Ahad, 6 Mac 2011

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan ke atasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untukmemberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;

1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin

2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza? Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak . Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:

1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)

2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – MANHAL

Sabtu, 5 Mac 2011

Penemuan Saintifik Profesor Keith Moore

ADAKAH AL QURAN ITU BENAR-BENAR TEPAT ?

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=3&t=13022&p=242973#p242954

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. (QS. Fussilat : 53)

"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh, kemudian kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi daging, kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu, kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya, maka nyatalah Allah sebaik-baik pencipta".( Surah ke-23 Al-mukmin ayat 12-14 )



Susunan embriologi manusia yang diringkaskan mengikut Al-Quran.

1. NUTFAN: setitis air atau cecair(mani)


2. ALAQAH: struktur seakan-akan lintah



3. MUDGHAH: struktur seakan-akan gumpal



4. IDHAAM: tulang atau rangka



5. KISAA: pembalutan tulang dengan daging



6. AL-NISH'A: pembentukan janin (manusia)



Profesor Keith Moore adalah salah satu saintis terkemuka di dunia dalam bidang anatomi dan embriologi dan merupakan penulis buku yang berjudul "Developing Human", yang telah diterjemahkan ke dalam lapan bahasa. Buku ini dianggap sebagai buku rujukan sains dan dipilih oleh sebuah jawatankuasa khas di Amerika Syarikat sebagai buku terbaik yang pernah ditulis. Keith Moore adalah Profesor Anatomi dan Biologi Sel di Universiti Toronto, Kanada. Pada tahun 1984, beliau menerima anugerah paling terhormat yang diberikan padanya di bidang anatomi di Kanada, JCB Grant Award dari Canadian Association of Anatomists. Dia telah menjadi pengarah kepada beberapa persatuan antarabangsa seperti Canadian and American Association of Anatomists dan The Council of the Union of Biological Sciences.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan ke-7 di Dammam, Arab Saudi, Profesor Moore berkata,"Telah menjadi kebanggaan bagi saya untuk membantu mengklarifikasi pernyataan dalam al-Quran tentang perkembangan manusia Sangat jelas bagi saya bahawa kenyataan ini pastinya datang kepada Muhammad dari Tuhan atau Allah, kerana hampir semua pengetahuan ini belum pernah ditemui sehingga beberapa abad kemudian. Hal ini membuktikan bahawa Muhammad saw telah menjadi utusan Tuhan atau Allah”.

Akibatnya, Profesor Moore ditanya dengan soalan berikut, "Apakah ini bermakna bahawa anda percaya bahawa Quran adalah Firman Allah?" Dia menjawab, "Saya tidak merasa kesulitan dalam menerima ini."

Semasa satu persidangan, Profesor Moore menyatakan, "... kerana stagein embrio manusia sangat kompleks, kerana proses perubahan berterusan selama perkembangannya, dicadangkan bahawa sistem klasifikasi baru dapat dibangunkan dengan menggunakan istilah yang disebutkan dalam al-Quran dan Sunnah. Sistem yang diajukan lebih sederhana, menyeluruh dan sesuai dengan pengetahuan embriologi saat ini. Kajian intensif terhadap Quran dan Hadis dalam empat tahun terakhir telah menunjukkan sebuah sistem pengklasifikasian embrio manusia yang mengagumkan sejak hal ini direkodkan pada abad ke-7 Masihi. Meskipun Eric Statle, pengasas ilmu embriologi, menyedari bahawa embrio ayam yang dibangunkan secara berperingkat dari penelitiannya terhadap telur ayam pada abad ke-4, dia tidak memberikan detail mengenai tahap ini. Sejauh yang diketahui dari sejarah embriologi, sangat sedikit yang diketahui tentang stagein dan klasifikasi embrio manusia hingga abad kedua puluh. Untuk alasan ini,keterangan embrio manusia dalam al-Quran tidak boleh didasarkan pada pengetahuan ilmiah pada abad ke-7 M. Hanya satunya kesimpulan yang masuk akal adalah bahawa keterangan ini diwahyukan kepada Muhammad dari Allah. Beliau tidak mampu mengetahui butiran yang sangat terperinci seperti itu kerana ia adalah seorang yang buta huruf serta tidak ada langsung latihan saintifik."

Dia menyebutkan bahawa beberapa perkara yang Al-Quran menyatakan tentang pertumbuhan manusia tidak diketahui sampai 30 tahun yang lalu. Bahkan, ia mengatakan bahawa satu item pada khususnya - keterangan-Quran tentang manusia sebagai "gumpalan seperti lintah" (alaqah ') pada satu tahap - yang baru baginya, tetapi ketika dia diperiksa di atasnya, ia menemukan bahawa hal itu benar, dan ia menambahkannya ke bukunya. Dia berkata,

"Saya tidak pernah memikirkan itu sebelumnya," dan ia pergi ke jabatan zoologi dan meminta gambar lintah. Ketika ia menemukan bahawa itu kelihatan seperti embrio manusia, ia memutuskan untuk memasukkan kedua-dua gambar di salah satu buku teks-nya. Dr Moore juga menulis sebuah buku tentang embriologi klinikal, dan ketika ia menyajikan maklumat ini di Toronto, menyebabkan kehebohan di seluruh Kanada. Itu adalah di halaman depan beberapa surat khabar di Kanada, dan beberapa berita cukup lucu. Sebagai contoh, salah satu judul di baca:

"mengejutkan HAL KUNO DITEMUKAN DALAM BUKU!"

Nampaknya jelas dari contoh ini bahawa orang tidak memahami dengan jelas apakah tentang semua itu. Sebagai soal fakta, seorang wartawan surat khabar bertanya pada Profesor Moore,

"Tidakkah anda berfikir bahawa mungkin orang Arab telah mengetahui tentang hal-hal ini - keterangan embrio, penampilan dan bagaimana perubahan dan pertumbuhan. Mungkin tidak ada saintis?.. tapi mungkin mereka melakukan pembedahan sesuatu yang kasar pada mereka sendiri - orang telah dikelar untuk memeriksa hal-hal ini ".

Profesor itu akan menunjukkan kepadanya bahawa dia [wartawan] telah tertinggal hal yang sangat penting - semua gambar embrio yang telah ditunjukkan dan telah diramalkan dalam filem itu berasal dari gambar yang diambil melalui mikroskop. Dia berkata,

"Itu tidak masalah jika seseorang cuba mencari embriologi empat belas abad yang lalu, mereka tidak boleh melihatnya!". Semua keterangan dalam Al-Quran kemunculan embrio adalah dari item bila masih terlalu kecil untuk dilihat dengan mata, sehingga orang perlu mikroskop untuk melihatnya.Karena alat tersebut hanya ada selama lebih dari dua ratus tahun.

Dr Moore menyindir, "Mungkin empat belas abad yang lalu seseorang diam-diam mempunyai mikroskop dan melakukan kajian ini, sehingga tidak ada kesalahan di mana sahaja. Lalu entah bagaimana ia mengajar Muhammad dan meyakinkan dia untuk memasukkan maklumat ini dalam bukunya. Lalu ia menghancurkan peralatan dan merahsiakannya selamanya. Adakah anda yakin bahawa anda adalah benar? tidak boleh… kecuali anda membawa beberapa bukti bahawa ini adalah suatu teori yang mengarut." Bahkan, ketika ditanya "Bagaimana anda menjelaskan maklumat ini dalam Al-Quran?" jawapan Dr Moore adalah,"Itu hanya boleh diwahyukan oleh Tuhan."!


Selasa, 1 Mac 2011

Misteri Kematian Hitler ???


*** Sila double click pada foto untuk imej lebih besar.

Dari sekian banyak informasi yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada pihak yang dapat menyebutkan secara pasti apakah penyebab kematian pemimpin Nazi German ini. Versi yang paling popular menyebutkan bahawa Hitler telah mati membunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri atau meminum racun sainad pada 30 April 1945 di sebuah Bunker di Berlin bersama kekasihnya Eva Braun.

Ketika itu negara Jerman sedang ditawan oleh tentera Rusia. Ramai ahli sejarah meragui bahawa Hitler telah membunuh dirinya dan mengesyaki, itu hanyalah merupakan propaganda pihak Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.



Jasad yang didakwa sebagai Adolf Hitler ditemui di bunker bawah tanah





Misteri kematian pemimpin kuku besi Jerman Adolf Hitler, kembali menjadi perbincangan hangat, apabila The Daily Telegraph pada 28 September 2009 menerbitkan sebuah laporan, bahawa tengkorak yang selama ini didakwa sebagai milik Hitler yang disimpan di Rusia ternyata, bukanlah tengkorak milik pemimpin yang digelar The Fuhrer itu. Dalam program dokumentari History Channel yang diterbitkan di British menjelaskan, tengkorak tersebut merupakan tengkorak seorang perempuan yang meninggal di bawah usia 40 tahun.


Tengkorak yang didakwa sebagai milik Adolf Hitler

Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan dimana mayat Hitler mahu pun mayat Eva Braun. Di Konferensi Postdam tahun 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak ditemui. Stanlin juga mendakwa, The Fuhrer ini telah lolos melarikan diri ke Sepanyol atau tempat lain di Amerika Latin. Tidak berapa lama selepas itu, terdapat khabar angin yang mengatakan Hitler mungkin telah menggunakan kapal selam untuk ke sebuah pulau rahsia. Tetapi tiada sesiapa pun yang tahu nama dan lokasi pulau yang dimaksudkan itu.
Penemuan ini menguatkan kembali teori konspirasi bahawa Hitler tidak mati pada 1945. Dia disyaki melarikan diri dan mati di usia tua. Pelbagai teori telah dikemukakan, dimanakah kematian Hitler. Ada yang mengatakan Hitler meninggal di Argentina, Brazil, Amerika Selatan, bahkan di Indonesia.



3 Versi Yang Popular ( sedutan ringkas )
Masing-masing pihak mengemukakan berbagai hujah dan bukti yang memperkuat dakwaan mereka. Sejumlah dokumen didedahkan dan para saksi pun berbicara.

1) ARGENTINA

Jurnalis Argentina juga pengarang buku ‘Bariloche Nazi’, Abel Basti meyakini Hitler mati di Argentina pada 1960. Basti mendakwa Hitler telah melarikan diri dari Jerman menggunakan kapal selam, bersama kekasihnya Eva Braun. Hitler diyakini menghabiskan hari-hari terakhirnya di sebuah kota bernama Bariloche. Ini berdasarkan atas keterangan beberapa orang saksi.

Seperti dikutip di laman Salisburypost, 30 Ogos 1999, artikel surat kabar pada 17 Julai 1945, memberitakan Hitler dan Eva Braun terlihat di Argentina. Seorang wartawan mengirim cerita dari Montevideo ke Chicago Times bahawa Hitler dan Eva telah melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam. Keduanya hidup di kompleks orang-orang Jerman di Patagonia.


Kapal Selam U-Boat German

2) BRAZIL

Sementara dakwaan bahawa Hitler meninggal di Brazil berdasarkan pengakuan anggota NAZI bahawa Hitler meninggal pada 1980 di Brazil. Brazil diketahui sebagai tempat pelarian para mantan pengikut Hitler. Sebuah makam kumpulan NAZI telah ditemui di pedalaman hutan Amazon, lengkap dengan lambang NAZI di batu nisan yang berbentuk salib.


Makam NAZI di pedalaman Amazon, Brazil.




3) INDONESIA



Dakwaan ini berdasarkan pada temubual seorang doktor warga Bandung, Dr.Sosrohusodo.
Sosro merupakan seorang doktar lulusan Universiti Indonesia. Beliau telah menulis pendapatnya pada satu artikel di Pikiran Rakyat pada 1983. Kemudian pada 1994 penulis telah bertemu dengan Sosrohusodo. Hasil wawancara itu telah dimuatkan didalam Pikiran Rakyat pada 24 Februari 1994 dalam bentuk artikel yang cukup panjang. Artikel itulah yang kemudiannya telah dihebahkan di dunia maya kebelakangan ini. Pertemuan dengan Sosrohusodo ketika itu dilakukan atas permintaannya.


Sosrohusodo menyimpan kisah yang didengarinya daripada masyarakat Sumbawa. Masyarakat di sana pernah bercerita, pada satu ketika, mereka melihat munculnya kapal selam dari laut yang disusuli dengan pendaratan sebuah kenderaan berbentuk bulat.
Rujuk Kembali


*** Sila double click pada foto untuk imej lebih besar.



Sosro turut bercerita mengenai pengakuan Nyonya S ( isteri ke-2 Poch ) berkaitan dengan hal itu. Suatu hari suaminya mencukur misai sama seperti misai Hitler, S kemudiannya bertanya mengenai persamaan misainya itu dengan misai Hitler. Poch malah mengiyakan bahawa dirinya adalah Hitler. “Tapi jangan bilang sama siapa-siapa,” begitu Sosro mengutip ucapan Nyonya S.

Sekurang-kurangnya terdapat dua gambar yang menunjukkan hubungan suami isteri antara Nyonya S dan Dr. Poch. Gambar yang dihasilkan di Sumbawa itu disebut Sosro sebagai gambar saat keduanya melangsungkan pernikahan di pendopo kabupaten. Penggunaan pendopo sebagai tempat hajatan menunjukkan kedudukan Dr. Poch yang dihormati di kalangan masyarakat setempat.
Di bawah ini dalah foto Dr. Poch dan Nyonya S


Pada gambar itu, terlihat Dr Poch sudah semakin tua, memakai 'suit' yang agak besar, kemeja putih bertali leher dan berkacamata. Sementara Nyoya S pula, mengenakan kebaya putih, berkain batik dan sanggul beruntai bunga yang jatuh di dada kanannya. Tangan kanannya memegang kipas. Gambar mereka diabadikan dalam posisi berdiri.

Sementara pada gambar ini, Dr. Poch dan Nyonya S duduk di kerusi. Sementara di belakang mereka berdiri tiga lelaki muda. Jika senyum, kelihatan senyuman di bibir S, sementara di kedua-dua gambar ini, wajah Dr. Poch agak serius. Menjelang pernikahan itulah, kata Sosro, kononnya Dr. Poch menukar agamanya menjadi seorang Muslim. Dr Poch kemudian menggantikan namanya dengan nama Djamaluddin. Mereka kemudiannya telah berpindah ke Surabaya.





Foto Jenazah yg.dikatakan Hitler



Kubur Poch

Namun nama barunya sebagai seorang mualaf itu seakan tidak digunakan. Hal itu boleh dilihat pada makam Dr Poch di Pemakaman Umum Muslim Ngagel Utara, Jalan Bung Tomo, Surabaya. Pada batu nisannya, tertulis nama G. A. Poch. Kebelakangan ini barulah saya (penulis buku) tahu G.A. adalah singkatan daripada Georg (tanpa ”e”) Anton.


Pulau Sumbawa Besar

Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya bahawa seorang pemimpin Diktator Nazi German itu bersembunyi dengan aman di Pulau Sumbawa Besar, hingga akhir hayatnya di Surabaya dan telah dimakamkan di pemakaman umum Muslim di Ngagel, Surabaya.


Mufti Sheikh Amin Husseini dan Adolf Hitler, 1941

Hinggalah ke saat ini teka teki apakah Hitler mati di bunker, Argentina, Brazil, atau pun di Indonesia, belum dapat dipastikan. Kisah akhir hayat ‘Sang Fuhrer’ terus menjadi misteri dalam lipatan sejarah.


WALLAHUA'LAM




*** Sumber Rujukan ;