Sabtu, 18 Jun 2011

Sabtu, 7 Mei 2011

Kalau ALLAH Itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka???



Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak :

“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga…

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..

Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman.

Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

http://www.mohdhilmi.com/motivasi-diri/kalau-allah-itu-maha-baik-mengapa-buat-neraka/.html

Isnin, 18 April 2011

Arab Saudi Bina Menara Tertinggi Di Jeddah

SILA KLIK 2 X UTK. FOTO LEBIH JELAS.

JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam. Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina. Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia. Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat. Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

"Wahai putra Hawalah, jika engkau melihat perselisihan telah terjadi di tanah suci, maka telah dekat terjadinya gempa-gempa bumi, bala bencana, dan perkara-perkara yang besar, dan hari Kiamat pada waktu itu lebih dekat kepada manusia dari pada kedua tanganku ini terhadap kepalamu". [Musnad Ahmad, 5 : 188 dengan catatan pinggir Muntakhab Kanzul 'Ummal, 'Aunul Ma'bud Syarah Sunan Abu Daud, Kitab Al-Jihad, Bab Fi-Ar-Rajuli Taghzuu wa yaltamisu Al-Ajra wa Al-Ghanimah 7 : 209-210, Mustadrak Al-Hakim 4 : 425, dan beliau berkata, "Ini adalah hadits yang shahih isnadnya, hanya saja Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya". Perkataan Al-Hakim ini disetujui oleh Adz-Dzahabi. Dan Al-Albani menshahihkan hadits ini dalam shahih Al-Jami'ush Shagir 6 : 263, hadits nomor 7715]



Sabtu, 2 April 2011

Dakwah Dalam Menangani Isu-Isu Sosial di Kalangan Remaja

Ab. Halim bin Tamuri & Khadijah Abdul Razak



Abstrak

Dakwah adalah satu program yang terancang dan boleh membawa kepada pengamalan dan penghayatan Islam dalam diri seseorang individu. Dalam Islam, dakwah adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam sama ada secara individu atau secara kolektif. Dalam menangani isu gejala sosial di kalangan remaja masa kini, peranan pendakwah adalah amat penting untuk membuktikan bahawa Islam mampu dan boleh menyelesaikan pelbagai masalah sosial yang melanda negara kita. Penumpuan utama kertas ini adalah untuk melihat peranan dakwah dalam menangani gelaja sosial di kalangan umat Islam. Kertas ini mencadangkan agak setiap pendakwah mempunyai pelbagai kemahiran yang sesuai dengan perkembangan semasa. Antaranya ialah kemahiran dan pendekatan, pengetahuan dalam bidang psikologi dan kemahiran komunikasi.

Pendahuluan

Secara umumnya, masyarakat telah mengetahui tentang gejala sosial atau masalah masalah keruntuhan akhlak yang sedang wujud di kalangan umat Islam di negara ini.Walaupun gejala sosial ini juga wujud di kalangan masyarakat bukan Islam, tetapi apa yang lebih menonjol ialah permasalahan di kalangan umat Islam. Permasalahan ini tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja dan perlu dihadapi dan ditangani oleh masyarakat Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana. Peranan setiap individu Muslim adalah sangat penting dalam menangani isu gejala sosial dan tugas ini adalah tanggungjawab dakwah yang perlu dilaksanakan bersama. Umumnya, gejala sosial ini boleh berlaku akibat dari kesalahfahaman, ketidakfahaman, kejahilan dan keangkuhan terhadap perintah Allah SWT dan Rasullullah saw.

Di samping itu, faktor-faktor persekitaran juga turut memberikan sumbangan terhadap gejala sosial yang berlaku. Tugas untuk membetulkan semula keadaan ini adalah satu tuntutan Islam dan ia selaras dengan perutusan Rasulullah saw yang membawa risalah dakwah Islam bagi membimbing umat manusia ke arah kebenaran. Maka, kertas kerja ini akan cuba membicarakan peranan setiap Muslim sebagai pendakwah khususnya dalam menanggani masalah gejala sosial yang sedang berlaku. Kertas ini sebenarnya adalah satu usaha kesinambungan dari beberapa kertas kerja, laporan kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan oleh ramai ilmuan sebelum ini.

Gejala Sosial Di Kalangan Umat Islam: Satu Analisa Ringkas

Gejala sosial boleh kita huraikan sebagai satu keadaan atau cara hidup yang berlaku di dalam sesuatu masyarakat yang mana ia bertentangan atau berlawanan dengan ciri-ciri atau nilai budaya dan juga nilai-nilai keagamaan sesebuah masyarakat. Permasalahan ini wujud apabila suasana yang tidak bermoral dan berakhlak wujud dalam pelbagai aspek kehidupan dan dalam lapisan masyarakat bermula dari hubungan dan pergaulan dalam keluarga, masyarakat hinggalah kepada aspek kepercayaan dan pegangan hidup. Gejala sosial tidak terbatas kepada satu golongan atau lapisan masyarakat sahaja, tetapi ia berlaku di semua peringkat masyarakat, yang muda, tua, kaya, miskin, berpendidikan tinggi, tiada pendidikan, berpendidikan agama, kurang pendidikan agama, rakyat, pemerintah, ketua dan pekerja.

Aktiviti-aktiviti gejala sosial yang dilakukan oleh mereka itu bertentangan dengan perintah Allah SWT dan Rasulullah saw serta nilai-nilai ketimuran. Gejala sosial yang berlaku di kalangan umat Islam pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada remaja sahaja malahan turut melibatkan orang dewasa. Antara contoh-contoh adalah seperti berikut :

a) Remaja – ponteng sekolah, melawan guru, membuli pelajar, gangsterisme, dadah, pil dan ubat khayal, VCD lucah, seks bebas (bohsia, bohjan, homoseksual, hetroseksual dan lesbian), lepak, vandalisme, rogol, mencabul kehormatan, lari dari rumah, sumbang mahram, rokok, minum arak, mencuri, khalwat, mengunjungi kelab malam, disko dan karaoke, budaya dan muzik liar, dan pergaulan bebas.

b) Dewasa – mendera anak dan isteri, dadah, berjudi, minum arak, seks bebas, sumbang mahram, mencabul kehormatan, rogol, mencuri, menipu, pukul, buang bayi, melacur, khalwat, mengunjungi kelab malam, disko dan karaoke, menyimpan perempuan atau lelaki simpanan, pergaulan bebas, bersekedudukan, dan rasuah.

Di kalangan remaja, masalah lepak adalah faktor yang memudahkan lagi mereka terlibat dengan pelbagai lagi jenis gejala sosial. Kajian-kajian menunjukkan antara kesan-kesan negatif daripada amalan budaya melepak ialah meningkatkan salah laku pelajar, meningkatkan kadar jenayah, menambah kes remaja lari dari rumah, menggalakkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah, menggalakkan seks bebas, menjejaskan prestasi akademik dan juga merosakkan sistem kekeluargaan.

Terdapat beberapa faktor utama menyumbangkan kepada gejala sosial berlaku di kalangan masyarakat Islam iaitu:

Faktor Perkembangan Diri

Faktor semulajadi perkembangan diri khususnya di kalangan remaja turut mempengaruhi berlaku gejala sosial. Kita seharusnya mengetahui dan mengkaji kenapa masalah sosial ini terus berlaku di kalangan remaja. Menurut ahli psikologi barat, zaman remaja adalah satu tempoh yang sangat kritikal dalam perkembangan diri kerana zaman ini dikenali zaman yang penuh dengan cabaran dan tekanan “storming period”. Pada zaman ini mereka sering mencuba dan perlakuan mereka kadangkala mencetuskan konflik sosial dan anti sosial.

Dengan itu mereka berpandangan remaja seharusnya diberi kebebasan bagi memastikan mereka dalam mendalami dan mencari pengalaman sesuai dengan perkembangan diri mereka (Eggen & Kauchak 1997; Zanden 2000). Ada juga pandang ahli psikologi barat yang mengatakan bahawa kematangan seorang individu akan berlaku selepas mereka melakukan hubungan seks pertama (Leffert & Peterson 1995). Kefahaman barat sebegini turut menjadi faktor penyumbang kepada gejala sosial yang berlaku sekarang ini.

Di dalam Islam, zaman remaja adalah satu masa yang sangat penting kerana pada waktu tersebut mereka telah mula ditaklifkan dengan hukum-hukum Islam. Remaja Muslim tidak boleh disamakan dengan remaja barat. Maka, para remaja Islam perlu disosialisasikan dengan nilai-nilai ketimuran dan juga akhlak Islam. Mereka perlu diberikan pengetahuan dan juga maklumat bagi memastikan mereka mempunyai perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang mantap yang boleh membezakan perlakuan yang halal atau haram.

Pendekatan positif dan suasana kondusif perlu diwujudkan agar mereka dapat menerima maklumat dan pendidikan dengan lebih berkesan. Ciri-ciri semulajadi perkembangan kendiri remaja tidak boleh dipersalahkan dan aspek ini seharusnya diarahkan ke arah yang baik dan positif.

Pengaruh Rakan Sebaya

Kajian menunjukkan bahawa rakan sebaya adalah faktor utama yang boleh mempengaruhi remaja dari melakukan kebaikan malah boleh mempengaruhi mereka melakukan perkara-perkara negatif, kemaksiatan dan kemungkaran (Rathus 1988; Bradley&Dubinsky 1994; Bee 1995; Ab. Halim Tamuri 2000). Malahan pengaruh rakan juga boleh mempengaruhi orang dewasa terjerumus ke lembah maksiat. Rakan sebaya kini telah banyak mengambil tugas yang disepatutnya dimainkan oleh keluarga. Kajian-kajian banyak membuktikan bahawa remaja mudah untuk melakukan sesuatu perkara selepas menerima `nasihat’ dari rakan-rakan sebaya mereka. Ini bergantung kepada jenis rakan sebaya mereka jika mereka mendapat rakan yang baik maka mereka akan terarah kepada kebaikan dan begitu juga sebaliknya.

Kelemahan-Kelemahan Dalam Sistem Pendidikan

Kepincangan yang wujud dalam sistem pendidikan juga turut menjadi faktor berlakunya gejala sosial. Sebagai contoh, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (2000) telah mengenalpasti beberapa faktor sekolah yang menyebabkan salah laku pelajar:

guru garang

guru menghadiri mesyuarat dan hal-hal lain di luar sekolah

lokasi/persekitaran sekolah yang tidak menggalakkan

terdapatnya kelas-kelas terapung

teknik P&P guru yang membosankan

bilangan murid yang terlalu ramai dalam satu kelas

bilangan waktu mengajar guru yang terlalu banyak

pertukaran guru

peraturan sekolah terlalu ketat

guru memegang berbagai-bagai jawatan di sekolah

kekurangan guru-guru kaunseling yang terlatih

tugas displin diserah kepada guru disiplin sahaja

Hubungan yang tegang antara pentadbir-guru-murid mewujudkan suasana dan iklim yang tidak sihat di sekolah tersebut. Keadaan ini akan mengurangkan motivasi pelajar dan seterusnya menggalakkan berlakunya salah laku pelajar yang berterusan. Maka, hubungan antara guru dan murid perlu dipertingkatkan untuk memahami dan seterusnya mengurangkan masalah di kalangan pelajar-pelajar. Program-program yang dilaksanakan di sekolah seharusnya dapat menarik minat pelajar dan memberikan keseimbangan dari aspek akademik dan pembangunan diri. Sikap sebahagian pentadbir sekolah dan guru-guru yang hanya menumpukan kepada kecemerlangan akademik semata-mata harus diperbetulkan. Aspek pembangunan insan dan penerapan nilai harus diberikan perhatian bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah tinggi. Namun begitu, berdasarkan kajian yang dijalankan (rujuk Jadual 1), masih ramai guru yang tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa P&P (Ab. Halim Tamuri 2000).

Jadual 1 : Kekerapan pengajaran/penerapan nilai dalam P&P KBSM

Sikap Negatif Orang Dewasa

Hashim Abdullah (1996) telah mengkritik sikap orang dewasa kerana merekalah sebenarnya yang mencari penyebab gelaja sosial berlaku khususnya di kalangan remaja. Dalam aspek peminuman arak di kalangan remaja beberapa soalan telah diutarakan iaitu:

-Di mana mereka mendapat bekalan arak?

-Siapa yang menjualnya?

-Siapa yang membekal dan mengedar?

-Siapa yang membuka kilang arak?

Begitu juga dengan masalah perjudian, konsert hiburan, kelab-kelab malam, disko yang menjadi bunga dan asas maksiat, siapakah yang menganjurkannya, tuan punya premis dan siapakah yang memberi kelulusan? Adakah remaja sendiri? Orang dewasa seharusnya menjadi contoh yang baik kepada remaja dan tidak sepatutnya membuka kelab malam, kedai judi dan ekor, menganjur konsert dan funfair dan apa juga bentuk pesta-pestaan yang dilarang oleh Islam. Mengapa kita terus menyalahkan remaja bila berlaku gejala sosial sedangkan orang dewasa yang tidak bertanggungjawab yang menjadi punca utamanya. Orang dewasa seperti ini adalah warganegara yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan kekayaan dan keuntungan diri sendiri tanpa memikir kesan dan akibat jangka masa panjang dari perbuatan yang mereka lakukan kepada generasi muda negara. Contoh lain pula ialah rasuah yang dilakukan oleh orang dewasa di dalam masyarakat, pemimpin dan ketua yang tidak bertanggungjawab.

Keadaan ini ditambah dengan kurangnya aktiviti-aktiviti yang menarik yang dianjurkan oleh persatuan atau pertubuhan belia. Banyak persatuan belia yang hidup segan mati tak mahu dan ditadbir dengan tradisional management. Di tambah pula dengan kewujudan ramai pimpinan belia yang berumur lebih dari 30 tahun dan malahan terdapat pertubuhan belia yang dipimpin oleh belia yang hampir pencen. Tentunya, cita rasa kepimpinan belia seperti bertentangan dengan kemahuan belia masa kini. Kita seharusnya bersimpati dengan generasi muda masa kini kerana mereka telah dilahirkan dalam suasana yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang kita sendiri belum tentu akan mampu untuk mengatasinya jika kita dilahirkan di zaman ini juga. Jangan terlalu mudah untuk menuding jari kepada remaja atau generasi ke atas masalah yang berlaku sedangkan masalah itu berpunca dari kelemahan dan kesalahan yang dilakukan oleh generasi dewasa.

Kelemahan Sistem Kawalan Sosial

Sikap tidak ambil peduli oleh ahli masyarakat turut menjadi faktor berlakunya masalah sosial di negara kita. Dalam masyarakat tradisi, setiap anggota masyarakat menjadi ‘mata’ dan ibu bapa kepada anak-anak muda. Sikap tolong menolong dan saling kenal mengenali serta mengambil berat telah mewujudkan sistem kawalan sosial yang kukuh. Namun wujudnya sikap individualistik dan materialistik menjadikan sistem kawalan sosial kita menjadi semakin lemah. Kehidupan di apartment, kondominium mewah, rumah pangsa dan rumah berpagar menjadikan keadaan ini semakin lemah ditambah pula dengan kesibukan bekerja. Fungsi masjid dan surau juga semakin longgar dengan kekurangan jemaah. Sistem ini perlu dipulihkan semula dengan mengimarahkan surau dan masjid dan menjadikan institusi-instutisi ini sebagai pusat ibadah dan sosial.

Konsep “jangan jaga tepi kain orang” perlu ditafsir dan diberi penjelasan semula kepada masyarakat agar mereka boleh berfungsi sebagai ahli-ahli masyarakat yang prihatin dengan masalah dan keadaan masyarakat di sekitarnya. Dapatan kajian dibawah menunjukkan bahawa peranan jiran dalam memberikan nasihat kepada generasi muda amat membimbangkan di mana 28.9% dari responden mengatakan mereka tidak pernah menerima nasihat daripada jiran mereka dan 54.3% menyatakan mereka jarang-jarang menerima nasihat daripada jiran tetangga mereka.

Jadual 2: Kekerapan memberi nasihat

Keluarga Yang Tidak Berfungsi

Kajian telah banyak menunjukkan bahawa ibu bapa/penjaga mempunyai yang penting dalam perkembangan seseorang remaja. Kajian yang dijalankan oleh Fariza Md. Sham (1998) telah menunjukkan bahawa corak tingkah laku keibubapaan adalah paling penting dan berkesan bagi perkembangan psikologi remaja Muslim. Beliau menegaskan bahawa sikap ibubapa terhadap remaja harus dinyatakan dalam tingkah laku yang dapat dipersepsi dan diinterpretasi oleh remaja sebagai sumber maklumat dalam pembentukan akhlak dan nilai peribadi yang berasaskan kepada Islam. Kajian oleh Norhaslinda Ahmad (1999) juga mendapati bahawa perpecahan atau perpisahan keluarga adalah faktor utama yang mendorong remaja melakukan kesalahan juvana. Dengan kata lain, ada keluarga yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Remaja yang kurang mendapat tumpuan dari ibu bapa akan mengalami kekosongan jiwa dan tidak mempunyai tempat pergantungan yang sebenar.

Sehubungan dengan itu, kita harus mengenal pasti apakah yang dikatakan sebagai keluarga yang tidak berfungsi. Mohd Amin (1998) telah menggariskan lima ciri keluarga yang tidak berfungsi:

Perjalanan keluarga yang menyeleweng dari matlamat hidup berkeluarga

Gagal menjalankan tugas keibu bapaan

Suasana kekeluargaan yang tidak selesa

Setiap ahli keluarga mempunyai masalah

Gejala psikologi dapat dilihat

Persekitaran Yang Menggalakkan Maksiat Dan Jenayah

Kewujudan pusat rekreasi dan taman-taman bunga adalah untuk tujuan berehat, berkelah dan program kemasyarakatan. Namun begitu, kemudahan awam ini telah disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sebagai pusat maksiat. Tempat peranginan yang sunyi serta kondominium yang eksklusif disalahgunakan untuk tempat maksiat tanpa gangguan dari masyarakat luar dan pihak berkuasa. Jenayah seperti merompak dan merogol juga mudah berlaku di kawasan seperti ini jika kurang pengawasan dari orang ramai dan pihak yang berkuasa. Kemunculan pusat hiburan, kompleks membeli belah di bandar dan kotaraya telah memberikan peluang yang sangat luas kepada para remaja untuk melepak, berpeleseran, dating dan membuang masa. Ini ditambah dengan konsert-konsert yang dianjurkan oleh pusat-pusat membeli belah bagi menarik pelanggan. Bagi memburukkan situasi, terdapat pihak tertentu menganjurkan funfair, dan konsert-konsert mega. Malah kebanjiran bahan-bahan negatif dari majalah hiburan (dari dalam atau luar negeri), suratkhabar hiburan, VCD,TV, radio serta internet telah menimbulkan masalah yang begitu serius kepada perkembangan sahsiah remaja masa kini. Remaja dan orang dewasa mudah terjebak, mencuba dan menggalakkan mereka terjerumus ke lembah maksiat disebabkan pendedahan mereka kepada bahan-bahan lucah. Kesibukan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan kepada pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak mereka secara bebas menonton TV, VCD dan melayari laman-laman web tanpa pemantauan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa.

Peranan Pendakwah Dalam Menangani Gejala Sosial

Dalam menangani gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat, peranan setiap individu Muslim adalah amat penting. Maka, kefahaman terhadap konsep dan pelaksanaan dakwah adalah amat diperlukan. Perkembangan negatif yang melibatkan remaja dan orang dewasa Muslim perlu ditangani dengan lebih serius dan bijaksana. Kelambatan dalam memberikan perhatian kepada mereka boleh merosakkan masa hadapan negara. Perlaksanaan undang-undang yang ada pada masa kini tidak akan mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku kerana kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam adalah terlalu kecil berbanding dengan jenis kesalahan-kesalahan dalam Islam (Mohd Daud Bakar 1995).

Maka, peranan pendakwah adalah amat penting dalam memberikan kesedaran kepadamasyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian. Konsep Tauhid perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan individu Muslim. Metode dan pendekatan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah. Peranan pendakwah dalam menangani gejala sosial boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut:

Kemahiran Dan Pendekatan

Dakwah merupakan suatu proses yang berterusan dengan matlamat untuk mengubah sasaran dakwah agar bersedia menuju ke jalan Allah, dan secara berperingkat mengarah kepada kehidupan yang Islami. Suatu proses berterusan memerlukan perancangan dan pendekatan yang sistematik yang boleh dilaksanakan dan dinilai secara terus-menerus agar ia dapat mengubah tingkah laku mad’u sesuai dengan matlamat yang telah dirumus (Syamsul Bahri 2003).

Sebagaimana yang telah difahami, pendekatan secara hikmah dan nasihat yang baik dan bijaksana adalah amat penting dalam menjalankan tugas dakwah, khususnya di kalangan remaja dan generasi muda. Bagi mendekati mereka, kita harus menggunakan strategi yang berhemah dengan penuh kasih sayang dan sopan santun. Mad’u perlu melihat pendakwah sebagai individu yang boleh diajak berbincang dan dipercayai. Dengan itu, mereka dapat meluahkan perasaan mereka tanpa wujud rasa segan dan malu. Tugas kita menyampaikan dengan cara yang terbaik dan bukan memaksa dengan keras dan berhujah sehingga menimbulkan kemarahan dan ketegangan antara da’i dan mad’unya. Metode kita harus dapat membawa mesej dakwah yang dapat memberikan keuntungan.

Ramai remaja Muslim yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan atau disebabkan pengaruh luaran. Seharusnya kita perlu bijak untuk memilih pendekatan yang paling baik dan sesuai terhadap mad’u bagi memastikan mereka memahami ajaran Islam itu sendiri. Mad’u yang menjadi sasaran dakwah tidak boleh dianggap sebagai individu yang statik dan tidak berkembang. Oleh itu, dakwah tidak boleh diarahkan hanya kepada penyampaian ceramah dalam pengertian yang sempit dan berkisar kepada perkara-perkara bersifat ibadah semata-mata. Setting masyarakat masa kini dengan pelbagai corak dan keadaannya perlu dianalisis bagi mendapatkan input dalam rangka penyempurnaan serta menentukan kemahiran dan pendekatan dakwah yang efektif.

Sirah Nabawiyyah adalah contoh yang terbaik yang perlu kita ikuti. Persoalannya sejauhmanakah kefahaman dan penghayatan terhadap konsep hikmah ini? Apakah benar dan tepat kefahaman kita terhadap konsep hikmah? Atau hikmah yang kita fahami itu sememangnya hikmah atau pun sebaliknya. Maka, setiap pendakwah perlu mempunyai kemahiran atau metode dakwah yang berasaskan kepada Firman Allah dalam Surah Al-Nahl:125

Maksudnya: Serulah (manusia hai Muhammad) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan mau’izah (nasihat) yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.

Selain itu pendakwah perlu mencari role model kepada setiap individu Muslim kerana kebanyakan remaja kini tidak mempunyai role model yang baik. Ibu bapa kadangkala tidak dilihat sebagai role model disebabkan kekurangan dan kelemahan yang ada pada ibu bapa sendiri. Organisasi dakwah perlu memperbanyakkan lagi forum, perbincangan serta usrah dan juga Islamic peer-group counseling, yang boleh menarik minat ahli masyarakat yang bermasalah.

Pendakwah perlu menjadi sebuah pohon yang rendang bagi melindungi individu yang bermasalah dalam masyarakat. Metode ceramah kadangkala kurang berkesan kerana mesej yang disampaikan kurang sesuai dengan tahap ilmu pendengar serta tidak wujud interaksi dua hala antara mereka. Pada pandangan Syamsul Bahri (2003), dakwah sering disalahertikan sebagai suatu pesanan yang datang dari luar. Oleh itu, pendekatan dakwah lebih diwarnai dengan pendekatan interventif dan da’i pula meletakkan diri mereka sebagai orang asing yang tidak berkait langsung dengan apa yang dirasakan dan diperlukan oleh masyarakat sebagai mad’unya.

Selain itu, metode tradisional penyampaian ilmu yang sering digunakan pada masa kini perlu disepadukan dan disesuaikan dengan pemikiran generasi muda. Kajian mendapati pendekatan yang tidak formal seperti sukan, khidmat atau perkhemahan lebih menarik minat golongan remaja berbanding orientasi dakwah berbentuk ceramah dalam pengertian yang sempit.

Fungsi dan peranan institusi masjid perlu dimaksimakan dan ia dapat memenuhi minat dan kegemaran remaja yang sememangnya fobia dengan masjid. Fizikal, tataatur dan persekitaran masjid seharusnya dapat merangsang kehadiran remaja. Kemudahan kemasyarakatan perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi hasrat dan kesesuaian generasi muda masa kini.

Pendakwah juga harus mempunyai kemahiran dalam penggunaan alat-alat komunikasi terkini terutama komputer. Mereka harus berkemahiran dalam melayari lamanlaman web dan membina laman web mereka sendiri. Laman-laman web on-line untuk kaunseling Islam perlu ditambah dan penggunaannya perlu dipopularkan.

Pengetahuan Dalam Bidang Psikologi

Pendakwah juga perlu mempunyai kemahiran psikologi kerana perkembangan seseorang individu banyak dipengaruhi oleh perkembangan sosio-budaya, sosio-ekonomi, psiko-sosial, kognitif, moral dan latar belakang keagamaan. Tentunya kita tidak boleh mengambil secara total idea atau pandangan dari barat seperti Kholberg, Ericsson dan Piaget akan tetapi boleh dijadikan maklumat tambahan dan perbandingan kepada perdakwah. Ini disebabkan wujud sebahagian ahli masyarakat kita menerima secara total, secara sedar atau tidak sedar, pandangan-pandangan barat tanpa menyesuaikan dengan suasana dan biah masyarakat kita.

Seharusnya, pendakwah merujuk kepada metodologi pendidikan dan psikologi yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw yang kemudiannya dikembangkan oleh al-Farabi, Ibnu Sina, Abu Hassan Al-Mawardi, Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun (Hassan Langgung 1981).

Tujuan utama dakwah ialah untuk memberikan bimbingan kepada manusia untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Tentunya dakwah memerlukan metode yang berkesan kerana ia melibatkan aspek perkembangan jiwa, hati dan perasaan. Ab Aziz (1999) telah merumuskan pandangan Al-Qardawi bahawa antara ilmu yang paling berguna untuk seorang da’i ialah ilmu psikologi kerana ia:

Menerangkan tanda-tanda dan hasil-hasil yang berfaedah kepada iman dan penghayatan agama seseorang.

Menolong untuk memahami dalil-dalil agama dan tafsir-tafsir yang sesuai dengan akal semasa.

Boleh menambahkan maklumat untuk memahami rahsia hukum syarak yang boleh membawa penambahan iman.

Menolong pendakwah memahami jiwa sasaran, penumpuan sasaran dan cara mempengaruhi jiwa mereka dengan lebih mudah.

Pendakwah yang mempunyai ilmu psikologi akan mendapat kelebihan kerana ilmu psikologi membantu seorang da’i mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perkembanganseseorang individu khususnya yang berkaitan dengan perubahan sikap dan personaliti. Di samping itu, pendakwah juga akan dapat menganalisa proses, pendekatan dan keberkesanan dakwah yang disampaikan.

Kemahiran Interaksi Dan Komuniskasi

Proses dakwah boleh dihubungkaitkan dengan proses pendidikan yang memerlukan interaksi yang berkesan antara da’i dan mad’u. Malah, untuk menjadi lebih efektif lagi, dakwah boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bimbingan dan kaunseling. Dalam dakwah, kemahiran interaksi adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dakwah yang diberikan. Dalam kaunseling, suasana yang membolehkan seseorang merasa bebas, tidak tertekan dan bertanggunjawab terhadap diri sendiri dikenali sebagai suasana teraputik. Dr. Zuria Mahmud dan Salleh Amat dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2000) telah memperkenalkan model interaksi teraputik dalam pendidikan. Pendekatan ini boleh disesuaikan dan diaplikasikan dalam proses menyampaikan dakwah. Dalam dakwah, langkah-langkah interaksi teraputik boleh disesuaikan seperti berikut:

Langkah 1 – Membina Hubungan. Dalam langkah pertama ini, pendakwah berusaha mewujudkan suasana kondusif yang membolehkan interaksi dengan mad’u. Beberapa kemahiran perlu dilaksanakan iaitu:

Ekspektasi yang sihat – pendakwah perlu mengenali latar belakang da’i sebelum beliau menyampaikan mesejnya

Membina imej yang kongruen – pendakwah perlu mempamerkan imej diri sebagai insan yang boleh dicontohi melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan

Membina peraturan – Pendakwah perlu memberi kefahaman adab-adab, nilai-nilai akhlak serta batasan-batasan halal dan haram dalam komunikasi dan hubungan.

Langkah 2 – Mengenali Masalah. Pendakwah cuba mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh mad’u. Kemahiran yang perlu ialah:

Soalan yang boleh dijawab – Memberikan peluang kepada mad’u menerangkan masalah yang dihadapi

Mesej saya – Pendakwah memberikan pandang beliau

Mesej anda – Memahami yang apa yang tersirat dalam diri mad’u dan cuba membantu beliau

Langkah 3 – Mencari Penyelesaian. Mencari beberapa alternatif dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah yang timbul mungkin tidak dapat diselesaikan dengan satu cara sahaja. Ini boleh mengajak mad`u berfikir tentang cara menyelesaikan masalahnya. Dua kemahiran boleh dilakukan:

Apa yang kita mahu – Pendakwah menerangkan apakah hasrat atau harapan yang mahu dilihat oleh beliau.

Apa yang kita boleh buat – Pendakwah akan bertanya langkah-langkah seterusnya untuk memperbaiki masalah atau meningkat keadaan

Langkah 4 – Pelaksanaan. Mad`u melaksanakan apa yang telah diperbincangkan antara mereka.

Langkah 5 – Penilaian. Ia dilakukan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah, pendekatan dan proses dakwah yang dijalankan.

Interaksi teraputik dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses dakwah khususnya di kalangan remaja dan belia kerana mereka diberi peluang untuk berkongsi pandangan dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Mereka tidak akan merasa diketepikan malah dihargai oleh masyarakat. Adalah lebih baik lagi jika setiap ibu dan bapa dapat didedahkan kemahiran-kemahiran ini bagi memantapkan lagi pengurusan kekeluargaan mereka. Pendekatan bimbingan dan kaunseling dapat digunakan dalam dakwah kerana apa juga bentuk pendekatan boleh digunakan dalam dakwah asalkan tidak bercanggah dengansyarak.

Di dalam era globalisasi, di samping peperangan fizikal, kita turut menyaksikan pertembungan dan pertempuran ideologi dan pemikiran yang memerlukan pelbagai bentuk strategi. Strategi yang digunakan tentunya berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain dan sesuai dengan perkembangan semasa. Pengalaman yang telah dilalui oleh generasi terdahulu seharusnya dijadikan panduan dan iktibar oleh para pendakwah di dalam melaksanakan tugas mereka.

Penutup

Gejala sosial yang melanda masyarakat Islam masa kini perlu ditanggani dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Keberkesanan dakwah berkait rapat dengan pelbagai faktor antaranya psikologi manusia. Pengetahuan tentang perkembangan manusia akan dapat membantu dan memudahkan lagi para da’i dalam menyampaikan mesejnya. Pendakwah perlu memainkan peranan dalam menghapuskan gejala sosial atau sekurang-kurang mengurangkan gejala sosial yang berlaku di kalangan umat Islam. Metodologi dan kemahiran para pendakwah adalah amat penting dalam usaha menyampaikan Islam kepada masyarakat. Di samping itu, penyelidikan-penyelidikan perlu diperbanyakkan untuk memastikan pendakwah mendapat maklumat yang tepat dan tidak bergantung kepada maklumat secondary atau andaian-andaian tanpa sebarang sokongan atau fakta tepat. Kini sudah tiba masanya pakejpakej dakwah disusun dengan mengambil kira sasaran dakwah mengikut stratafikasi mad’u sama ada berasaskan usia, tahap pendidikan, sosio ekonomi dan juga persekitaran sosial.

Para pendakwah perlu mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang terkini bagi memaksimumkan keberkesanan dakwah yang dilaksanakan. Pendakwah perlu juga memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa tugas dakwah adalah tugas yang perlu dilaksanakan secara kolektif kerana mereka adalah saling lengkap melengkapi. Setiap lapisan pemimpin dan ahli masyarakat harus diberi kefahaman tentang peranan mereka untuk mencegah gejala sosial di dalam masyarakat. Mereka perlu melihat tanggungjawab ini sebagai tugas dakwah dan amanah dari Allah SWT. Di samping itu, fungsi yang dimainkan oleh masyarakat harus mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada semua pihak khususnya daripada pihak pemerintah.

Bibliografi

Al-Qur’an al Karim

Ab. Aziz Mohd Zin, 1999.Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: JAKIM

Ab. Halim Tamuri, 2000. “Pengetahuan Akhlak di kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah”, Tesis PhD, University of Birmingham.

Abdullah Muhammad Zain et al. 1997. (pnyt), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Bangi: UKM.

Abi `Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansar al-Qurtubi, t.th.al-Jami’ li-Ahkam al-Qur’an, 20 vols,: t.tp.: Dar al-Kitab al-`Arab.

Abul A`la al- Maududi, 1981.Towards understanding Islam, Singapura: Pustaka Nasional.

Abd. Karim Zaydan, 1976.Usul al-Da`wah. Alexandaria: Dar Umar ibn al-Khattab.

Bee, H. 1995. The developing child. New York: HarperCollins.

Berhanuddin Abdullah, 1997. `Amal Jama`ie dalam organisasi dakwah, Terengganu: Zabib Enterprise.

Bradley, J dan Dubinsky, H. 1994.Understanding 15-17 year olds, London: Rosendale Press.

Eggan, Paul and Kauchak. 1997. Educational Psychology, New Jersey: Prentice Hall.

Fariza Md. Sham. 1998. “Corak tingkah laku keibu bapaan dan perkembangan psikologi remaja Muslim”, al-Maw`izah, Jun pp. 57-68.

Fatimah Daud, 1996, “Apa Peranan Jabatan Agama Islam”, Dakwah, September pp. 16-18.

Leffert, N. dan Petersen, A. C. 1995. “Patterns of development during adolescence” in Rutter, Michael and Smith, David J.(eds.). Psychosocial disorders in young people, New York: Academia Europaea, pp. 67-103.

Mohd Amin H.A. Shariff, 1998.Perkembangan remaja pandangan, pemahaman dan interpretasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Mohd Daud Bakar, 1995, “Undang-undang Bukan Jalan Penyelesaian”, Dakwah, Disember pp. 24-27

Mudasir Rosder, 1996, “Pengukuhan dan pemantapan Iman”, al-Maw`izah, Jun pp. 1-14.

Norhaslinda Ahmad, 1999. “Broken family is the major factor that leads teenagers to juvenile deliquency”, Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM.

Rathus, Spencer A., 1988.Understanding Child Development, New York: Holt Rinehart and Winston.

Ahad, 20 Mac 2011

Susahnya Jalan Ke SYURGA
























Kita semua tahu bahawa jalan menuju syurga itu payah dan jalan menuju neraka begitu mudah. MENGAPA???

Dari Abu Hurairah ra., sesungguhnya Rasulullah saw. Bersabda (yang artinya) “Ketika Allah menciptakan syurga, Dia berfirman kepada Jibril, ‘Pergi dan lihatlah (syurga itu)’. Jibril pun pergi untuk melihatnya. Jibril kembali seraya berkata, ‘Tuhanku, demi keperkasaanMu, tidak seorang pun mendengar (tentang syurga itu) kecuali dia (ingin) memasukinya’. Kemudian Allah Swt. mengelilingi (syurga) dengan kesulitan-kesulitan (untuk mencapainya) dan berfirman kepada Jibril, ‘Wahai Jibril! Pergi (lalu) lihatlah (syurga itu)’. Jibril pun pergi untuk melihatnya. (Jibril) kembali seraya berkata, ‘Tuhanku, demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tidak seorang pun yang (dapat) memasukinya’.”


Rasulullah saw. juga bersabda: “Tatkala Allah Ta’ala menciptakan neraka, Dia berfirman, ‘Wahai Jibril! Pergi (lalu) lihatlah (neraka itu)’. Jibril pun pergi untuk melihatnya. (Jibril) kembali seraya berkata, ‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu dan kemuliaanMu, tidak seorang pun mendengar (tentang neraka itu) kecuali ia tidak berkeinginan untuk memasukinya’. Kemudian Allah Swt. mengelilingi (neraka itu) dengan keinginan-keinginan syahwati dan berfirman kepada Jibril, ‘Wahai Jibril! Pergi dan lihatlah neraka itu’. Jibril pun pergi untuk melihatnya. Kemudian ia kembali dan berkata, ‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu dan kemualiaanMu, sungguh aku khuatir bahawa tidak akan tersisa seorang pun kecuali akan memasukinya’.” ( kitab Sunan Abu Daud, hlm. 13-14)

Syurga Allah memang mahal harganya dan hanya dapat dicapai dengan kesungguhan dan kerja keras. Orang yang malas berjuang, beramal dan tidak menjalankan ibadah dengan baik tidak selayaknya mengharapkan syurganya

.

Nabi s.a.w telah bersabda:"Dihiasi jalan menuju ke Syurga dengan perkara yang di benci oleh manusia dan dihiasi jalan menuju ke Neraka dengan segala keinginan manusia." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sebagaimana yang kita ketahui bahawa perkara yang paling disukai oleh manusia biasanya adalah perkara yang selari dengan nafsu dan keinginan mereka. Kebanyakan kesukaan tersebut adalah perkara yang terlarang di dalam agama. Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran Surah Ali Imran ayat 14:


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat (perkara yang diingini nafsu) , iaitu wanita-wanita, anak-anak dan hartabenda yang banyak yang melimpah-limpah berupa emas, perak, kuda-kuda yang dipelihara yang bertanda serta baik, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu merupakan kesenangan hidup didunia. (Ingatlah) disisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."

" Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada perkara kejahatan" (Surah Yusof : 53)

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Syurga merupakan suatu yang diimpikan oleh setiap individu. Tetapi ia disediakan oleh Allah s.w.t hanya bagi hamba-hambanya yang beriman. Namun jalan untuk menuju syurga tidak semudah dengan sekadar melafazkan kata-kata aku beriman tetapi ia menuntut suatu yang lebih besar daripada itu. Ia menuntut kita untuk melaksanaakan tuntutan-tuntutan iman yang termaktub di dalam Al-Quran.


Firman Allah s.w.t : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabut : 2,3)


Firman Allah s.w.t :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?.” (Surah Ali-Imran : 142)


Setelah kita telah diuji dengan pelbagai ujian yang menuntut pengorbanan jiwa dan harta kita dan kita mampu bersabar serta tabah dengan ujian-ujian tersebut, ketika itu barulah kita mula menapakkan kaki kita di jalan yang sebenar.

Kehidupan kita pada masa kini penuh dengan tipu daya yang maha hebat. Sistem-sistem kehidupan yang dirancang oleh musuh Islam sudah lama bertapak di dalam hidup para muslimin sejak berabad lamanya. Yang tidak pernah tahu tentang cara hidup Islam terus kekal dalam keadaan begitu, bahkan yang mengetahuinya pula, menyembunyikannya malah berlaku zalim terhadap Islam. Benarlah perumpamaan Allah swt dalam Al-Quran bahawa dunia ini adalah tempat tipu daya (Darul Gharar), dan akhirat jualah tempat yang abadi (Darul Khulud) yang mana tipu daya tidak berlaku di sana.

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan, sesuatu yang melalaikan, perhiasan, dan (alat) berbangga-bangga di antara kamu, bermegah dan berbangga dalam hal banyak harta dan anak keturunan. Laksana hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, lalu tanaman itu mengering, dan tampak olehmu warnanya menguning, kemudian jadi rosak. Dan di akhirat (nanti) ada adzab pedih, serta ampunan dari Allah dan ridha-Nya. Kehidupan dunia tiada lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadîd [57]: 20)

Oleh kerana manusia itu hidup di dunia lebih dahulu iaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini, mereka berhadapan dan merasa dengan nikmat dan azabnya lebih dahulu sebelum nikmat dan azab Akhirat, manusia terpesona hidup di sini. Mereka terlalai, terlupa kehidupan di sana, yaitu negara Akhirat. Oleh yang demikian ini mereka bersungguh-sungguhlah mengejar nikmat dunia dan mengelak azab di dunia ini. Diperahlah otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengan tidak jemu-jemu walau susah tapi dapat dihadapi kesusahan itu. Wallahu’alam


















Sabtu, 19 Mac 2011

SULUK WUJIL



Sunan Bonang

Oleh Mas Kumitir

1

Inilah ceritera si Wujil

Berkata pada guru yang diabdinya

Ratu Wahdat

Ratu Wahdat nama gurunya

Bersujud ia ditelapak kaki Syekh Agung

Yang tinggal di desa Bonang

Ia minta maaf Ingin tahu hakikat

Dan seluk beluk ajaran agama

Sampai rahsia terdalam

2

Sepuluh tahun lamanya

Sudah Wujil

Berguru kepada Sang Wali

Namun belum mendapat ajaran utama

Ia berasal dari Majapahit

Bekerja sebagai abdi raja

Sastra Arab telah ia pelajari

Ia menyembah di depan gurunya

Kemudian berkata Seraya menghormat

Minta maaf

3

“Dengan tulus saya mohon

Di telapak kaki tuan Guru

Mati hidup hamba serahkan

Sastra Arab telah tuan ajarkan

Dan saya telah menguasainya

Namun tetap saja saya bingung

Mengembara kesana-kemari

Tak berketentuan.

Dulu hamba berlakon sebagai pelawak

Bosan sudah saya

Menjadi bahan tertawaan orang

4

Ya Syekh al-Mukaram!

Uraian kesatuan huruf

Dulu dan sekarang

Yang saya pelajari tidak berbeda

Tidak beranjak dari tatanan lahir

Tetap saja tentang bentuk luarnya

Saya meninggalkan Majapahit

Meninggalkan semua yang dicintai

Namun tak menemukan sesuatu apa

Sebagai penawar

5

Diam-diam saya pergi malam-malam

Mencari rahsia

Yang Satu dan jalan sempurna

Semua pendeta dan ulama hamba temui

Agar terjumpa hakikat hidup

Akhir kuasa sejati

Ujung utara selatan

Tempat matahari dan bulan terbenam

Akhir mata tertutup dan hakikat maut

Akhir ada dan tiada

6

Ratu Wahdat tersenyum lembut

“Hai Wujil sungguh lancang kau

Tuturmu tak lazim

Berani menagih imbalan tinggi

Demi pengabdianmu padaku

Tak patut aku disebut Sang Arif

Andai hanya uang yang diharapkan

Dari jerih payah mengajarkan ilmu

Jika itu yang ku lakukan

Tak perlu aku menjalankan tarikat

7

Siapa mengharap imbalan uang

Demi ilmu yang ditulisnya

Ia hanya memuaskan diri sendiri

Dan berpura-pura tahu segala hal

Seperti bangau di sungai

Diam, bermenung tanpa gerak.

Pandangnya tajam, pura-pura suci

Di hadapan mangsanya ikan-ikan

Ibarat telur, dari luar kelihatan putih

Namun isinya berwarna kuning

8

Matahari terbenam, malam tiba

Wujil menumpuk potongan kayu

Membuat perapian, memanaskan

Tempat pesujudan Sang Zahid

Di tepi pantai sunyi di Bonang

Desa itu gersang

Bahan makanan tak banyak

Hanya gelombang laut

Memukul batu karang

Dan menakutkan

9

Sang Arif berkata lembut

“Hai Wujil, kemarilah!”

Dipegangnya kucir rambut Wujil

Seraya dielus-elus

Tanda kasih sayangnya

“Wujil, dengar sekarang

Jika kau harus masuk neraka

Kerana kata-kataku

Aku yang akan menggantikan tempatmu” …

11

“Ingatlah Wujil, waspadalah!

Hidup di dunia ini

Jangan ceroboh dan gegabah

Sadarilah dirimu

Bukan yang Haqq

Dan Yang Haqq bukan dirimu

Orang yang mengenal dirinya

Akan mengenal Tuhan

Asal usul semua kejadian

Inilah jalan makrifat sejati”

12

Kebajikan utama (seorang Muslim)

Ialah mengetahui hakikat salat

Hakikat memuja dan memuji

Salat yang sebenarnya

Tidak hanya pada waktu isya dan maghrib

Tetapi juga ketika tafakur

Dan salat tahajud dalam keheningan

Buahnya ialah mnyerahkan diri senantiasa

Dan termasuk akhlaq mulia

13

Apakah salat yang sebenar-benar salat?

Renungkan ini:

Jangan lakukan salat

Andai tiada tahu siapa dipuja

Bilamana kau lakukan juga

Kau seperti memanah burung

Tanpa melepas anak panah dari busurnya

Jika kau lakukan sia-sia

Kerana yang dipuja wujud khayalmu semata

14

Lalu apa pula zikir yang sebenarnya?

Dengar:

Walau siang malam berzikir

Jika tidak dibimbing petunjuk Tuhan

Zikirmu tidak sempurna

Zikir sejati tahu bagaimana

Datang dan perginya nafas

Di situlah

Yang Ada, memperlihatkan

Hayat melalui yang empat

15

Yang empat ialah tanah atau bumi

Lalu api, udara dan air

Ketika Allah mencipta Adam

Ke dalamnya dilengkapi

Anasir ruhani yang empat:

Kahar, jalal, jamal dan kamal

Di dalamnya delapan sifat-sifat-Nya

Begitulah kaitan ruh dan badan

Dapat dikenal bagaimana

Sifat-sifat ini datang dan pergi, serta ke mana

16

Anasir tanah melahirkan

Kedewasaan dan keremajaan

Apa dan di mana kedewasaan

Dan keremajaan?

Dimana letak

Kedewasaan dalam keremajaan?

Api melahirkan kekuatan

Juga kelemahan

Namun di mana letak

Kekuatan dalam kelemahan?

Ketahuilah ini

17

Sifat udara meliputi ada dan tiada

Di dalam tiada, di mana letak ada?

Di dalam ada, di mana tempat tiada?

Air dua sifatnya: mati dan hidup

Di mana letak mati dalam hidup?

Dan letak hidup dalam mati?

Kemana hidup pergi Ketika mati datang?

Jika kau tidak mengetahuinya

Kau akan sesat jalan

18

Pedoman hidup sejati ialah mengenal hakikat diri

Tidak boleh melalaikan shalat yang khusyuk

Oleh karena itu ketahuilah

Tempat datangnya yang menyembah

Dan Yang Disembah

Pribadi besar mencari hakikat diri

Dengan tujuan ingin mengetahui

Makna sejati hidup

Dan arti keberadaannya di dunia

19

Kenalilah hidup sebenar-benar hidup

Tubuh kita sangkar tertutup

Ketahuilah burung yang ada di dalamnya

Jika kau tidak mengenalnya

Akan malang jadinya kau

Dan seluruh amal perbuatanmu,Wujil

Sia-sia semata

Jika kau tak mengenalnya.

Karena itu sucikan dirimu

Tinggalah dalam kesunyian

Hindari kekeruhan hiruk pikuk dunia

20

Keindahan, jangan di tempat jauh dicari

Ia ada dalam dirimu sendiri

Seluruh isi jagat ada di sana

Agar dunia ini terang bagi pandangmu

Jadikan sepenuh dirimu Cinta

Tumpukan pikiran, heningkan cipta

Jangan bercerai siang malam

Yang kau lihat di sekelilingmu

Pahami, adalah akibat dari laku jiwamu!

21

Dunia ini Wujil, luluh lantak

Disebabkan oleh keinginanmu

Kini, ketahui yang tidak mudah rusak

Inilah yang dikandung pengetahuan sempurna

Di dalamnya kau jumpai

Yang Abadi

Bentangan pengetahuan ini luas

Dari lubuk bumi hingga singgasana-Nya

Orang yang mengenal hakikat

Dapat memuja dengan benar

Selain yang mendapat petunjuk ilahi

Sangat sedikit orang mengetahui rahasia ini

22

Karena itu, Wujil, kenali dirimu

Kenali dirimu yang sejati

Ingkari benda

Agar nafsumu tidur terlena

Dia yang mengenal diri

Nafsunya akan terkendali

Dan terlindung dari jalan

Sesat dan kebingungan

Kenal diri, tahu kelemahan diri

Selalu awas terhadap tindak tanduknya

23

Bila kau mengenal dirimu

Kau akan mengenal Tuhanmu

Orang yang mengenal Tuhan

Bicara tidak sembarangan

Ada yang menempuh jalan panjang

Dan penuh kesukaran

Sebelum akhirnya menemukan dirinya

Dia tak pernah membiarkan dirinya

Sesat di jalan kesalahan

Jalan yang ditempuhnya benar

24

Wujud Tuhan itu nyata

Mahasuci, lihat dalam keheningan

Ia yang mengaku tahu jalan

Sering tindakannya menyimpang

Syariat agama tidak dijalankan

Kesalehan dicampakkan ke samping

Padahal orang yang mengenal Tuhan

Dapat mengendalikan hawa nafsu

Siang malam penglihatannya terang

Tidak disesatkan oleh khayalan

35

Diam dalam tafakur,Wujil

Adalah jalan utama (mengenal Tuhan)

Memuja tanpa selang waktu

Yang mengerjakan sempurna (ibadahnya)

Disebabkan oleh makrifat

Tubuhnya akan bersih dari noda

Pelajari kaedah pencerahan kalbu ini

Dari orang arif yang tahu

Agar kau mencapai hakikat

Yang merupakan sumber hayat

36

Wujil, jangan memuja

Jika tidak menyaksikan

Yang Dipuja

Juga sia-sia orang memuja

Tanpa kehadiran

Yang Dipuja

Walau Tuhan tidak di depan kita

Pandanglah adamu

Sebagai isyarat ada-Nya

Inilah makna diam dalam tafakur

Asal mula segala kejadian menjadi nyata

38

Renungi pula,Wujil!

Hakikat sejati kemauan

Hakikatnya tidak dibatasi pikiran kita

Berpikir dan menyebut suatu perkara

Bukan kemauan murni

Kemauan itu sukar dipahami

Seperti halnya memuja Tuhan

Ia tidak terpaut pada hal-hal yang tampak

Pun tidak membuatmu membenci orang

Yang dihukum dan dizalimi

Serta orang yang berselisih paham

39

Orang berilmu

Beribadah tanpa kenal waktu

Seluruh gerak hidupnya

Ialah beribadah

Diamnya, bicaranya

Dan tindak tanduknya

Malahan getaran bulu roma tubuhnya

Seluruh anggota badannya

Digerakkan untuk beribadah

Inilah kemauan murni

40

Kemauan itu,Wujil!

Lebih penting dari pikiran

Untuk diungkapkan dalam kata

Dan suara sangatlah sukar

Kemauan bertindak

Merupakan ungkapan pikiran

Niat melakukan perbuatan

Adalah ungkapan perbuatan

Melakukan shalat atau berbuat kejahatan

Keduanya buah dari kemauan

Karya : Kanjeng Sunan Bonang