Jumaat, 18 Mac 2011

TANDA-TANDA KIAMAT




Setiap kejadian makhluk Allah pasti akan menempoh proses perubahan sehinggalah bila sampai tempohnya, semuanya akan lenyap @musnah akhirnya, samada melalui Kiamat Kecil (mati) @ Kiamat Besar, sbb.makhluk ini tidak kekal sifatnya. Azab dan nikmat hidup selesa di dunia ini tidaklah sehebat lagi kekal berbanding hidup di akhirat nanti. Batas di antara dunia dengan Akhirat ialah alam kubur atau alam barzakh. Di sana ditahan buat sementara waktu. Di sana juga ada kesusahan dan ada kesenangan macam di dunia juga. Dunia ini yang fana ini juga diumpamakan sebagai pentas lakonan dan dipenuhi dengan tipuan belaka.

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan, sesuatu yang melalaikan, perhiasan, dan (alat) berbangga-bangga di antara kamu, bermegah dan berbangga dalam hal banyak harta dan anak keturunan. Laksana hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, lalu tanaman itu mengering, dan tampak olehmu warnanya menguning, kemudian jadi rosak. Dan di akhirat (nanti) ada adzab pedih, serta ampunan dari Allah dan ridha-Nya. Kehidupan dunia tiada lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadîd [57]: 20)

“Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit”(At-taubah : 38) 

Tidak ada manusia yang dapat menolak bahawa hidup di dunia ini adalah sementara waktu. Namun demikian, oleh kerana manusia itu hidup di dunia lebih dahulu yaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini, mereka berhadapan dan merasa dengan nikmat dan azabnya lebih dahulu sebelum nikmat dan azab Akhirat, manusia terpesona hidup di sini. Mereka terlalai, terlupa kehidupan di sana, yaitu negara Akhirat. Oleh yang demikian ini mereka bersungguh-sungguhlah mengejar nikmat dunia dan mengelak azab di dunia ini. Diperahlah otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengan tidak jemu-jemu walau susah tapi dapat dihadapi kesusahan itu. Walau menderita dari berbagai-bagai ujian yang dihadapi tapi manusia sanggup berhadapan dengannya. Adakalanya ingin mengejar keuntungan, rugi yang dapat, inginkan kesenangan, susah yang dapat. Kebahagiaan yang dikejar, penderitaan yang datang. Kebaikan yang diburu, kemalangan yang dijumpai. Namum manusia tidak jemu-jemu, tidak rasa kecewa dan tidak putus asa, gunakan tenaga yang ada itu buru lagi dunia. Hingga ruangan untuk Akhirat tidak ada sama sekali atau tenaga yang sedikit-sedikit yang tinggal. Itulah untuk Akhirat, itu pun mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa membeban, terasa terhina, terasa malu membuatnya. WALLAHUA'LAM.


ANTARA TAHU DAN FAHAM ???

Pendidikan perlulah ada langkah demi langkah untuk memahamkan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kecil, kita diajar cara berwuduk tanpa mengetahui dalilnya. Alangkah eloknya jika kita semakin pandai membaca, maka kita cuba lagi menggali sedikit demi sedikit lautan mutiara ilmu dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sekadar tahu dalilnya sahaja tetapi dapat menyelami hikmah dan faedahnya. Semua ini akan mengukuhkan keyakinan kita terhadap ajaran Allah s.w.t.

Allah berfirman dalam Al Qur’an yang maksudnya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi kalangan Ulul Albab. Iaitu mereka yang hatinya selalu bersama Allah di waktu berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari azab neraka. (QS Al Imron 190-191)

"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa ARAB, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya." (yusuf :2) “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang bagaimana Kamu menghidupkan mereka yang mati. Berkata Allah: Apakah kamu tidak yakin? Berkata Ibrahim: Aku telah yakin akan tetapi agar hatiku mantap (dengan iman).”(Al-Baqarah:260) Pencarian bukti dan dalil merupakan suatu yang amat dituntut oleh agama kerana melaluinya keyakinan dan cara hidup yang mantap akan terbina. Jika keyakinan seseorang telah pun mantap, ia akan memantapkan lagi keyakinan itu. Dalam konteks Nabi Ibrahim, permintaan baginda untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan orang yang mati bertujuan untuk meningkatkan lagi makam keyakinan baginda daripada ilmu al-yakin (keyakinan berdasarkan hujah ilmu) kepada ain al-yakin (keyakinan berdasarkan penglihatan). Hal ini disebutkan dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Agar umat Islam tidak mengikut sesuatu yang tidak bersandarkan bukti dan dalil. Janganlah mengikut sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang meyakinkan.

Hari ini pendidikan Islam sedang menerima cabaran baru serba hebat sekali. Kajian mendapati kebanyakan pelajar melihat pendidikan agama Islam hanyalah sebagai satu daripada mata pelajaran untuk peperiksaan. Pendidikan agama Islam diletakkan sama tarafnya dengan pendidikan lain seperti matematik, ekonomi atau sains. Pendidikan Islam tidak lagi diterima sebagai ilmu asas untuk memahami mengapa seseorang insan dicipta dan dilahirkan ke dunia ini. Pendidikan Islam menjadi semakin sempit maksudnya sama ada daripada segi definisi dan juga ruang lingkup pembelajarannya. Tentulah ini berlaku kerana sesetengah perancang kurikulum sendiri mungkin turut tertutup 'mata hati' apabila hanya melihat pendidikan Islam sebagai satu subjek sekolah semata-mata. Malang sekali nasib pendidikan Islam di negara ini.

Jelas banyak yang tidak kena dengan pengamalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan agama Islam di dalam sistem pendidikan negara ini. Kurikulum yang dirangka menunjukkan kesepaduan antara ibadah, tauhid, fiqah, sejarah dan pengajian al-Quran serta ditambah lagi dengan program J-QAF dan KAFA. Namun pedagogi pendidikan Islam tidak banyak berubah sejak sekian lama. WALLAHUA'LAM




Rombak pembelajaran pendidikan Islam
http://kerabubersuara.blogspot.com/2009/06/rombak-pembelajaran-pendidikan-islam.html

Selasa, 15 Mac 2011

Mengendalikan Kuda Liar Bernama Nafsu.

Nafs atau nafsu dalam pandangan sufi ibarat kuda liar di dalam diri manusia yang harus dikendalikan.Shah Syahidullah Faridi di dalam essaynya “Psikologi Spiritual Islam” yang dikutip oleh KaptenW.B. Rabbani mengilustrasikan (redaksional ...diubah):

Sebagai kuda liar, nafsu harus kita kendarai untuk menyelesaikan perjalanan kehidupan duniawi kita. Sebagai perbandingan atau ibarat, kuda adalah perbandingan yang tepat. Karena seekor hewan yang belum dijinakkan adalah kekuatan yang liar dan tidak terkontrol. Jika dibiarkan berkelana ke tempat-tempat yang ia sukai dan melakukan apa yang ia inginkan, maka akibatnya tak lain adalah pergolakan dan kehancuran. Dan jika si pengendara tidak dapat mengendalikannya, maka ia akan lari bersamanya jatuh keluar jalan yang membawanya ke tujuannya dan akhirnya melemparkan dia ke reruntuhannya yang terakhir. Tetapi jika si kuda bisa dijinakkan dan dengan hati-hati diajari untuk mengikuti perintah tuannya, maka ia akan menjadi kendaraan sehingga ia bisa sampai ke tujuan yang sebenarnya. Jadi nafs bila dibiarkan liar dan tidak terkendalikan akan membawa manusia ke rimba belantara hawa nafsu dan syahwat yang kotor, dimana ia tidak menemukan tempat istirahat dan berakhir dalam keadaan tertinggal dan rusak; sementara jika ia menerima pelajaran disiplin dan pelatihan yang panjang maka ia akan menjadi sahabat dan penolong manusia yang dipercaya untuk memenuhi takdirnya yang paling mulia, yaitu mengenal Tuhan dan bermanfaat untuk tujuan-tujuan-Nya.

BILA NAFSU MENGUASAI DIRI

Setiap manusia dibekalkan oleh Allah Ta'ala dengan akal dan nafsu. 2 pemberian Allah ini perlu diguna dan dijaga dengan sebaik-baiknya kerana tersalah letak dan tersalah guna akan menyebabkan hidup kita sengsara.

Nafsu ibarat kuda liar yang perlu dilatih dan dijinakkan supaya ianya tidak lari dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain. Allah Ta'ala sengaja menjadikan nafsu di dalam diri manusia supaya manusia berusaha untuk mendidik nafsu mereka dengan nilai-nilai keagamaan dan tazkiyah diri dengan amalan-amalan ibadah menghambakan diri kepada Allah Ta'ala.

Nafsu juga boleh disifatkan sebagai laluan syaitan untuk melalai dan menyesatkan manusia. Ini kerana nafsu manusia boleh menjadi tamak haloba, hilang sifat kemanusiaannya hingga sanggup menipu, menyakiti, mencederakan, merogol malah membunuh.

Apabila nafsu sudah menguasai diri ibarat akal yang sudah di bawah pengaruh ganja. Hilang belas kasihan bila sudah gian hingga sanggup berbuat apa sahaja hingga mencederakan orang lain.Apabila nafsu berkuasa, maka peranan akal akan menjadi mengecut ibarat kata-kata Imam Al-Ghazali:"kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu daripada Malaikat."

Apabila nafsu menguasai diri, maka akan keluarlah berbagai cerita yang tidak elok seperti ayah merogol anak, guru mencabul murid, polis memperkosa gadis,anak membunuh ibu, adik beradik berbunuhan dan bermacam-macam lagi cerita buruk lantaran penangan nafsu yang tidak berjaya dikawal manusia.

Perlu diingat bahawa kita sejak kecil lagi sudah dibekalkan dengan nafsu, ada yang positif ada yang negatif. Nafsu perlu dididik sejak dari kecil, ibu bapalah yang patut memainkan peranan tersebut.Imam al-Ghazali pernah menyarankan agar anak-anak tidak dimuakan (manja) dengan kesenangan-kesenangan yang akan menggemukkan hawa nafsu. Sesekali biarlah anak-anak rasa sedikit kesukaran dalam kehidupannya.

Jangan pula berkata:"Biarlah, itukan budak-budak, nanti besar dididiklah". Ini pandangan yang salah, hakikatnya jika kecil payah dididik, bila remaja atau dewasa lagilah sukar. Ini kerana nafsu tua mengikut tuannya, lebih meningkat umur, lebih payah dibentuk dan dididik.

Oleh itu, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan mendidik anak-anak menjadi individu muslim yang mantap. Cemerlang di dunia dan di akhirat. Fahamkan anak-anak sejak dari kecil mengenai nafsu jahat dan yang baik.

Biasakan anak-anak dengan tuntutan syariat seperti solat, puasa, bab aurat supaya ia menjadi suatu kebiasaan dan tabiat. Bantulah anak menahan nafsu yang negatif. Ini kerana, kegagalan mendidik nafsu anak-anak sejak dari awal, lahirlah manusia dewasa yang berbangga dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukannya tanpa secebis rasa kekesalan apa yang dilakukannya.

Zaman remaja adalah waktu di mana cabaran hawa nafsunya amat besar. Apatah lagi, dugaan dan godaan sekeliling amat hebat, dengan gadis-gadis yang menawan, pusat hiburan sana-sini, pengedar dadah bertebaran mencari mangsa, kekayaan dan kemewahan dengan cara salah, kecanggihan internet yang tidak bertapis dan macam-macam lagi.

Remaja yang tidak ada perisai iman dalam dirinya akan mudah tewas dan hanyut dengan gelombang nafsunya. Remaja yang berjiwa Islam akan membezakan perkara yang makruf dan yang mungkar.

Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi saw) berkata:"Binasalah orang yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar". Jangan nanti pula semuanya disapu, yang baik buat tapi yang mungkar tidak tinggal, jika begitu akan berlaku kecelaruan dalam hidup.

Senjata menghadapi nafsu adalah Islam, iman, akal dan ilmu. Sebagaimana kata-kata seorang cendekiawan Islam:"Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan, dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan".

Tepuk dada tanya iman, apakah iman kita mampu mengekang nafsu, atau kita hanya mengikut kata nafsu. Jika selama ini kita sering tewas dengan nafsu dan keinginan yang bertentangan dengan syariat, maka saat untuk berubah ada di depan mata.

Jika berasa sudah selesa dengan maksiat dan sayang meninggalkannya, anda dalam kerugian sebenarnya. Segalanya tidak sukar jika ada keinginan, tanya diri:"nak ke tak nak berubah?". Andalah jawapan segalanya.

Membersihkan jiwa daripada hawa nafsu sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Kita kembali daripada jihad (peperangan) kecil kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan nafsu dan pembersihan hati).”

Menjadi kewajipan kita supaya sentiasa menjaga diri agar tidak dikuasai hawa nafsu walaupun sedikit. Sekiranya gagal menghilangkannya, sekurang-kurangnya kita menyanggah dan tidak mengikutinya.


Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. [Surah Sadd: 26]

NAFSU AMMARAH

sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan tidak lagi wujud perbezaan antara perkara baik dengan yang buruk. Begitu juga tidak timbul langsung perasaan duka atau sesal jika berlaku perbuatan jahat. Sebaliknya, perasaan gembira dan berpuas hati akan timbul akibat daripada melakukan kejahatan seperti yang diinginkan oleh nafsu jahat ini.

Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Mempersempit jalannya nafsu dengan puasa, memperkecil ruang gerak nafsu dengan dzikir, mempenjarakan nafsu dengan tafakur ilallah.

Jangan selalu mengkambing hitamkan syaitan (lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan) karena manusialah penyebab syaitan menggoda, disebabkan tidak kendalikan nafsu karena nafsu ada dipengaruhi oleh panca indra.



Badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan.


.Untuk menjalankan perjuangan Kerohanian ini, bagi upaya pengenalan kepada diri dan Tuhan, maka;


* badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,
* Ruh itu ibarat Raja.
* Pelbagai indera (senses) dan daya (fakulti) itu ibarat satu pasu...kan tentera,
* Aqal itu bisa diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
* Perasaan itu ibarat Pemungut sewa/cukai.
* Marah itu ibarat Pegawai Polis.
* Dengan pakaian Pemungut sewa/cukai, perasaan itu terus ingin merampas dan merampok. dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekerasan.

Kedua-duanya ini perlu ditundukkan di bawaah perintah Raja. Bukan dibunuh atau dimusnahkan karena mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan, tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal, maka tentulah Ruh akan hancur.

Ruh yang membiarkan daya-daya bawah menguasai daya-daya atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim. Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den dengannya yaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu. Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan nampak dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.

* Orang yang menurut HAWA NAFSU nampak seperti babi,
* orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,
* dan orang yang suci seperti Malaikat.

Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan amarah, sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan memantulkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala. WALLAHUA'LAM.


Jumaat, 11 Mac 2011

USUL 20



Usul 'Isyrin (20) dinukilkan oleh Imam Asy-syahid Hassan Al-Banna, merupakan antara panduan dan pemudahcara bagi memahami konsep dalam menyusuri kehidupan sebagai Muslim yang syumul.


1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.


‎Islam adalah satu sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sah.


2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.


Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabi buta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat Hadith yang thiqah.


3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan didalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.


Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.


4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.


Tangkal, azimat, al-wad’ (sesuatu yang diambil dari laut seperti kulit kerang untuk menghindarkan sakit mata), al-ma’rifah (mengetahui sesuatu perkara dengan tanda-tanda awal untuk mencari barang kecurian, tempat orang sesat dsb), kihanah (pemberitahuan tentang perkara-perkara ghaib pada masa akan datang atau perkara yang tersembunyi di dalam hati orang lain) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong di dalam perkara ini merupakan perkara mungkar yang wajib diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma’thurah (datang dari Rasulullah SAW).


5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat,yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.


Pendapat Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh menerima andaian pelbagai segi dan yang berhubung dengan masalih al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah syara’. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan adat. Asal pada ibadat ialah ta’abbud tanpa melihat kepada makna-makna. Dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.


‎6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.


Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan sebulat hati. Akan tetapi jika berlawanan dengannya maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya lebih utama diikuti. Walau bagaimanapun kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkan keburukan peribadi-peribadi tertentu di dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka. Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang mereka lakukan.


7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.


Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum.


8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.


Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub.


9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.


Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah syara’. Di antaranya ialah banyak furu’ di dalam hukum hakam yang tidak berlaku, melibatkan diri di dalam makna-makna ayat Al-Quran yang ilmu belum sampai kepadanya dan bercakap tentang kelebihan di antara sahabat R.A. dan khilaf yang berlaku di kalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan dibalas menurut niat mereka, tambahan pula takwil adalah dibenarkan.


10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.


Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah setinggi-tinggi aqidah Islam. Ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih serta penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sebagaimana ia datang tanpa takwil dan ta’thil. Kita jangan cuba mendedahkan khilaf di antara ulama’ di dalam masalah itu. Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.


11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.


Setiap bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri.


12. Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.


Bid’ah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil dan bukti.


13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.


Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh Allah di dalam Al-Qur'an iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Karamah yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan dengan dengan syara’ serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak mampu untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup atau pun setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu kepada orang lain.


14. Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.


Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur, menyelimutinya, meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada perkara-perkara bid’ah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.


15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.


Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan salah satu makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada masalah furu’ (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan bukannya permasalahan aqidah.


‎16. Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.


Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang sengaja dikemukakan dengan tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan”.


17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.


Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara’ walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.


18. Islam mengangkat peranan akal manusia.


Islam membebaskan aqal. Menggalakkan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama’, mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja didapati maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.


19. Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.


Boleh jadi perkara yang diteliti oleh pandangan syara’ tidak termasuk ke dalam perkara yang diteliti oleh pandangan aqal, begitu juga sebaliknya. Sungguh pun demikian, pandangan syara’ dan pandangan aqal tidak bercanggah dalam perkara-perkara yang qath’i (muktamad dan putus). Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertentangan dengan kaedah syara’ yang tsabit. Perkara dzanni, dari kedua-duanya ditakwilkan, agar bersesuaian dengan qath’i. Sekiranya pandangan syara’ dan pandangan aqal masih berada di peringkat dzann, maka pandangan syara’lah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah pandangan aqal dapat mentsabitkan kebenarannya atau ia akan gugur dengan sendirinya.


‎20. Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.


Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya melainkan jika beliau:

• Mengakui kalimah kufur
• Mengengkari perkara agama yang diketahui secara dharuri
• Mendustakan ayat Al-Quran yang jelas pengertiannya.
• Menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.
• Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.

Isnin, 7 Mac 2011

Bukannya MINYAK ...

Ringkasan Artikel

- “...kebimbangan tentang bangsa Arab dan perhatian kita kepada bangsa Arab bukanlah kerana banyaknya petrol yang mereka miliki, tetapi disebabkan kerana Agarna Islam.”

- "Selepas komunis tidak ada lagi musuh kita selain Islam"

- "Sesiapa yang membawa politik ke masjid adalah melakukan jenayah dan dosa"

- Sesungguhnya media massa memainkan peranan utama di dalam memberikan gambaran negatif terhadap Islam...

Ust Fathy Yakan


Oleh: Ust Fathy Yakan

Cabaran Global Yang Dihadapi Oleh Agama Islam (Agama Fitrah)

Kita dapat saksikan bagaimana agama Islam sebagai agama fitrah sedang menghadapi cabaran dalam semua sektor. Dan manusia dalam kehidupan dan tingkah lakunya kerap terkeluar dari fitrah yang Allah SWT telah tentukan ke atas mereka. Keadaan ini tidak terbatas sekadar itu sahaja, malah agama Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran yang menggunakan beraneka senjata untuk menghalang Islam dari mencapai kedudukan dalam membuat keputusan di peringkat antarabangsa dan menerajui kepimpinan manusia sejagat.

Di antara cabaran -cabaran tersebut ialah:

1. Cabaran Dalaman

Cabaran ini dihadapi melalui permainan pertentangan dan mewujudkan pertentangan yang membuat klasifikasi tentang tenaga dan sektor-sektor Islam, antara "helang dan merpati", antara ektrimis dengan sederhana dan antara pihak radikal dengan liberal. Begitu juga melalui cetusan sentimen mazhab, semangat perkauman, kebangsaan, kumpulan dan keluarga. Di antara buktinya ialah apa yang berlaku di Afghanistan, Kurdistan, Bahrain dan Selatan Sudan serta lain-lainnya. Demikian juga dengan persoalan sempadan kebangsaan dan kedaulatan yang merupakan bom jangka waktu yang boleh meledakkan seluruh dunia Islam.

Hal ini pernah disuarakan oleh tokoh agama Yahudi, M. Samuel dalam tulisannya yang berjudul "Kamu Bukan Orang Yahudi". Di antara lain katanya, "Kami orang-orang Yahudi adalah peruntuh. Kami akan tetap menjadi peruntuh selama-larnanya. Biar apa yang kami lakukan ia tidak cukup untuk memenuhi keperluan dan tuntutan kami. Kami akan menjadi peruntuh kerana kami mahu dunia ini untuk kami.

Dalam tulisan "Zaman Utusan Amerika"; kedudukan dan masa hadapan kerajaan-kerajaan Arab yang bersekutu dengan Washington ialah untuk menjadi perkakas yang tuli, yang dipelihara dengan hati-hati atau dihancurkan dengan mudah sekali mengikut keadaan dan keperluan Amerika. Ia bagaikan dalam gelanggang percaturan antarabangsa Amerika. Dalam Buku Moro Berger, "Dunia Arab Masa Kini", beliau menulis; kebimbangan tentang bangsa Arab dan perhatian kita kepada bangsa Arab bukanlah kerana banyaknya petrol yang mereka miliki, tetapi disebabkan kerana Agarna Islam. Kita mesti memerangi Islam untuk menghalang kesatuan bangsa Arab yang membawa kepada kekuatan kesatuan mereka kerana selalunya kekuatan Arab beriringan dengan kekuatan Islam, keagongan Islam dan penyebarannya. Justeru itulah muncul berbagai pakatan sulit untuk menghalang setiap usaha ke arah perpaduan dan kesatuan di kalangan bangsa Arab dan umat Islam.

Dalam satu dialog yang berlangsung di antara Kessinger dan beberapa pemimpin Yahudi, beliau menyebut; "Amerika Syarikat akan terus berusaha menyisihkan bangsa Arab dan menghalang mereka dari mewujudkan hubungan antarabangsa yang bebas dan berdaulat, bukan sahaja dengan Soviet Union malah dengan negara-negara Eropah Barat. Ini dengan tujuan untok mempastikan penguasaan kita secara menyeluruh dan meluas terhadap dasar-dasar Arab". Mengikutnya lagi, strategi yang kita jalankan sejak tahun 1973 ialah:

i. Berusaha untuk menghancurkan perpaduan Arab.
ii. Menyisihkan Soviet dari medan diplomatik.
iii. Mengekalkan situasi yang membolehkan Israel berurusan dengan jirannya secara bersendirian.

Sementara itu harapan saya, agar ingatan orang-orang Arab dan ingatan orang-orang Islam tidak akan melupai kata-kata Bekas Setiausaha Luar Amerika, Warren Christopher, sebelum pembentukan anggota kabinet Amerika yang baru, katanya: 'Kalau kita boleh meleburkan dunia Arab kepada 5, 000 buah negara, kita tidak akan teragak-agak melakukannya".

Dalam majalah "Cifonin" yang diterbitkan oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa, iaitu bilangan 24 terbitan tahun 1982, terdapat satu kajian yang panjang lebar. Di bawah ini kita mengambil beberapa petikan darinya; Penubuhan negara Qibti di bahagian hilir negeri Mesir merupakan penggerak pasti kepada perkembangan sejarah dalam jangka masa panjang, walaupun kini dihalang oleh perjanjian damai.

Menurutnya lagi; pembahagian Lubnan kepada lima wilayah, mencerminkan apa yang akan berlaku di seluruh dunia Arab. Pembahagian Syria dan Iraq kepada beberapa wilayah mengikut perbezaan agama dan keturunan seharusnya dalam jangka masa panjang menjadi matlamat keutamaan Israel. Langkah pertama ke arah operasi tersebut ialah menghancurkan kekuatan tentera negara-negara tersebut".

Katanya lagi; "Negara Iraq yang kaya dengan minyak dan mangsa pertarungan dalaman dengan sendirinya terletak dalam lingkungan jangkauan Israel. Kedudukan suku kaum Syria mendedahkan kepada perpecahan yang boleh melahirkan tiga buah negara. Satunya negara Syi'ah iaitu di sepanjang persisiran pantai dan dua buah negara Sunni di Halb dan Damsyik. Di samping kemungkinan masyarakat Duruz mendirikan negara di kawasan Bukit Golan yang kita kuasai ". Menurutnya lagi, "peperangan antara Syria dan Iraq akan menyumbang ke arah kehancuran kedua-dua negara dari dalam, sebelum kedua-dua negara itu memiliki kemampuan untuk membolehkannya memasuki peperangan secara meluas menentang kita". Katanya lagi; "Begitu juga dengan Semenanjung Tanah Arab yang secara keseluruhannya terdedah kepada perpecahan disebabkan tekanan dari dalam. Keadaan ini berpanjangan di Saudi Arabia dan di seluruh negara kerjasama Teluk. Justeru itu peningkatan krisis dalaman dan kejatuhan regim ini terrnasuk dalam rangka kerja polisi kita sekarang ini". Beliau menambah; "Setiap pertarungan antara negara Arab membawa keuntungan kepada kita dan akan menyegerakan saat ledakan".

2. Cabaran Sosial

Cabaran ini mencetuskan persengketaan antara berbagai golongan dengan menyebarkan keburukan dan maksiat menerusi mafia dadah, mafia pelacuran, mafia sebaran am, menggalakkan dasar kepenggunaan, melariskan barangan mewah melalui berbagai kemudahan bertujuan untuk melemahkan semangat kerohanian serta ketahanan penentangan di kalangan umat Islam. Ini dilakukan melalui;

i. Galakan kepada program Freemason dan badan-badan yang bernaung di bawahnya.
ii. Munculnya gejala "memuja syaitan".
iii. Pelancongan Yahudi dan kegiatan merisik serta kegiatan yang merosakkan.
iv. Menarik balik larangan hubungan perdagangan dengan regim Israel.
v. Menghapuskan daripada kurikulum pelajaran di Kuwait setiap ayat Al-Qur'an yang menyentuh pertarungan dengan Yahudi.
vi. Menarik balik sekatan pemilikan tanah oleh orang Yahudi di Jordan.

3. Cabaran Ekonomi

Cabaran ini melalui dasar kepungan ekonomi dan merampas kekayaan negara dalarn berbagai bentuk serta penguasaan ke atas sumber kekayaan di dunia Islam (samada minyak,air, logam dan lain-lainnya). Sebagai buktinya,

i. Negara Iran dilarang daripada memiliki kekayaannya sendiri dan dipastikan supaya berada di dalam kawalan Bank Dunia. Pada masa yang sama Iran dihalang dari membuat keputusannya sendiri. Namun dasar paksaan ala penjajah antarabangsa ini pasti lebur dan hancur.

ii. Negara Sudan dilarang untuk mengeluarkan minyaknya bagi tujuan eksport selagi ia tidak tunduk di bawah telunjuk Amerika. Namun halangan ini juga akan cair menghadapi kekentalan wawasan dan agenda Islam di Sudan, insyaAllah.

4. Cabaran Aqidah, Ideologi dan Kebudayaan

Wawasan dan agenda Islam telah dan sedang menghadapi pelbagai konspirasi yang menentangnya. Di antaranya ialah ancaman kepada Islam yang secara lantang disuarakan oleh Clinton dalarn "Persidangan Keganasan" yang telah berlangsung di Sharm Sheikh, beliau dengan tegas menyifatkan Islam sebagai pengganas dan menggambarkan para pejuang kebebasan yang mahu membebaskan tanah air mereka dari cengkaman Israel sebagai penjenayah. Clinton menggambarkan juga Generasi lntifadah, Gerakan Hamas, Jihad Islam dan penentangan di Lubnan sebagai musuh-musuh perdamaian yang berusaha untuk menghalang perdamaian dan tindakan-tindakan mereka telah mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Dan di tempat yang lain beliau berkata: "Kita akan menjejaki golongan fundamentalis di selurah pelusuk dunia dan mereka tidak akan terlepas dari tangan kita. Mereka akan dibawa kepada pengadilan".

Dalam komentarnya terhadap "Persidangan Keganasan" di Sharm Sheikh, Encik Talal Salman, Ketua Pengarang akhbar 'al-Safr' menulis, katanya; "Lakunan palsu tidak lagi mampan mengelabui mata orang ramai, biar betapa bijak pengarah dan pelakonnya. 'Persidangan Keganasan" yang berlangsung di Sharm al-Sheikh itu sebenarnya adalah merupakan mahkamah antarabangsa untuk mengadili agama Islam, untuk men"tamaddunkannya'' dan membersihkannya dari faham ekstrimisme yang hauskan darah !.

Sidang kemuncak ini menjadikan diri mereka sebagai rujukan tertinggi dan mutlak yang berhak untuk menentukan siapa Muslim dan siapa pula yang terkeluar dari agama yang suci itu. Mereka juga menentukan siapakah orang mu'min yang sebenarnya dan siapakah yang murtad dan mesti dibunuh untuk melindungi orang Islam. Ia lebih tinggi dari al-Azhar al-Sharif dan lebih tinggi dari Najaf al-Sharif. (Akhbar al-Safir keluaran :13-3-l996).

Dalam persidangan keselamatan NATO yang diadakan di Munich pada 20hb. Feb. 1995, Setiausaha Agung Pertubuhan NATO menyebutkan bahawa "bahaya pihak fundamentalis (Islam) lebih kurang sama dengan bahaya komunis dahulu". Beliau menambah, "Selepas komunis tidak ada lagi musuh kita selain Islam". Dan beliau menyifatkan Islam sebagai "bahaya(ancaman) hijau".

Orang yang pertama menonjolkan (pandangan bahawa Islam adalah musuh selepas Komunis) ialah Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, Dick Cheney. Sementara itu, Presiden Turki, Suleiman Dimeral pada 13-2-1997 yang dipetik oleh agensi berita Anatolia, berkata; "Sesiapa yang membawa politik ke masjid adalah melakukan jenayah dan dosa". Beliau menambah kata; "adalah satu tanda kemunduran jika ada orang yang mahu kembali kepada sistem shari'ah sekali lagi".

Di samping itu, wawasan Islam juga berhadapan dengan cabaran ideologi secular, falsafah yang sesat, kepercayaan tidak beragama dan gerakan-gerakan yang diragukan seperti Freemason, Kelab Rotary dan Kelab Lion, gerakan sekularisme, gerakan pembaratan, persatuan memuja syaitan dan (Shuhud Yahuh).

5.Cabaran Sebaran Am

Wawasan dan Agenda Islam serta negara-negara umat Islam berhadapan dengan agenda politik yang telah diprogramkan; matlamatnya untuk meleburkan jatidiri dan keperibadian bangsa Arab, menggalakkan unsur-unsur jenayah, keganasan dan seks serta mewujudkan prasarana untuk ia berkembang biak. Sejajar dengan itu diadakan proses brain washing, penghantaran missionary Kristein, kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian, Institusi Pengajian Tinggi, Yayasan Kebajikan, Bantuan Kewangan, pita-pita video dan pelbagai agensi media massa yang kesemuanya bertujuan untuk menghancurkan keperibadian ummah.

Sesungguhnya media massa memainkan peranan utama di dalam memberikan gambaran negatif terhadap Islam khususnya kepada gerakan jihad yang mempertahankan tanahair kehurmatan ,maruah dan hak-hak mereka. Golongan ini dianggap sebagai penjenayah, fundamentalis,ekstrimis, radikalis dan yang seumpamanya. Juga melalui tindakan kejam oleh pehak-pehak keselamatan yang melakukan pembunuhan hasil desakan perisikan ketenteraan seperti Mossad C.I.A yang kemudiannya cuba dikaitkan dengan gerakan-gerakan Islam

6. Cabaran Keselamatan dan Ketenteraan (Amerika Syarikat dan Zionis)

Agenda Islam menghadapi cabaran yang getir dari aspek persenjataan dan ketenteraan. Ini dapat dibuktikan khususnya negara-negara seperti Iran, Syria, Sudan dan lain-lainnya dilarang dari memiliki senjata-senjata canggih, apatah lagi untuk memiliki senjata nuklear. Sebagai buktinya, Amerika menjadi gempar apabila Syria membeli beberapa senjata dari Cina. Perkara yang sama juga berlaku apabila ada berita yang mendedahkan Syria bercadang untuk membeli beberapa peralatan tentera dari Afrika Selatan.

Dunia menjadi gempar lagi apabila Iran membeli beberapa buah kapal laut, di antaranya kapal selam nuklear dari saki baki peralatan tentera Soviet Union. Demikian juga polisi terhadap Sudan, Libya dan Iraq yang bertujuan untuk menghancurkan mereka dari aspek ketenteraan, keupayaan untuk meningkatkan teknologi dan tenaga nuklear. Sebaliknya pula bagi kuasa besar tidak mengapa Israel memiliki beberapa reaktor nuklear dan beratus-ratus laras senjata roket nuklear yang bersedia untuk dilancarkan. Bagi kuasa besar, tidak mengapa kalau Israel tidak menandatangani perjanjian antarabangsa untuk menghentikan ujian nuklear. Apa yang di kehendaki oleh kuasa besar ialah Islam tanpa kekuatan, tanpa maruah dan bangsa Arab tanpa kemulian dan harga diri.

Agenda Islam Menukarkan Keadaan

Dari celah-celah pusingan penindasan, penderitaan, akibat kekejaman zionis di Palestin meledak intifadah golongan Hamas dan Jihad Islam. Dari rekahan dan rintihan penderitaan di Selatan Lubnan meletus penentangan Islam. Agenda Islam telah berjaya meledakkan tenaga jihad dan tenaga syahid. Operasi syahid yang dilancarkan secara berterusan telah berjaya meruntuhkan dongengan bahawa negara Zionis tidak boleh dikalahkan dan tidak boleh dijatuhkan oleh seluruh tentera Arab.

Cabaran Akhir yang Dihadapi oleh Islam

Usaha untuk melumpuhkan kuasa gerakan Islam yang menempati kursi parlimen di beberapa buah negara umat Islam dan yang menguasai kerajaan seperti yang berlaku di Iran, Sudan dan lain-lain. Kita tidak lupa dengan dasar perjanjian ketenteraan dan keselamatan muncul semula di kawasan ini. Terdapat perjanjian bersekutu antara tentera Turki ( General Daunama) dengan Regim Zionis yang turut disertai oleh Washinton dan Amman yang mengancam bangsa Arab dan Ummah Islam. Ia juga mengancam kesatuan negara-negara Arab dan Islam. Ia mengembalikan semula ingatan terhadap dasar pemecahan oleh Amerika dan Zionis.

Saya menyerahkan kepada anda semua untuk menentukan sejauh mana kesan konspirasi tersebut terhadap wawasan dan agenda Islam dan nasional yang di bawa oleh Setiausaha Luar Amerika Madlyn Albright dengan membaca dokumen "strategi masa hadapan pentadbiran Amerika." Doc.7,8.

Penipuan Amerika dan Zionis Terhadan Institusi Pemerintahan Arab

Antara cabaran yang dihadapi juga ialah persetujuan dan perjanjian khianat diantara pelbagai Regim dengan Regim zionis di bawah slogan dusta, umpamanya " Dasar Penciptaan Pendamaian", " Dasar Hidup Bersama Timur Tengah"."( Persetujuan Camp David) ,( Persetujuan Oslo), ( Persetujuan Wadi Arbah). Pengesahan dan pengiktirafan negara Arab dan Islam ( secara rasmi) terhadap segala tindakan ganas dan provokatif negara pengganas Israel melalui Persidangan Kemuncak Sharm El Sheikh.

Dasar mencabar yang didokong oleh Netanyahu ( Perdamaian sebagai balasan perdamaian, ( Perdamaian sebagai balasan ekonomi) menggantikan cadangan ( Tanah sebagai balasan Perdamaian) ( Dasar Pengyahudian dan Penempatan ) ( Menentang gelombang Islam ) . Seterusnya penyibaran risalah- risalah yang mencemarkan kesucian Rasulullah S.A.W dan Siti Maryam A.S . Demikiam juga dengan kemunculan Pertubuhan Sulit Zionis yang menggelarkan diri mereka sebagai ( Pertubuhan Penghapus Noda ) Bagi mereka kotoran tersebut ialah ( Masjid al Aqsa, Qubah Sakhrah, (Gereja al-Mahd di Baitullaham,( dokumen No: 9-10)

Cabaran besar terakhir ialah apa yang diputuskan oleh Kongres Amerika baru-baru ini untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Zionis. Kongres turut memperuntukkan seratus juta dollar untuk memindahkan Kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis.

Kesimpulannya Cabaran tersebut ialah:

1. Cabaran ideologi terhadap fitrah beriman kepada Allah . (Fenomena global yang mencemaskankan)
2. Cabaran alkohol terhadap fitrah aqal dan kewarasan pemikiran.
3. Cabaran vana bersifat instinct terhadap fitrah erkahwinan. (Penyakit AIDS bencana semasa.)
4. Cabaran temperement terhadap fitrah yang berasaskan keseimbangan dan kesederhanaan.
5. Cabaran maya terhadap fitrah yang bersaskan realiti
6. Cabaran berjaga malam dalam jangka yang lama terhadap fitrah tidur.
7. Cabaran gelojoh terhadap fitrah makan
8. Cabaran keburukan bagi fitrah kebaikan.
9. Cabaran susu tiruan terhadap fitrah penyusuan semulajadi.
10. Cabaran rumput tiruan terhadap fitrah makanan binatang ternakan ( penyakit lembu gila)
11. Cabaran biologi terhadap fitrah ciptaan Allah ( klon manusia dan kejuruteraan genetik.)
12. Kejuruteraan genetik, pengklonan manusia serta perubahan yang meyeluruh terhadap ciptaan Allah.
13. Cabaran global yang dihadapi oleh Islam ( sebagi Agama Fitrah)

Abu Zaid Ali-Idrus Fathani
At-Tafahnawi Ad-Deqahlawi
Republik Arab Mesir

Islam Di Eropah Memuncak ???

5,000 Rakyat British Masuk Islam Setiap Tahun Sejak 2001

Jumlah warga British yang memeluk Islam menjadi satu fenomena yang mencetuskan kerisauan orang eropah sehingga mereka namakannya sebagai pergerakan "Pengislaman Negara Britain".

Kenapa ramai yang memeluk Islam di sana sedangkan Islam semakin hebat diperburukkan oleh media-media barat dan juga mereka yang bencikan agama suci tersebut.

Ia berpunca daripada kesan memburuk-burukkan Islam juga di kalangan warga eropah yang membuatkan orang ramai yang mempunyai akal dan tidak mudah termakan oleh dakyah media berusaha untuk mengenali apa itu Islam.

Hasilnya sebilangan dari mereka tertarik dengan kebenaran Islam ketika mendalaminya lalu terus memeluk Islam. Mereka sedar Islam sebenarnya adalah agama fitrah yang mampu memberikan jawapan tepat kepada tujuan kehidupan.

Bagi mereka yang ada tertanam sedikit kepercayaan kepada Tuhan, apabila mencari ilmu tentang apa itu Tuhan mahu tak mahu akan mengakui bahawa apa yang diterangkan oleh Al-Quran tentang Tuhan itu adalah sebenar-benar Tuhan. Sebab itulah akidah yang sebenarnya yang dapat diterima oleh akal fikiran yang waras.

Pemahaman mereka terhadap kebenaran Islam akan membawa mereka kepada pengucapan Tiada Tuhan Selain Allah Yang Tiada Sesuatupun Menyerupainya Dan Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Kepada mereka yang berjuang atas dasar dakwah dan tetap dengan jalan tersebut walaupun difitnah dari segenap sudut perlu menjadikan ini sebagai kekuatan. Semakin kuat fitnah disemburkan melalui media kesannya hanya akan membawa rakyat ingin mengetahui pa sebenarnya Islam.

Tepat sekali kata Dr Asri bekas Mufti Perlis dalam rumusannya untuk tahun 2010 yang baru berlalu bahawa isu agama Islam yang sering menjadi bahan cerita serta bahan konflik di negara kita sepanjang tahun 2010 hanya membawa orang ramai mendalami ilmu serta kefahaman mereka terhadap agama Islam itu sendiri.

Mungkin akan sampai satu masa nanti orang bukan Islam akhirnya lebih faham apa itu Islam daripada orang yang telah lama mengaku Islam melalui keturunan di negara kita. Jangan ketika itu kita sampai beremosi dan mendakwa bahawa Islam itu hak eksklusif orang Melayu sudahlah.

Baca laporan "The Islamization Of Britian" di sini.

http://wartashubhi.blogspot.com/2011/01/5000-rakyat-british-masuk-islam-setiap.html



Wanita UK Lebih Ramai Memeluk Islam Berbanding Lelaki

  • Lebih 100,000 warga UK masuk Islam sejak tahun 2001
  • Jumlah wanita yang memeluk Islam lebih ramai dari lelaki
  • Purata umur mereka yang memeluk Islam adalah dalam lingkungan 27 Tahun
  • Tahun lepasa sahaja seramai 2,500 warga UK memeluk islam
  • Majoriti wanita yang memeluk Islam memilih untuk memakai tudung kepala tetapi tidak menjadikan purdah sebagai pilihan
  • Kaum wanita sudah bosan dengan tekanan masyarakat barat yang menghendaki mereka bersikap dengan cara yang tidak digemari.
  • Mereka lebih tertarik dengan perubahan sikap dari segi kerohanian yang ditawarkan Islam
  • Kebanyakan mereka adalah dari bandaraya London.
  • Mereka kebanyakannya berpelajaran tinggi
  • Mereka aktif berjuang memartabatkan kedudukan wanita dalam islam
  • Mereka kebanyakannya taat kepada agama yang telah mereka anuti dan merasakannya cocok dengan kehidupan di barat.
  • Mereka selesa menjadi Islam dan terus tinggal di UK dan tidak merasakan orang Islam terpinggir di sana.

Baca sini

Begitulah secara ringkasnya fakta-fakta suasana Islam di UK sekarang ini. Ketakutan musuh Islam di barat yang meramalkan Eropah bakal bertukar menjadi bumi umat Islam sedang menjadi kenyataan.

Terbalik dengan kita di Malaysia, banyak kejadian yang dicetuskan oleh umat Islam di sini lebih menjurus kepada orang bukan Islam menjauhi agama suci ini. Kita sering menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat yang berbeza agama.

Kita ada ahli parlimen yang banyak tulisan di blognya membayangkan sikapnya yang bersedia untuk menyiat kulit meraka yang berlainan agama, yang melabelkan orang bukan Islam sebagai prospek untuk diperangi dan dibunuh.

Kita ada organisasi yang ahlinya dari penganut Islam yang lebih suka memberikan sepenuh perhatian kepada Melayu daripada dakwah Islam itu sendiri, yang menggunakan segala kelebihan yang ada untuk meletakkan bangsa yang lain di kasta yang paling rendah.

Kita ada akhbar yang sentiasa melepaskan bom atom ke seluruh pelusuk negara setiap kali ada orang bukan Islam masuk perkarangan masjid, menghasut rakyat agar membenci bukan Islam yang mahu berjinak mengenali Islam, yang teringin menghafal terjemahan Al_Quran, yang ingin melaungkan anjuran Islam.

Kita ada segelintir umat Islam yang lebih suka menceritakan bagaimana hendak menghukum daripada menceritakan bagaimana hendak memberikan ganjaran, mereka lebih suka mencerca setelah berjaya membongkar kesilapan, daripada memuji dan memberi galakan dengan mencari kebaikan.

Ketakutan Kepada Islam Di Eropah Memuncak !

Pada tahun 2001, bancian yang dilakukan oleh sebuah agensi di France mendapati hanya 21% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan Masjid di negara mereka.

Namun baru-baru ini satu bancian baru yang dijalankan oleh IFOP (L'Institute Francais D'Opinion Public - Sebuah agensi kajian pemasaran antarabangsa di France) menunjukkan bahawa 41% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan masjid di France, ia meningkat sebanyak 2 kali ganda !.

Ketegangan atau ketakutan terhadap Islam berada di tahap yang tinggi yang tidak pernah dialami sebelum ini, kata Jerome Foquet pegawai yang mengetuai kajian tersebut.

Mengenai menara azan pula hanya seramai 19% yang bersetuju dengan pembinaannya, itupun jika ianya adalah satu ketetapan yang dituntut oleh agama. Walaupun pada tahun 2001 di mana berlakunya serangan 11 September, jumlah mereka yang menentang hanya 21%, peratusan ini tiba-tiba meningkat secara mendadak sekarang ini.

Perkembangan yang berlaku waktu ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada Nicolas Sarkozy yang cuba meneutralkan tekanan terhadap para pengganut Islam di France. Kajian di kalangan penyokongnya menunjukkan bahawa 46% menentang pembinaan masjid dan 55% menentang adanya menara azan.

Pecahan di kalangan pekerja makan gaji pula dan mereka yang bekerja sendiri menunjukkan sebanyak 65% mereka yang bekerja makan gaji menentang pembinaan masjid.

Melalui bancian website yang dijalankan oleh "figaro.fr" terhadap 49000 respondan, 73% menentang pembinaan masjid. Kajian yang sama di Jerman pula, menunjukkan seramai 78% daripada respondan menentang pembinaan masjid.

Rumusan daripada kajian yang dijalankan menyatakan ketakutan terhadap Islam di Eropah adalah atas percepsi bahawa Agama Islam merupakan "Agama Penakhluk".

Segala apa yang berlaku mungkin merupakan tempias atau lanjutan daripada pengharaman kerajaan Swiss terhadap pembinaan menara sebagai lambang Masjid di Negara mereka di mana terdapat 400,000 umat Islam. Akibat dari pengharaman tersebut timbul rungutan dan kemarahan dari seluruh umat Islam di seluruh negara Eropah.

Perkembangan di atas sepatutnya menyedarkan kita terhadap bahayanya arus deras yang sedang bangkit menentang para pengganut agama Islam di seluruh dunia walaupun para pemimpin kuasa-kuasa besar pada zahirnya nampak seperti sedang meneutralkan perpecahan dan buruk sangka terhadap Islam, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Bagaimana pula pandangan mereka yang Non-Muslim di Malaysia terhadap Islam?, satu kajian perlu dilakukan untuk tindakan kita selanjutnya.