[MSTAR] Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.
Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.
"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "
"Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warganegara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.
Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.
Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.
"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.
Ahad, 31 Oktober 2010
PROF KHOO KAY KIM kata hanya sekolah satu aliran boleh capai matlamat 1Malaysia
Sabtu, 30 Oktober 2010
RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM DI KEDAH DARUL AMAN
Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar).
Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai Kalahar ( sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni ) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola
( Lihat Nota 1 ).
( Nota 1 ) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah).
Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa ( Sri Vijaya ) menjadi duta Maharaja Rom ( Keturunan Iskandar Zulkarnain – Macedonia ) (Lihat Nota 2) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun ( Lihat Nota 2 ), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.
( Nota 2 ) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda ( lambang kenderaan Dewa Wisnu ).
Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja ( Kedah ) Kalahar 1.
Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda( Lihat Nota 3 ) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.
(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalahar dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani ( Pengasas Silat Abjad ) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy ( atau Syeikh ( Sayyid ) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani ) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.
Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata ( lipat bumi ) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya. Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah ( 1136 Masehi ) – ( Lihat Nota 4 ) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang
mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri ( silat ) sehingga semua hulubalanghulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1. Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin ( China ) ( Lihat Nota 5 ) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.
(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul di pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni ( Amirul Mukminin ) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan ( Ulama ) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan ( Umara ) Sultan Muzaffar Syah 1 ( Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara ).
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai ‘Al-Mala-u’ ( Lihat Nota 6 ) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘( berkembang-biak )memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “Melayu” seperti yang dikenali hari ini.
(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab - Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi ( husnulkhuluqa ( akhlak yang mulia ) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya ( Iman dan Taat ) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli ( warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah )
b) Jawi ( penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim ( Asia Tenggara ) –manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid ( Asia Barat ) yang menambahkan titik pada beberapa huruf ).
c) Melayu ( yang berkembang-biak memenuhi ruang ).
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.).
e) Bangsa ( rasmi ) kebangsaan ( Warga Angin Bawah Bayu Merdeka ).
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.
( AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) ( menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau ) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam ( Khalifah ) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM )
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik ( indah lagi makmur ) dan Tuhan Maha Pengampun” ( ke atas taubat
hambaNya ).
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah (1) juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.
Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.
Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani ( wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi ) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara selepas Siam dan China tidak campurtangan lagi.
Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :
a) cintakan dunia dan takutkan mati ( Al-Wahan ).
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning.
c) berfahaman ajaran sesat.
d) salah faham terhadap agama.
e) pergaduhan antara kaum dan agama.
f) pengaruh isme yang membahayakan.
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain.
Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an.
Selain itu, mengikut satu laman web ( lihat rujukan ), penjajah telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali.
Kenapa penjajah melakukan sedemikian rupa terhadap Melayu Islam?
Jawapannya ialah penjajah ketika itu rata-rata berpayungkan satu fahaman sesat Yahudi dari Kumpulan Illuminati/New World Order (berlambangkan mata Horus/Osiris – iaitu Mata Dajjal ) yang dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Priory of Psion ( Zionis ) dan Opus Dei ( juga berperang sesama sendiri kerana kefahaman yang berbeza terhadap Nabi Isa a.s. ).
Salah satu kesimpulan dari misi Zionis yang tercatat ( secara simbolik ) dalam Protocol of Zion ialah untuk :
“Memusnahkan agama samawi ( Islam ) yang dbawa oleh keturunan Nabi ( Ahlul Bait ), Raja-Raja serta diwarisi oleh Ulama Warisatul Anbia ( yang dianggap Zionis sebagai agama palsu )”
Zionis sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bait dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.
Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya Ahlul Bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini ( Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan ) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.
Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila Inggeris melabelkan pahlawan Melayu Islam ( Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll ) sebagai Pemberontak ( rebel ) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas ( terrorist ) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati
kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.
Kini kumpulan Illuminati diketuai oleh Black Pope, Count Kolvenbach ( The Jesuit ) dan dibantu oleh satu kumpulan elit baru zionist dunia yang dikenali sebagai kumpulan Bilderberg. Pelbagai cara dilakukan ( termasuk menggunakan teknologi ) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam.
Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan Ahlul Bait ( berpaksikan Dua Kalimah Syahadah ) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin ( Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fatani), Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini ( yang juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali ) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara.
Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali) dan dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan Tuan Guru Haji Umar Zuhdi.
Kini, perjuangan ini telah diwariskan oleh Persatuan Warga Melayu Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi muzakarah ulung Warga Melayu pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan 20 Mac 2008 Masihi yang diadakan di Pusat Pengajian Assalam, No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
--------------------
Rasulullah SAW bersabda:
“Setelah aku wafat ( dan ) setelah lama aku tinggalkan ( dunia ini ), umat Islam akan menjadi lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan ( mengambil peluang ) menindas mereka ( umat Islam ) bagaikan orang yang makan dengan rakus.”
Sahabat bertanya,
“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh terlalu kuat?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Bahkan mereka ( umat Islam ) pada masa itu ( jumlahnya ) lebih ramai ( dari sekarang ) tetapi tidak dapat memberikan apa-apa manfaat ( tidak berguna ), tidak dapat memberikan apa-apa erti ( kesan ) dan musuh ( orang kafir ) tidak takut ( gerun ) akan mereka. Mereka ( umat Islam ketika itu ) ibarat ( hanya ) buih di lautan.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi ( hanya ) seperti buih di lautan?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Kerana ( mereka dilanda ) dua penyakit iaitu Al Wahan.”
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu Al Wahan?”
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Cintakan dunia dan takutkan mati".
Dari Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dan dari pada Nabi SAW sabdanya:
“Kalaulah usia dunia ini hanya tinggal sehari (sahaja lagi), nescaya Allah akan panjangkan hari berkenaan sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki ( Al Mahdi ) dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ( ketika itu ) ia telah dipenuhi dengan kezaliman”
Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya :
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan ( wajah ) mereka, maka Rasulullah berlinangan air mata dan wajah beliau berubah ( muram/sedih).
Akupun bertanya :
“Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.
Beliau menjawab :
“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya
hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Dari Tsauban r.a. Sabda Rasulullah SAW :
“Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim - dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda :
“Ulama itu adalah pewaris Nabi (Ulama Warisatul Anbia)”
Dari Ahmad dan Muslim dari Anas, Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Dajjal yang diiringi oleh 70,000.00 tentera Yahudi Isfahan yang memakai toga”
Rujukan
1. Gagasan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu – Modul Memperkasakan Bangsa dan Negara – menyelesaikan segala masalah serta mematikan segala hujjah dan menghidupkan bumi yang mati – di tengah-tengah kegawatan dunia penuh pancaroba, bergolak dan huru-hara – Oleh Al-Allamah Tuan Guru Haji Ahmad Junaidin bin Che Din dan Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Idris bin Haji Mahmud Nasri Osmani, Persatuan Warga Melayu Malaysia dan Yayasan Angkatan Bina Jati Diri.
2. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad.
3. Sejarah Kedah – Buyong Adil – DBP 1980.
4. Rancangan Zionis Memusnahkan Islam dan Nasrani dari Laman veilopen.blogspot.com (The Truth Now In Malaysia)
5. Rujuk silang kepada Hikayat Merong Mahawangsa, bahan sejarah mengenai Empayar Srivijaya, Raja-Raja Pasai dll.
6. Rujuk silang kepada khazanah tulisan Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah
-----------------------------------
MASAKINI
ABJAD MALAYSIA telah merangka satu formula untuk dicadangkan kepada umat manusia menerusi pengenalan satu Gagasan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.
Modul telah disediakan bagi memperkasakan bangsa dan negara dengan mendukung serta mempertahankan hak ketuanan Melayu, kekuatan perpaduan Melayu, institusi kesultanan Raja-Raja Melayu dan kedaulatan negara pada setiap masa.
Kami juga memperjuangkan pengekalan dalam negara masyarakat Melayu supaya melaksanakan cara hidup Islam atas aliran mazhab yang rojeh ( 4 Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah )
Tauhid - Aliran Imam Abu Mathuridi atau Imam Abu Hassan As-Syaari
Feqah - Salah satu daripada Imam berikut tanpa pertindihan - Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi
Akhlak ( tasauf ) - Mana-mana ulama muktabar yang ahli (faham) dalam babnya
(bidangnya) umpamanya Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani, Imam Al-Ghazali, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Abdullah Ahmadul Badawi ( murid Syeikh Abdul Qadir Jilani ) dll.
Kami bermuafakat dalam menyampaikan seruan agama Islam hingga tercapainya kefahaman hakikat tauhid yang sah dan jelas. Kami menyatukan fahaman dan amalan untuk kekal hidup di bawah naungan Allah S.W.T. yang Maha Esa, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W., Kitabullah dan Kiblat yang satu.
Kami menggunakan kaedah dakwah dalam ilmu dan amalan serentak rohani dan jasmani umat manusia, beristiqamah dengan berpegang teguh kepada hukum tertinggi - Al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias.
Kami berusaha untuk mendapat kerjasama supaya dibukakan ruang seluas-luasnya bagi mengumpul seberapa ramai umat Melayu Islam supaya bersatu dalam memperbaiki tumpuan pelaksanaan kerja dalam kehidupan kepada keperkasaan diri, bangsa dan negara sehingga mampu mengubah tamadun manusia.
Bangsa hendaklah menerima agama Islam maka jadilah bangsa itu bangsa beragama.
Tempat letak agama pada diri seseorang itu ialah lidah, anggota dan hatinya.
Seseorang yang menerima Islam dengan yakin, wajib fardhu ain menjaga agama yang ada pada dirinya pada bila-bila masa dan di mana-mana.
Ilmu dan amalan seseorang menjadi baja yang menyuburkan agama Islam yang ada pada dirinya selagi ilmu dan amal itu berada atas dasar agama dan diambil serta dipelajari dari mereka yang ahli pada babnya.
Agama Islam akan keluar daripada diri seseorang itu setelah menerimanya di atas nama murtad, munafiq, zalim dan fasiq.
Ilmu dan amalan seseorang menjadi racun yang membunuh agama yang ada pada dirinya sekiranya ilmu dan amalan itu tersasar dari dasar agama atau diambil serta dipelajari pula dari orang yang telah rosak akidah, syariat, akhlak, jihadu bi nafsi dan jihadu bil mal.
Untuk maklumat lanjut, ABJAD MALAYSIA dan Persatuan Warga Melayu Malaysia ingin menjemput mana-mana pihak, organisasi, sektor, parti siasah, individu/kumpulan bagi menghubungi kami untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci termasuk bukti-bukti dan fakta sejarah.
Alamat :
No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Tel : +604-442-1498, Faks : +604-441-6502
( U/P : Haji Idris Haji Mahmud Nasri Osmani )
SELOKA BERSATU
Jerihnya sufi dan para pahlawan,
Golongan mahir dan para cendekiawan,
Membina kukuh kesatuan ini…
Sehingga kekal ke hari ini…
Sekian lama mereka pergi,
Lihatlah apa terjadi kini…
Kita ini bagaikan mati!
Bangkitlah semula hidupkan diri!
Lihatlah terbentang di hadapan kita,
Begitu besar luasnya dunia,
Menanti untuk kita manfaati,
Dengan akal bijak bestari
Dipandu nur yang suci dan murni,
Dugaan, cabaran, nikmat dan rezeki,
Adalah makanan hidup ini,
Samudera dalam kita selami,
Kalau jatuh, bangunlah lagi
Kejarlah semula kabilah ini,
Merdekakan lagi jiwa dan jasmani,
Yang sekian lama makin dijajahi!
BANGUN! BERAMAL! BEKERJA!
Kerana kita manusia biasa
Kerana kita mengaku hambaNya
Tanda tunduk akan perintahNya
Taatilah Allah, Rasul dan Ketua
Taatilah Guru, Ayah dan Bonda
Kepada Allah bertaqwa kita,
Agar dapat mengurus membeza,
Akal dan nafsu yang kurang sempurna,
Semoga mendapat darjat yang mulia.
Ketua adalah pembawa panduan,
Kitalah sebenar yang melaksanakan,
Janganlah jadi hanya penantian,
Takut nanti tinggal impian!
Jutaan syarahan telah disampaikan,
Ribuan amalan telah dilakukan,
Marilah pula berbuat tindakan,
Agar pulangan dapat dihasilkan,
Tidak terhad pada perkataan.
Untuk diri, keluarga dan ahli,
masyarakat, daerah serta negeri,
negara, dunia, sejagat dan akhirat
Alangkah besarnya bakti dan berkat
Sesama membina istana kebajikan,
Sesama meruntuh kota kejahatan!
Andai akal belum sempurna,
Andai ilmu kurang di dada,
Carilah makna segala kefahaman,
Tidaklah pula sehingga terbeban,
Amalkan ilmu sekadar kemampuan,
Allah jua kita serahkan,
Tanpa halangan tanpa galangan.
Untuk arifin yang lama bersemadi,
Keluarlah dari persembunyianmu ini!
Mari bersama memimpin kami,
dengan pengalaman yang telah
dipelajari.
Jika terilham kaedah dan cara,
Zahirkan ia menerusi suara,
Iman tak kenal tua dan muda,
Besar dan kecil tiada dikira,
Selagi ada kebajikan niatnya,
Mari SATUKAN bersama-sama,
supaya lebih berlipat ganda.
Bagi yang masih besar diri,
Tepuk dada tanyalah hati,
Sehingga bila terus begini?
Berbulan berlalu menjadi tahunan,
Matlamat anda manakah kesudahan?
Keluarlah dari penjara khayalan!
Jangan pandai menafsir sendiri,
Jangan pula membisu sepi,
Jangan mudah berpuas hati,
Akibatnya berat memakan diri,
Janganlah segan janganlah malu,
Salah dan silap tentunya berlaku,
Marilah mengaku kelemahan diri,
Supaya dapat sesama perbaiki.
Andai masih tidak mengerti,
Mengapa terjadi semuanya ini,
Pelajaran asal semaklah kembali,
Melihat semula pada yang asli.
Elakkan juga jumud kumpulan,
Dengarlah juga pendapat luaran,
Mungkin dapat jadikan panduan,
Bukan hanya ikut-ikutan…
Jauhi kita segala pergeseran,
kerana ini pemecah perpaduan.
Cuba elakkan kepentingan peribadi,
Belajar mendekati kepentingan ahli,
IKHLASkanlah segala pengorbanan ini,
Agar berterusan tanpa berhenti.
Sejahtera diri, keluarga, dan ahli
masyarakat, daerah serta negeri,
negara, dunia, sejagat dan akhirat
Ucapkan semula Kalimah Syahadah,
Agungkan kembali Qur’an dan Sunnah,
Jadikan petua Ijmak dan Qiyas,
Jadilah Ahli Sunnah wal Jamaah,
Tetapkan Iman, Islam dan Ihsan,
Tauhid, Feqah, Usul dan Kesufian.
Biasakan diri dengan latihan,
Jangan sampai tiada pekerjaan,
Tingkatkan terus ilmu pengetahuan,
Ibadat amalan dilupa jangan,
Jangan mudah menyerah kalah,
Usahakan hingga dapat istiqamah,
Cari Mawaddah waRahmah
wasSakiinah,
Kita pasti akan berjaya,
Khalifah juga jadinya kita.
Hamba berkata mengingati diri,
tiadalah hamba membangga diri,
Hamba terasa masih rapuh,
kalian mungkin lebih ampuh,
jangan ampuh bertukar angkuh!
rapuh pula perlu perkukuh!
Hamba sedar seloka ini,
Pasti ramai juga bantahi,
di mana akhirnya kita ini,
bila ADA dirempuh-rempuhi,
bila TIADA dipohon-pohoni.
Tentunya ada yang pandai berkata,
Bilangan ramai di majlis kita,
Semakin bertambah setiap masa,
Bukankah ini penyatuan nyata?
Kenapa memandang mudah sekali?
Bilangan ramai semuakah memahami?
Jika benar kenapa terjadi?
Bertambah ramai, bertambah yang lari!
Bacalah semula seloka ini,
walau pahit berkali ulangi,
semoga menjadi penawar hati,
semoga semuanya bangkit kembali.
Namun kita tidak berjanji,
Masa depan yang belum pasti,
Jika dituruti seloka ini,
Semua masalah dapatkah diatasi?
Tetapi sejarah bagaikan tahu,
walaupun semangat tidaklah padu,
Jika jemaah BENAR BERSATU!
kekuatan pasti berada di bahu!
Yang rahsia kan jadi nyata,
Yang lemah akan berbisa,
Usahalah terus sabar menanti,
Kemenangan akan menjengah nanti!
Mari bersama kita lalui,
Merasai keagungan kembara ini,
walaupun masih JAUH destinasi,
berjalanlah kita TANPA henti…
Webmaster PGSSAJKM
Jumaat, 18 Ramadan bersamaan 21
Oktober, 2005
BAHAYA AIDS HARAKI DALAM HARAKAH ISLAMIAH
SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN
( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )
Muqqadimah
Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia. Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.
Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.
Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik). Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.
Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua. Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.
Mengenal Virus Merbahaya
Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :
1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan kegagalan membina tanzim dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh. Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata. Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.
2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya. Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya. Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.
3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya. Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah. Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka. Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.
5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah. Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.
7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalah harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.
Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.
Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.
Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah ( Keaslian Dakwah )
Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW. Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran. Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).
Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam. Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.
Kesimpulan
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.
Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.
Kepada para Pejuang yang merindukan kejayaan
Kepada Rakyat yang kebingungan di persimpangan jalan
Kepada Pewaris peradaban yang telah menggoreskan
Sebuah catatan membanggakan di lembar sejarah manusia
Wahai kalian yang rindu kemenangan…..
Wahai kalian yang turun ke medan
Demi mempersembahkan jiwa dan raga
Untuk Islam tercinta…..
Disediakan oleh :
10 Syawal 1426 H
Akhukum fiLlah,
Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee
Jumaat, 29 Oktober 2010
KERUNTUHAN AKHLAK DAN GEJALA SOSIAL DALAM KELUARGA; ISU DAN CABARAN
Seminar Kaunseling Keluarga 2008
KERUNTUHAN AKHLAK DAN GEJALA SOSIAL DALAM KELUARGA; ISU DAN CABARAN
Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid, Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai 81310 Johor Bahru
hashimhj62@yahoo.com, kyhelmi79@yahoo.com, mie_spiutm@yahoo.com, utmkaunseling@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya punk dan budaya blackmetal; isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit serta vandalisme yang berlaku dalam keluarga di Malaysia. Data-data menunjukkan pembabitan rakyat Malaysia dalam jenayah ini. Punca-punca telah dikenal pasti yang menjadi penyebab berlakunya gejala ini. Justeru itu isu-isu ini turut memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut malah kepada masyarakat dan negara Malaysia. Bagi mengatasi masalah ini beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala sosial ini yang boleh merosakkan masa depan negara.
PENDAHULUAN
Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapijuga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, samaada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan diatas.
Pengaruh Budaya Barat
Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini, masih mengambil model Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, dinegara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam. Contoh-contoh wujudnya ajaran-ajaran ini turut dibincangkan dalam ulasan ini.
Pengaruh Skinhead
Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an.Sekarang Skinhead sudah menyebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun Skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja (utamanya buruh pelabuhan) di London, Inggeris. Skinhead juga bisa merujuk kepada kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat musik streetpunk dan juga punk.
Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads. Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.
Budaya Punk
Punk pula lahir di London, Inggeris. Sejak tahun 1980-an, saat punk bermaharalela di Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga dapat bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik. Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera membantah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu peningkatan pengangguran yang tinggi.
Banyak yang menyalahartikan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di Inggeris pernah terjadi wabak penggunaan jem berbau tajam untuk mengganti bir/arak yang tak terbeli oleh mereka. Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yangberpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.
Pengaruh Black Metal
Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Antaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal.Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama. Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.
Sejarah Black Metal
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Oystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem. Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM, termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna".
Isu Kemaksiatan dan Pelbagai Keruntuhan Akhlak Di Malaysia
“…saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorag individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”.
Sumber: Ucapan Perdana Menteri, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi, 2005
Begitulah tingginya harapan dan hasrat yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui kata-kata dan ucapannya. Namun begitu setelah negara kita merdeka 50 tahun dulu, adakah jiwa raga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka?. Sebagai renungan untuk menjawab persoalan di atas,
sebanyak 1.13 peratus remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40 peratus menonton bahan lucah, 16 peratus berjudi, 70 peratus merokok,14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25 peratus mengambil minuman keras, dan18 peratus melakukan seks bebas (majalah Siti, 2006).
Dapatan ini merupakan satu angka yang amat membimbangkan dan boleh meruntuhkan kecemerlangan negara Malaysia. Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia bermula dari diri individu itu sendiri. Mereka ini berjiwa kerdil, pasif, tidak menghargai diri, tidak berpendirian dan tidak berwawasan. Mereka juga tidak mempunyai identiti sendiri,mudah terpengaruh dan lebih mengagung-agungkan budaya kuning dari Barat. Sepatutnya mereka bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya. Mereka juga lemah minda, malas berfikir dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan masalah sehingga ada yang mengambil dadah dan yang paling kritikal sehingga membunuh diri.
Dalam melahirkan kebanggaan, sebahagian rakyat khasnya golongan remaja terlibat dengan fenomena keruntuhan akhlak yang amat menjijikkan dan boleh melemah dan meruntuhkan negara bangsa. Antara gejala keruntuhan akhlak tersebut ialah perbuatan maksiat seperti khalwat, zina dan sumbang mahram, minum arak, penggunaan pil hayal, judi dan penagihan dadah yang dilihat hampir tiada jalan penyelesaiannya. Mengikut sumber pelbagai agensi kerajaan didapati jumlah yang terlibat dengan pelbagai gejala keruntuhan akhlak amat tinggi dan membimbangkan seperti mana paparan data berikut.
STATISTIK KESALAHAN JENAYAH SYARIAH BAGI TAHUN 2003-2007 SELURUH NEGERI JOHOR
Statistik di dalam Jadual 1 menunjukkan peningkatan pelbagai kesalahan jenayah syariah dari setahun ke setahun. Ini yang dapat dikesan melalui tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Bagaimana pula keadaan di seluruh negeri yang mungkin tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa?
Data di dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa jenayah syariah sumbang mahram dalam kalangan anggota keluarga yang ada pertalian darah. Didapati perbuatan bapa kandung sendiri yang tertinggi melakukan perbuatan terkutuk ini. Ini diikuti oleh bapa saudara dan abang kandung.
Ancaman Penagihan Dadah
Ancaman Penagihan Dadah masih kekal sebagai musuh pertama negara sehingga kini. Walaupun agak keterlaluan untuk mengaitkan penagihan dadah ini dengan gejala keruntuhan akhlak, namun semua berpunca daripada fenomena akhlak yang tidak diurus dengan bijaksana sehingga seseorang itu terjerumus ke lembah kehancuran ini. Statistik jumlah penagihan dadah di dalam Jadual 4 jelas menunjukkan bahawa masalah ini amat berbahaya dan perlu ditangani secara berterusan.Taburan jumlah penagih dadah yang dikesan menunjukkan Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 6,685 orang diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6,073), Kedah (4,593), dan Kelantan(3,625). Mengikut sumber itu juga didapati 72.62 peratus yang ditangkap merupakan golongan belia yang majoritinya berumur 25 – 29 tahun, 71.35 peratus yang dikesan itu pula adalah belia Melayu yang beragama Islam, 79.56 peratus berpendidikan sekurang-kurangnya tingkatan 3, 91.48 peratus mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am).
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama dijalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).
Didapati pada sekitar tahun-tahun 80an dan awal 90an, gejala ini banyak bertumpu di Kuala Lumpur, ianya kini sudah merebak hampir ke semua negeri di Malaysia. Malahan, di ceruk-ceruk kampung sekalipun gejala sebegini sudah menjadi lumrah dengan penglibatan masyarakat tanpa mengira batas umur dan bangsa. Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah:
• Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
• Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
• Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
• Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
• Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.
Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas,dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motorsikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat. Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan),India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.Isu
Pembuangan Bayi
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta nak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hariini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.
Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat senario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kespada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Pada 2000, 65 kes dicatatkan diseluruh negara, 2001 (97 kes), 2002 (98 kes), 2003 (92kes), 2004 (78 kes), 2005 (67 kes)dan 2006 (83 kes). Tahun lalu sahaja, daripada 83 kes di seluruh negara, Selangor mencatatkan 24 kes, Johor (21 kes), Sarawak (12 kes), Sabah (11 kes), Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga kes), Perak dan Melaka (dua kes) serta Kelantan dan Terengganu (satu kes). Statistik sama turut mencatatkan usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalam tempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes.
Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya, terutamanya dalam kalangan remaja lelaki, juga merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu risikonya.
Selain itu, kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Halijahberkata, antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan. Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan.
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebihmemahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramaipara remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yangmemaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-programrealiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-matamempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.
Sikap Keluarga
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.
Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini .Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.
KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara.
Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:
• Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.
• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian.
• Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja.
• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masaakan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah:
• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat salingcuriga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
• Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.
Kesan Ke atas Negara
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yangakan berlaku ialah:
• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat.
• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
• Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah.
• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
KESIMPULAN
Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembar-gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benarmenepati kecemerlangan 51 tahun kemerdekaan.
RUJUKAN
Buku Dasar Kerajaan. (2006). Dasar-dasar kerajaan. Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan Malaysia.
Kertas Kerja. (2007). Menangani gejala jenayah syariah. Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Johor.
Laporan Tahunan. (2007). Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kuala Lumpur. AADK.
Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu: Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti Sastera dan SainsSosial, Universiti Malaya.
Samsudin A. Rahim. (1994). Tingkah laku lepak di kalangan remaja (Kajian di Semenanjung Malaysia). Laporan akhir dimajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.