Jumaat, 18 Mac 2011

ANTARA TAHU DAN FAHAM ???

Pendidikan perlulah ada langkah demi langkah untuk memahamkan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kecil, kita diajar cara berwuduk tanpa mengetahui dalilnya. Alangkah eloknya jika kita semakin pandai membaca, maka kita cuba lagi menggali sedikit demi sedikit lautan mutiara ilmu dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sekadar tahu dalilnya sahaja tetapi dapat menyelami hikmah dan faedahnya. Semua ini akan mengukuhkan keyakinan kita terhadap ajaran Allah s.w.t.

Allah berfirman dalam Al Qur’an yang maksudnya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi kalangan Ulul Albab. Iaitu mereka yang hatinya selalu bersama Allah di waktu berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari azab neraka. (QS Al Imron 190-191)

"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa ARAB, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya." (yusuf :2) “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang bagaimana Kamu menghidupkan mereka yang mati. Berkata Allah: Apakah kamu tidak yakin? Berkata Ibrahim: Aku telah yakin akan tetapi agar hatiku mantap (dengan iman).”(Al-Baqarah:260) Pencarian bukti dan dalil merupakan suatu yang amat dituntut oleh agama kerana melaluinya keyakinan dan cara hidup yang mantap akan terbina. Jika keyakinan seseorang telah pun mantap, ia akan memantapkan lagi keyakinan itu. Dalam konteks Nabi Ibrahim, permintaan baginda untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan orang yang mati bertujuan untuk meningkatkan lagi makam keyakinan baginda daripada ilmu al-yakin (keyakinan berdasarkan hujah ilmu) kepada ain al-yakin (keyakinan berdasarkan penglihatan). Hal ini disebutkan dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Agar umat Islam tidak mengikut sesuatu yang tidak bersandarkan bukti dan dalil. Janganlah mengikut sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang meyakinkan.

Hari ini pendidikan Islam sedang menerima cabaran baru serba hebat sekali. Kajian mendapati kebanyakan pelajar melihat pendidikan agama Islam hanyalah sebagai satu daripada mata pelajaran untuk peperiksaan. Pendidikan agama Islam diletakkan sama tarafnya dengan pendidikan lain seperti matematik, ekonomi atau sains. Pendidikan Islam tidak lagi diterima sebagai ilmu asas untuk memahami mengapa seseorang insan dicipta dan dilahirkan ke dunia ini. Pendidikan Islam menjadi semakin sempit maksudnya sama ada daripada segi definisi dan juga ruang lingkup pembelajarannya. Tentulah ini berlaku kerana sesetengah perancang kurikulum sendiri mungkin turut tertutup 'mata hati' apabila hanya melihat pendidikan Islam sebagai satu subjek sekolah semata-mata. Malang sekali nasib pendidikan Islam di negara ini.

Jelas banyak yang tidak kena dengan pengamalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan agama Islam di dalam sistem pendidikan negara ini. Kurikulum yang dirangka menunjukkan kesepaduan antara ibadah, tauhid, fiqah, sejarah dan pengajian al-Quran serta ditambah lagi dengan program J-QAF dan KAFA. Namun pedagogi pendidikan Islam tidak banyak berubah sejak sekian lama. WALLAHUA'LAM




Rombak pembelajaran pendidikan Islam
http://kerabubersuara.blogspot.com/2009/06/rombak-pembelajaran-pendidikan-islam.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan