilmu dan iman seperti patung tidak bernyawa (Yusuf Al-Qadhrawi, 1999).

Krisis ini tidak terlepas dalam mempengaruhi kehidupan warga Malaysia dan orang Melayu khususnya. Pertembungan antara nilai agama dengan nilai moden dalam arus globalisasi telah meletakkan masyarakat Melayu dalam dilema krisis nilai yang genting. Krisis nilai ini telah meresap ke seluruh aspek kehidupan baik dari aspek pemikiran, tindakan dan amalan dalam kehidupan seharian. Masyarakat Melayu mengalami transformasi sosial dan nilai yang melibatkan perubahan dalam amalan hidup beragama dan tafsiran terhadap agama.Kehidupan masyarakat mengalami fenomena ketidaktentuan, kehidupan yang bercirikan ketidakpastian, kehidupan berisiko akibat perubahan-perubahan drastik yang amat sukar difahami. Perubahan ini membawa cabaran kepada akhlak dan erti hidup sebagai manusia Islam yang dilingkari persekitaran yang kosong spirituil (Abd. Rahman Embong, 2002).

Natijahnya di Malaysia menurut Syed Othman Al-Habshi (2002) dan Ismail Ibrahim (1999), umat Melayu Islam sering dilabel sebagai mendominasi masalah masyarakat hari ini walaupun mereka beragama, beriman dan sepatutnya mempunyai akhlak yang mulia. Mereka terlibat dalam pelbagai masalah sosial seperti penyalah gunaan dadah, sumbang mahram, rogol dan lain-lain berbanding masyarakat bukan Islam. Fenomena pesongan tingkah laku dan keruntuhan akhlak dalam kalangan individu sering dikaitkan dengan kerendahan tahap taakulan mereka dalam membuat pertimbangan ketika berdepan dengan masalah kehidupan seharian (Abdul Rafie Mahat, 2001).

Dalam hal taakulan moral (moral reasoning), perkembangan kemahiran taakulan moral ini dapat membantu individu memiliki kekuatan pemikiran moral; memahami nilai moral sebagai landasan mencorakkan pemikiran idealisme mereka (Abd. Rahim Abd Rashid, 2001). Kemahiran taakulan moral sangat penting peranannya dalam menonjol keterampilan tingkah laku moral seseorang kerana terdapat hubungkait yang sangat rapat antara taakulan moral dan tingkah laku moral (Rothman, 1980). Sehubungan dengan ini, ahli akademik menyarankan tentang keperluan pelajar kita untuk mempunyai keupayaan dalam membuat taakulan moral dengan mengemukakan hujah dan fakta-fakta moral yang relevan ( Abd.Rahman Md. Aroff, 1999 ).


1.1.1 Dekadensi akhlak dalam kalangan orang Melayu

Walaupun Malaysia masih belum mencapai status negara maju, masalah sosial, dan kejatuhan akhlak yang berlaku di Malaysia tidak terlepas daripada trend dan ciri-ciri masalah sosial yang berlaku di negara-negara maju (Rahimah Abd. Aziz & Mohamad Yusoff Ismail, 2000). Umumnya, masyarakat Malaysia menghadapi konflik kelunturan nilai-nilai moral dan tradisi di samping menghadapi cabaran pertumbuhan budaya-budaya baru (sub-culture) yang semakin meresap dalam masyarakat hari ini (Lutpi Ibrahim, 1993). Konflik ini mencetuskan pelbagai isu pelanggaran norma, adat dan undang-undang negara dalam pelbagai bentuk seperti perlakuan jenayah yang melibatkan semua peringkat masyarakat.

Realiti keruntuhan akhlak ditunjukkan dengan peningkatan statistik keskes jenayah yang dilaporkan dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini seperti dalam Jadual 1.1 di bawah.




































Jadual 1.1: Jumlah jenayah keganasan dan jenayah harta benda yang dilaporkan di Malaysia dari tahun 1997-2004


Statistik di atas menunjukkan pertambahan jumlah kes jenayah keganasan dan harta benda yang dilaporkan dalam tempoh lapan tahun (1997-2004). Peningkatan yang ditunjukkan dalam statistik di atas mungkin dapat dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti pertambahan komposisi penduduk, kemerosotan ekonomi dalam tempoh tertentu dan juga kepesatan pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia.

Bagaimanapun, dari sudut yang berbeza, informasi yang tersirat di sebalik statistik di atas ialah gambaran fenomena keruntuhan akhlak masyarakat Malaysia. Peningkatan statistik jenayah di atas berkaitan dengan peningkatan perlakuan-perlakuan yang terpesong daripada nilai akhlak dan norma masyarakat. Pesongan tingkah laku yang sebegini berkait rapat dengan kemoralan seseorang individu atau kemoralan kumpulan tertentu (Armon,1998). Oleh itu berdasarkan statistik tersebut dapat diandaikan bahawa bertambahnya jumlah kejadian jenayah dalam kalangan masyarakat Malaysia juga berkaitan dengan faktor dekadensi moral dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Apabila isu-isu pelanggaran norma dan penyusutan nilai akhlak dikaitkan dengan masyarakat Melayu pula, isu kejatuhan akhlak bukanlah satu perkara baru. Gejala sosial yang meresap dalam masyarakat Melayu melibatkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan status sosial mereka. Dalam kalangan pemimpin negara misalnya sering terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa begitu juga dengan kakitangan awam kerajaan seperti pihak polis, kastam dan guru. Di samping itu terdapat juga bentuk penipuan yang diselindungkan dengan label ‘skim cepat kaya’ dalam kalangan golongan korporat.

Dalam lingkungan kekeluargaan pula ibu bapa terlibat dengan kes-kes penderaan kanak-kanak dan kejadian-kejadian sumbang mahram, merogol anak atau saudara sendiri (Jabatan Kebajikan Masyarakat 1999; 2002). Berikut pula adalah contoh isu moral di media yang menceritakan penglibatan masyarakat Melayu dalam gejala sosial. Jadual 1.2 menjelaskan perangkaan penglibatan mereka dalam kes-kes sumbang mahram mengikut pecahan kaum di seluruh negara dari tahun 1997 sehingga suku pertama tahun 2002.



















Sumber : Agensi Dadah Kebangsaan 2004


Jadual di atas menunjukkan perangkaan penglibatan berterusan golongan remaja Melayu dalam masalah ketagihan dadah. Di samping terlibat dengan isu penyalahgunaan dadah, remaja Melayu juga bergelumang dengan gejala seks rambang, pembuangan bayi, kegilaan yang melampau terhadap muzik moden dan liar seperti rock, black metal, raggae dan rap (Rahimin Affandi, 1999). Mereka juga dikatakan semakin hilang rasa hormat terhadap golongan tua dan bersikap lebih individualistik dan materialistik (Saedah Siraj, 2002). Sikap sebegini menjadi faktor kepada penglibatan dalam masalah disiplin berat sehingga membawa kepada perlakuan samseng, menyerang guru, dan membunuh kawan sendiri. Jadual 1.4 menunjukkan rentetan kejadian masalah disiplin berat yang menggemparkan negara, yang rata-rata melibatkan pelajar Melayu di sekolah menengah.


Selain itu pelajar Melayu di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga dilaporkan semakin berani melakukan perbuatan yang melanggar tatasusila, adat dan agama seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Jadual 1.5 menunjukkan perangkaan kes salah laku melanggar tatasusila adat dan agama dalam kalangan pelajar IPT.




















Kesemua data yang dipaparkan di atas menjelaskan penglibatan orang Melayu yang amat ketara dalam perlakuan pelanggaran akhlak. Fenomena ini mengundang beberapa persoalan seperti apakah benar globalisasi dan era teknologi maklumat serta pembangunan dari barat telah membawa pengaruh yang begitu besar dalam aspek nilai dan moral golongan Melayu di negara ini?


1.1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi dekadensi akhlak orang Melayu.

Sehingga kini norma akhlak yang menjadi pegangan masyarakat Melayu hasil daripada gabungan elemen-elemen budaya Melayu tradisi adalah tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Malah nilai-nilai Islam dapat dilihat dengan ketara dalam pelbagai aspek kehidupan, pemerintahan dan perundangan Malaysia (Jas Laile Suzana Jaafar, 1999).

Era mutakhir ini telah memperlihat campur aduk antara budaya dan nilai tradisi yang dicengkam oleh perkembangan budaya barat sekular yang berleluasa dalam segenap aspek kehidupan orang Melayu. Benarkah konflik budaya dan krisis nilai ini telah menjalar ke dalam corak pemikiran moral dan masyarakat Melayu sehinggakan mereka seolah-olah hilang identiti diri dengan terlibat secara berterusan dalam perlakuan-perlakuan sumbang dan tidak beretika itu? Adakah hal ini dapat dikaitkan dengan penyusutan bentuk-bentuk pengetahuan akhlak (skema taakulan akhlak) masyarakat Melayu daripada sistem nilai masyarakat yang dipegang kukuh dalam perlembagaan dan perundangan negara?

Mengikut Mohd Shahir Haji Abdullah (1996) akhlak masyarakat Melayu kini menggambarkan satu krisis nilai yang membawa kepada ‘era kejatuhan akhlak’ dan lunturnya sifat kemanusiaan walaupun pada masa yang sama terdapat kemajuan pesat dalam bidang teknologi dan intelektual. Kemerosotan akhlak generasi muda Melayu, peningkatan gejala sosial dan kegelinciran nilai agama yang membawa kepada murtad melambangkan nilai Melayu Islam semakin merosot (Nasharudin Mat Isa, 2002).

Keadaan yang semakin menjadi-jadi ini amatlah membimbangkan semua pihak dan mencetuskan persoalan untuk mengenal pasti maklumat yang dapat membantu memahami fenomena ini dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Mungkinkah corak pemikiran akhlak orang Melayu sekarang telah terpengaruh dengan corak pemikiran barat sekular.

Dalam meneliti fenomena ini, terdapat dua faktor yang dikenal pasti membawa impak besar dalam isu dekadensi akhlak dalam kalangan masyarakat Melayu (Aminuddin Ruskam et al 2000).

Pertamanya; faktor luaran yang secara jelasnya melibatkan faktor persekitaran sosial yang tidak membina seperti pengaruh media massa dalam menyebarluaskan budaya hidup glamor, budaya hiburan, nilai-nilai hidup materialistik.

Kedua; faktor dalaman yang melibatkan kekeliruan minda, kerapuhan pegangan agama dalam kalangan masyarakat umum khususnya generasi muda dan sikap negatif terhadap jaringan komunikasi dalam masyarakat.

a) Faktor luaran

Unsur utama dalam faktor luaran ialah persekitaran sosial. Menurut Eliade, M. dalam Lutpi Ibrahim (1993) persekitaran sosial dapat mengajar seseorang ke arah kebaikan atau sebaliknya menjadi penggalak kepada kemaksiatan. Impak faktor persekitaran ini dikaitkan dengan kemunculan era globalisasi yang dikatakan membawa gelombang perubahan besar dalam kehidupan masyarakat dunia hari ini. Hal ini telah dibayangkan tiga puluh tahun lalu oleh Alvin Toffler dalam bukunya Future Shock (1970). Toffler (1970) menjelaskan bahawa perubahan pesat yang dialami tidak sahaja melanda dalam aspek teknologi, pengetahuan, gaya hidup, kemajuan ekonomi, malahan yang membimbangkan ialah keruntuhan institusi keluarga akibat perubahan nilai-nilai baru yang membawa kepada kejutan budaya. Hal ini berlaku kepada masyarakat maju juga dalam kalangan masyarakat membangun (Toffler, 1970).

Impak globalisasi seperti global village, “berfikir secara global bertindak
secara lokal”, “world class, strive for excellence”,
telah mula kelihatan dalam masyarakat Malaysia. Pelbagai ideologi serta konsep baru yang menjanjikan berlakunya rombakan besar dalam sistem nilai masyarakat seluruhnya telah dirasai kehadirannya (Abd. Rahman Embong, 2002). Ideologi-ideologi baru dan asing ini menyerap masuk dalam sistem budaya hari ini melalui pelbagai cara terutamanya dalam bentuk hiburan seperti televisyen, internet, filem-filem dari luar negara, bahan-bahan bacaan dan lainnya (Ismail Ibrahim, 1999).

Kebimbangan ini juga telah dinyatakan dalam perkara 1.53 Rancangan Malaysia Ke Lapan:

Pembangunan ekonomi dan pembandaran memberikan kesan ke atas norma institusi sosial dan kebudayaan. Globalisasi mempunyai impak dan mungkin mengancam keutuhan struktur kekeluargaan dan komuniti tradisional serta mempengaruhi nilai-nilai budaya dan norma dalam intergrasi sosial. Pembinaan nusa bangsa haruslah memastikan mempunyai daya tahan untuk melalui perubahan ini. Jika tiada keupayaan ini, untuk menghadapi perubahan sosial, perubahan gaya hidup dan struktur kekeluargaan timbul pelbagai masalah gaya hidup dan struktur kekeluargaan.
(Jabatan Perdana Menteri, 2001 : ms.20)

Umum diketahui bahawa perkembangan pesat dalam ICT telah membawa kemudahan perkhidmatan jaringan antarabangsa (internet) dari segi maklumat dan kebebasan memuat dan melalui portal-portal percuma. Di samping itu kebebasan mengakses dan memilih maklumat melalui laman-laman web terus diberi ruang. Senario ini telah melahirkan sikap mementingkan kebebasan individu dan menolak amalan dan cara hidup masyarakat yang sedia ada. Kebebasan dalam dunia tanpa sempadan ini dikhuatiri akan melahirkan masyarakat yang bersifat abstrak dan tidak mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap perkara yang dikongsi. Impak yang kritikal ialah berlakunya pencairan prinsip-prinsip agama, adab dan norma-norma kehidupan sesuatu komuniti yang melenyapkan nilai-nilai etika dan estetika sesuatu bangsa (Hanipah Hussin, 2001). Hal ini sudah pasti menjadi cabaran besar dalam institusi pendidikan untuk memupuk dan mempertahan nilai akhlak dan moral yang mampu menangani gelojak nilai dalam era globalisasi.


b) Faktor dalaman

Faktor dalaman merujuk kepada kekurangan daya tahan minda dan agama untuk menolak elemen-elemen yang bertentangan dengan nilai akhlak timur dan Islam. Amalan pendidikan kita yang cuba memupuk nilai kerohanian dan akhlak yang mulia secara berterusan nampaknya tidak mampu memberikan daya tahan yang mapan dalam kalangan orang Melayu.

Walaupun amalan pendidikan telah dilaksana menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertunjangkan pembentukan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (Nik Aziz Nik Pa, 1996) tetapi masih tidak dapat memberikan kekuatan minda kepada pelajar Islam untuk menolak pengaruh akhlak barat. Mata pelajaran agama Islam juga telah sekian lama diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah dan dijadikan wadah utama yang menekankan aspek pembangunan rohani dan penyemaian nilai-nilai yang terpuji. Begitu juga kebangkitan era pendidikan Islam di Malaysia sejak 80-an (Chandra Muzaffar, 1987) yang memperlihatkan pertumbuhan pesat penubuhan sekolah-sekolah agama di bawah naungan pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), sekolah-sekolah di bawah majlis Agama Islam negeri, semua ini masih tidak mampu menyuburkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam peribadi orang Melayu.

Demikian juga, masalah sosial seperti perlakuan sumbang dan tidak beretika dalam masyarakat Melayu kini sering dikaitkan dengan ceteknya pengetahuan dan ketidakkukuhan pegangan asas kerohanian mereka (Amran Kasimin, 1993; Fatimah Salleh & Khadijah Zon, 2002). Kekurangan ini sering dikaitkan dengan ketidakupayaan amalan pendidikan dalam meneruskan penghayatan dan kebatinan nilai-nilai akhlak yang tinggi. Hal ini mungkin berpunca daripada 2 sebab;

i. pendedahan berterusan kepada corak pemikiran barat, dan
ii. kurang keberkesanan pendekatan yang digunakan dalam pendidikan moral dan agama Islam dalam memupuk nilai-nilai kerohanian.

Pendedahan kepada paradigma pemikiran moral barat dapat dilihat dari sudut pengajaran dan pembelajaran di Malaysia yang lebih cenderung kepada pendekatan progresif dari barat yang popular pada awal abad ke 20. Pendekatan progresif ini merupakan satu pendekatan holistik yang menyarankan ciri-ciri seperti sifat terbuka dalam kalangan pelajar, perkembangan semula jadi pelajar, pembelajaran interaktif dan juga menanam sifat atau keupayaan membuat pertimbangan yang bermoral dalam situasi seharian melalui pengalaman bersosialisasi di sekolah ataupun di luar sekolah. Pendekatan ini menolak nilai-nilai tradisi dan agama yang dilihat sebagai tidak holistik, bersifat sempit dan ortodoks. Falsafah kemoralan barat ini mengasingkan sesuatu yang bersifat agama dengan sesuatu yang bersifat sekular (Ghazali Othman & Yusfarina Mohd Yusof, 2001).

Fenomena di atas telah mengakibatkan pendedahan berterusan paradigma pendidikan barat; meliputi makna dan ruang lingkup kemoralannya kepada generasi hari ini. Tradisi intelektual barat moden mengandaikan bahawa persoalan etika (falsafah akhlak dan moral) dapat digarap melalui kekuatan akal manusia yang tinggi (Mohd.Farid Mohd Shahran, 1999). Fahaman ini melanda seluruh pelusuk dunia sehinggakan ruang lingkup dan makna moraliti meminggirkan aspek spirituil (Khaleefa, 1999; Sarah Mohd Jiwa, 2001). Dengan kata lain corak pemikiran moral barat menolak perkaitan yang logik antara moral dengan agama seperti kata Downey,”...the basis of any set of moral principle is independent of religious beliefs...”. (1982, m.s.7)

Bentuk-bentuk kemoralan barat ini menyelinap masuk dalam pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Sebagai contoh, pendekatan moraliti kognitif, yang memperlihatkan pendekatan formalis strukturalis yang dipelopori oleh Kohlberg paling meluas digunakan dalam pengajaran moral di sekolah-sekolah di Malaysia (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001). Pendekatan ini menitikberatkan pencapaian penguasaan moral dalam tahap-tahap perkembangan kognitif tertentu yang dianggap bersesuaian dengan tahap umur individu (Kohlberg, 1982). Pendekatan ini dapat memberikan kemahiran menganalisis sesuatu isu moral dan sosial dengan lebih komprehensif. Pendekatan pengajaran dan penilaian yang dianjurkan oleh aliran ini menggalakkan individu membuat taakulan moral yang subjektif dan fleksibel. Taakulan moral beroreintasikan kebebasan individu dan menjauhkan individu daripada pegangan terhadap nilai-nilai moral keagamaan selaras dengan aliran pemikiran moraliti barat (Colby & Damon, 1992; Walker, 1998; Musa Garba, 1999). Walaupun pendekatan ini dilihat dapat memberi kemahiran meneliti masalah moral yang baik namun nilai moral yang ditekankan tidak ada kena mengena dengan konsep ketuhanan, sebaliknya hanyalah suatu tanggungjawab moral yang bersifat kemasyarakatan (Musak Mantrak, 1996). Pendekatan ini dikatakan sebagai bersifat liberalisme dan sekularisme dalam amalan pendidikan (Faisal Hj Othman, 1988). Tambahan lagi, pengasingan pembelajaran moral dan agama Islam yang berlaku dalam kurikulum pendidikan di Malaysia sekarang, dilihat sebagai satu kekurangan kepada pelajar Melayu dari aspek kemahiran meneliti dan memahami taakulan akhlak. Tegasnya pendekatan ini mengakibatkan pelajar berada dalam kancah kecelaruan fikiran apabila berhadapan dengan situasi-situasi moral kerana mereka tidak didedahkan pada kemahiran dan strategi taakulan moral (Awang Had Salleh, 1993).

Di samping itu pelajar Melayu juga dikatakan mudah hilang pegangan pada nilai-nilai agama dan unsur kerohanian berpunca daripada asas penghayatan mereka yang tidak kukuh terhadap pengetahuan agama (Abd. Kadir Ariffin, 2003). Persoalan ini sering dikaitkan dengan masalah kelemahan amalan pendidikan agama Islam dalam menyemai nilai-nilai yang baik di sekolah. Hal ini berkait dengan struktur dan binaan sukatan pelajaran agama yang lebih berorientasikan peperiksaan dan amat menumpukan penguasaan isi kandungan dan kehendak-kehendak sukatan pelajaran sahaja (Ghazali Othman & Yusfarina Mohd. Yusof, 2001; Azma Mahmood et.al, 2002).

Justeru, hal ini mengakibatkan kurangnya tumpuan kepada pendidikan akhlak yang menjadikan pelajar Islam mudah mengalami kekeliruan ketika membangunkan pengetahuan akhlak. Di samping itu mereka juga berada dalam dilema sama ada untuk terus berpegang kepada nilai agama ataupun memilih nilai-nilai baru yang wujud di persekitaran mereka ketika berhadapan dengan masalah-masalah sosial. Kekurangan kemahiran dan pengamatan intelektual yang kurang tajam menjadikan mereka mudah goyah dan tidak dapat membuat pertimbangan yang jelas dan tepat apabila berhadapan dengan perkembangan semasa, akibatnya, akhlak pelajar Islam menjadi semakin merosot (Abd. Kadir Ariffin, 2003).

Lebih jauh dari ini wujud pula gejala penolakan terhadap setiap nilai tradisi bangsa dan umat serta kecenderungan untuk menerima segala nilai baru tanpa mengambil kira sama ada nilai yang baru itu sesuai dengan nilai-nilai asasi agama Islam yang menjadi anutan mereka atau tidak (Faisal Hj.Othman, 1988). Jelasnya sistem pendidikan agama Islam masih tidak berupaya memberi tindakbalas yang wajar terhadap perubahan-perubahan sosial yang berlaku hari ini. Fenomena ini melahirkan golongan umat Islam yang tidak mempunyai kekuatan peribadi, tidak mempunyai arah dan tujuan yang jelas untuk dilalui dan direntasi (Yusuf Al-Qadhrawi, 1996).

Kedua-dua fenomena di atas menjelaskan bahawa amalan pendidikan dan etika moral yang digunapakai dalam sistem pendidikan selama ini sememangnya kurang menekankan dimensi spirituil dan hanya mementingkan kekuatan akal manusia semata-mata (Mohd Farid Mohd. Shahran, 1999).

Sedangkan kekuatan akal manusia mempunyai batasan yang terhad dalam membuat perhitungan dalam hal-hal moraliti ini. Walaupun manusia mempunyai akal fikiran yang dapat menentukan nilai-nilai kebaikan dan keburukan dalam kehidupan sehariannya, nilai dan undang-undang yang dibuat oleh akal fikiran manusia itu tidak mutlak dan tidak sempurna selain tidak dapat memenuhi maslahat manusia. Hal ini disebabkan oleh fikiran manusia yang terbatas dan manusia selalu dipengaruhi oleh nafsu (Tajul Ariffin Noordin, 1996). Selain itu hal ini jelas dilihat dalam gelojak nilai yang melanda generasi muda Melayu yang terikut-ikut dengan kebergantungan terhadap kekuatan logik akal mereka.

Aliran liberalisme dan sekularisme yang masih menjiwai dasar pendidikan di Malaysia didapati masih tidak mampu untuk menyepadu dan mengharmonikan antara ilmu, budi pekerti, jiwa yang luhur dan amal yang mulia dalam diri manusia (Faisal Hj.Othman, 1988). Pendidikan moral yang tidak berpaksikan kepada agama tidak membawa apa-apa makna pembatinan dan moral kepada guru dan pelajar. Malahan mewujudkan suasana yang bercorak relatif, tidak pasti, ragu-ragu (syak) dan meneka-neka (zann) yang mengakibatkan ilmu yang dipelajari tidak mantap dan hilang makna. Sifat relativisme ini akhirnya membawa para pelajar kepada hala tuju yang salah dan merosakkan pelajar (Ghazali Othman & Yusfarina Mohd Yusof, 2001).

Selain kekurangan dalam amalan pendidikan dan paradigma pemikiran barat yang menyerap masuk ke dalam sistem nilai orang Melayu terdapat juga gerakan-gerakan Islam yang bersifat fundamentalis seperti golongan Syiah yang membawa pendekatan ajaran Islam yang berbeza (Chandra Muzaffar, 1987). Tafsiran agama yang berbeza ini membawa kecelaruan terutama kepada golongan yang dilanda kejahilan untuk memahami dan menghayati agama Islam itu sendiri (Nasharuddin Mat Isa, 2002). Kesan yang ketara dapat dilihat melalui wujudnya keadaan umat Islam yang tercari-cari pautan keimanan dan akhirnya terdorong kepada gejala ajaran sesat baik yang bersifat keagamaan atau sebaliknya.

Mungkinkah kesemua elemen di atas telah meletakkan umat Melayu dalam konflik dan kecelaruan nilai; menerima cabaran tidak sahaja dari nilai globalisasi dan pegangan kerohanian yang rapuh, malah daripada pemikiran Islam yang bersifat agresif dan fundamentalis? Dalam usaha memahami persoalan ini, kita seharusnya berbalik kepada penghayatan peranan ajaran Islam yang menjadi nilai dominan (dominant value) kepada orang Melayu (Abd. Kadir Ariffin, 2003). Apatah lagi tujuan penurunan Islam kepada seluruh umat adalah membawa petunjuk kepada akal manusia dalam menangani persoalan-persoalan berkaitan kebaikan dan kelebihan yang perlu kepada seseorang untuk menjadi muslim yang soleh (Abdul Halim Mahmud, 1995). Jelasnya sistem nilai Islam mempunyai impak yang besar dalam pembangunan struktur pengetahuan akhlak (skema taakulan akhlak) orang Melayu. Islam meletakkan agama sebagai payung kepada semua aspek kehidupan dan menjadi tunjang kepada akhlak dan moraliti (Bello, 2001; Syed Muhammad Naguib Al-Attas, 1990). Oleh itu pemikiran akhlak dan moral orang Melayu seharusnya dilihat berasaskan kepada kepercayaan agama yang merentasi domain yang lebih luas selari dengan falsafah ad-Din dalam Islam (Islam: satu cara hidup; Islam: a way of life). Justeru kajian ini akan meneroka maklumat-maklumat yang berkaitan dengan amalan dan penghayatan konsep ad-Din dalam pembentukan skema taakulan akhlak (struktur pengetahuan akhlak) orang Melayu yang beragama Islam dengan tujuan memahami fenomena dekadensi akhlak dalam kalangan orang Melayu.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian mengenai pemikiran moral atau pemikiran akhlak dalam kalangan orang Melayu Islam masih baru dan tidak banyak. Namun dengan cabaran globalisasi dan proses kebaratan pemikiran orang Islam yang cuba diterapkan kepada penduduk dunia melalui monopoli media gergasi dunia dan lain-lain maka kajian untuk menentukan corak pemikiran akhlak orang Islam amat wajar dilakukan. Walaupun banyak kritikan atau pemerhatian telah dibuat mengenai pengaruh barat ke atas pemikiran orang Islam tetapi kajian empirikal mengenainya masih kurang terutamanya dalam konteks Malaysia.

Sehingga kini hanya satu sahaja kajian empirikal peringkat doktor falsafah oleh Jas Laile Suzana Jaafar (1999) cuba meneliti taakulan dan pemikiran moral orang Melayu. Beliau melaporkan bahawa taakulan moral orang Melayu dipengaruhi oleh adat resam dan kepercayaan terhadap ajaran agama Islam. Seterusnya, terdapat dua kajian berbentuk latihan ilmiah yang mengkaji taakulan moral orang Melayu oleh Azizah Ahmad (1995) dan Zamzuri Mahmood (1997). Kajian Azizah Ahmad (1995) melaporkan bahawa bentuk pemikiran moral pelajar Islam berdasarkan ketauhidan kepada Allah. Beliau mendapati terdapat hubungan terus antara agama dan tahap kemoralan pelajar apabila cuba menyelesaikan masalah moral. Dapatan Azizah Ahmad (1995) melaporkan pula bahawa subjek berpendidikan agama meletakkan panduan syariat sebagai pilihan teratas dalam penyelesaian masalah mereka (misalnya mencuri dan membunuh tidak dibenarkan oleh syariat). Pengesahan pemilihan ini seterusnya membawa kepada pilihan-pilihan tertentu berlandaskan syariat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kajian oleh Abdul Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2001) pula hanya meneliti definisi konsep akhlak dan moral dalam kalangan pelajar Melayu. Dapatan kajian mereka melaporkan pelajar membuat perkaitan antara konsep ketauhidan dan akhlak dalam definisi akhlak mereka. Mereka juga mengesan terdapat kecelaruan perspektif dalam menentukan konsep dan makna akhlak dalam kalangan pelajar Islam. Manakala Mohd. Daud Hamzah (2000) pula mendapati pelajar Melayu di universiti mencapai skor yang tinggi bagi nilai kerohanian yang dikatakan berkait rapat dengan pegangan agama mereka.

Dapatan kajian di atas memberi petunjuk awal bahawa pegangan agama sebagai pengaruh utama pada seseorang Melayu untuk melalui dan mencapai skema taakulan moral yang paling rasional. Maklumat-maklumat ini dilihat selaras dengan pengelompokan jenis-jenis pemikiran moral Islam oleh Musa Garba (1999) yang meletakkan pemikiran moral berorientasikan keimanan terhadap kewujudan Allah (Allah conscious morality) memayungi semua bentuk pemikiran moral yang lain. Unsur keimanan dalam dapatan kajian Azizah Ahmad (1995) dan unsur kerohanian dalam kajian Mohd Daud Hamzah (2000) mengukuhkan hujah Al-Ghazali berkenaan aspek spirituil dan rohani yang bersifat abstrak dalam isu akhlak. Menurut Al-Ghazali (1982) aspek ini dapat dikenal pasti dan diteliti melalui pemerhatian kepada aktiviti-aktiviti yang melambangkan kewujudan aspek-aspek ini dalam diri individu. Kohlberg (1963) dalam Lapsey (1996) juga berpendapat kepercayaan dan keimanan yang teguh dalam sesuatu agama akan mengesahkan kemoralan seseorang dan memandu moralitinya kepada satu dimensi yang objektif. Dalam hal ini maklumat-maklumat daripada kajian di atas yang meletakkan hubungan agama dan moraliti dalam kalangan orang Melayu menjadi contoh kepada ciri tahap taakulan moral ke tujuh oleh Kohlberg (lihat lampiran tahap-tahap perkembangan moral oleh Kohlberg (1963) dalam Lapsey (1996), yakni tahap taakulan yang bersifat metaetika dan berkaitan dengan kosmos metafizikal (Lapsey, 1996).

Terdapat ciri lain seperti perbezaan kumpulan umur yang dapat melengkapkan penerokaan maklumat terhadap skema taakulan akhlak pelajar Melayu. Aspek perbezaan umur ini dilaporkan memberikan kesan kepada perbezaan taakulan moral dalam kajian Jas Laile Suzana Jaafar (1999) dan Zamzuri Mahmood (1997). Terdapat kepelbagaian kumpulan umur yang terlibat dalam pelbagai perlakuan perlanggaran akhlak. Hal ini memberi gambaran bahawa umur menjadi salah satu faktor penyumbang kepada taakulan moral. Kesemua kajian yang melibatkan subjek Melayu di atas menggunakan alat terpiawai skala moral Kohlberg (1976) untuk membuat klasifikasi taakulan akhlak subjek kajian mereka. Alat ini dilaporkan mempunyai kekurangan untuk merekod bentuk-bentuk pemikiran akhlak dan mengukur taakulan akhlak orang Melayu (Jas Laile Suzana Jaafar, 1999).

Isu penaakulan moral ini harus dikaji memandangkan meningkatnya masalah-masalah keruntuhan moral dalam kalangan orang Islam khususnya golongan terpelajar di Malaysia pada masa ini. Justeru itu kita perlu memahami bagaimana skema penaakulan akhlak atau moral oleh orang Islam kini agar kita dapat mengenal pasti punca dan akibatnya kelak. Yang lebih penting kita juga perlu mempunyai cara menilai pemikiran akhlak orang Islam dari perspektif agama Islam sendiri agar corak penaakulan akhlak itu dapat diukur dengan lebih tepat bukannya menggunakan alat ukur yang dibina oleh orang bukan Islam (barat) seperti alat ukur Kohlberg (1976) dan lain-lain yang kerap digunakan. Sehubungan itu kajian ini akan membina alat ukur yang lebih sesuai dengan pegangan agama Islam dan budaya orang Melayu iaitu gabungan iman, amal dan ihsan yang berasaskan hujah-hujah ketauhidan kepada Allah yang diterjemahkan dalam bentuk ad-Din; hablul min Allah dan hablul min an-nas.

Berdasarkan premis di atas fenomena hubungan antara umur, kepercayaan agama dan taakulan akhlak mungkin terdapat dalam pembentukan skema taakulan akhlak (struktur pengetahuan akhlak) orang Melayu. Aspek kepercayaan agama yang menjadi pegangan hidup atau sebaliknya mengalami kelunturan mungkin mempengaruhi aspek taakulan akhlak mereka. Selain itu terdapat juga kemungkinan wujudnya kecelaruan antara pengaruh unsur-unsur selain unsur agama Islam dan budaya Melayu dalam skema taakulan akhlak mereka. Hal-hal yang berkisar dalam persoalan-persoalan ini akan cuba diterokai dalam kajian ini.


PDF