5,000 Rakyat British Masuk Islam Setiap Tahun Sejak 2001
Jumlah warga British yang memeluk Islam menjadi satu fenomena yang mencetuskan kerisauan orang eropah sehingga mereka namakannya sebagai pergerakan "Pengislaman Negara Britain".
Kenapa ramai yang memeluk Islam di sana sedangkan Islam semakin hebat diperburukkan oleh media-media barat dan juga mereka yang bencikan agama suci tersebut.
Ia berpunca daripada kesan memburuk-burukkan Islam juga di kalangan warga eropah yang membuatkan orang ramai yang mempunyai akal dan tidak mudah termakan oleh dakyah media berusaha untuk mengenali apa itu Islam.
Hasilnya sebilangan dari mereka tertarik dengan kebenaran Islam ketika mendalaminya lalu terus memeluk Islam. Mereka sedar Islam sebenarnya adalah agama fitrah yang mampu memberikan jawapan tepat kepada tujuan kehidupan.
Bagi mereka yang ada tertanam sedikit kepercayaan kepada Tuhan, apabila mencari ilmu tentang apa itu Tuhan mahu tak mahu akan mengakui bahawa apa yang diterangkan oleh Al-Quran tentang Tuhan itu adalah sebenar-benar Tuhan. Sebab itulah akidah yang sebenarnya yang dapat diterima oleh akal fikiran yang waras.
Pemahaman mereka terhadap kebenaran Islam akan membawa mereka kepada pengucapan Tiada Tuhan Selain Allah Yang Tiada Sesuatupun Menyerupainya Dan Muhammad Itu Pesuruh Allah.
Kepada mereka yang berjuang atas dasar dakwah dan tetap dengan jalan tersebut walaupun difitnah dari segenap sudut perlu menjadikan ini sebagai kekuatan. Semakin kuat fitnah disemburkan melalui media kesannya hanya akan membawa rakyat ingin mengetahui pa sebenarnya Islam.
Tepat sekali kata Dr Asri bekas Mufti Perlis dalam rumusannya untuk tahun 2010 yang baru berlalu bahawa isu agama Islam yang sering menjadi bahan cerita serta bahan konflik di negara kita sepanjang tahun 2010 hanya membawa orang ramai mendalami ilmu serta kefahaman mereka terhadap agama Islam itu sendiri.
Mungkin akan sampai satu masa nanti orang bukan Islam akhirnya lebih faham apa itu Islam daripada orang yang telah lama mengaku Islam melalui keturunan di negara kita. Jangan ketika itu kita sampai beremosi dan mendakwa bahawa Islam itu hak eksklusif orang Melayu sudahlah.
Baca laporan "The Islamization Of Britian" di sini.
http://wartashubhi.blogspot.com/2011/01/5000-rakyat-british-masuk-islam-setiap.html
Wanita UK Lebih Ramai Memeluk Islam Berbanding Lelaki
- Lebih 100,000 warga UK masuk Islam sejak tahun 2001
- Jumlah wanita yang memeluk Islam lebih ramai dari lelaki
- Purata umur mereka yang memeluk Islam adalah dalam lingkungan 27 Tahun
- Tahun lepasa sahaja seramai 2,500 warga UK memeluk islam
- Majoriti wanita yang memeluk Islam memilih untuk memakai tudung kepala tetapi tidak menjadikan purdah sebagai pilihan
- Kaum wanita sudah bosan dengan tekanan masyarakat barat yang menghendaki mereka bersikap dengan cara yang tidak digemari.
- Mereka lebih tertarik dengan perubahan sikap dari segi kerohanian yang ditawarkan Islam
- Kebanyakan mereka adalah dari bandaraya London.
- Mereka kebanyakannya berpelajaran tinggi
- Mereka aktif berjuang memartabatkan kedudukan wanita dalam islam
- Mereka kebanyakannya taat kepada agama yang telah mereka anuti dan merasakannya cocok dengan kehidupan di barat.
- Mereka selesa menjadi Islam dan terus tinggal di UK dan tidak merasakan orang Islam terpinggir di sana.
Begitulah secara ringkasnya fakta-fakta suasana Islam di UK sekarang ini. Ketakutan musuh Islam di barat yang meramalkan Eropah bakal bertukar menjadi bumi umat Islam sedang menjadi kenyataan.
Terbalik dengan kita di Malaysia, banyak kejadian yang dicetuskan oleh umat Islam di sini lebih menjurus kepada orang bukan Islam menjauhi agama suci ini. Kita sering menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat yang berbeza agama.
Kita ada ahli parlimen yang banyak tulisan di blognya membayangkan sikapnya yang bersedia untuk menyiat kulit meraka yang berlainan agama, yang melabelkan orang bukan Islam sebagai prospek untuk diperangi dan dibunuh.
Kita ada organisasi yang ahlinya dari penganut Islam yang lebih suka memberikan sepenuh perhatian kepada Melayu daripada dakwah Islam itu sendiri, yang menggunakan segala kelebihan yang ada untuk meletakkan bangsa yang lain di kasta yang paling rendah.
Kita ada akhbar yang sentiasa melepaskan bom atom ke seluruh pelusuk negara setiap kali ada orang bukan Islam masuk perkarangan masjid, menghasut rakyat agar membenci bukan Islam yang mahu berjinak mengenali Islam, yang teringin menghafal terjemahan Al_Quran, yang ingin melaungkan anjuran Islam.
Kita ada segelintir umat Islam yang lebih suka menceritakan bagaimana hendak menghukum daripada menceritakan bagaimana hendak memberikan ganjaran, mereka lebih suka mencerca setelah berjaya membongkar kesilapan, daripada memuji dan memberi galakan dengan mencari kebaikan.
Ketakutan Kepada Islam Di Eropah Memuncak !
Pada tahun 2001, bancian yang dilakukan oleh sebuah agensi di France mendapati hanya 21% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan Masjid di negara mereka.
Namun baru-baru ini satu bancian baru yang dijalankan oleh IFOP (L'Institute Francais D'Opinion Public - Sebuah agensi kajian pemasaran antarabangsa di France) menunjukkan bahawa 41% daripada rakyat Perancis menentang pembinaan masjid di France, ia meningkat sebanyak 2 kali ganda !.
Ketegangan atau ketakutan terhadap Islam berada di tahap yang tinggi yang tidak pernah dialami sebelum ini, kata Jerome Foquet pegawai yang mengetuai kajian tersebut.
Mengenai menara azan pula hanya seramai 19% yang bersetuju dengan pembinaannya, itupun jika ianya adalah satu ketetapan yang dituntut oleh agama. Walaupun pada tahun 2001 di mana berlakunya serangan 11 September, jumlah mereka yang menentang hanya 21%, peratusan ini tiba-tiba meningkat secara mendadak sekarang ini.
Perkembangan yang berlaku waktu ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada Nicolas Sarkozy yang cuba meneutralkan tekanan terhadap para pengganut Islam di France. Kajian di kalangan penyokongnya menunjukkan bahawa 46% menentang pembinaan masjid dan 55% menentang adanya menara azan.
Pecahan di kalangan pekerja makan gaji pula dan mereka yang bekerja sendiri menunjukkan sebanyak 65% mereka yang bekerja makan gaji menentang pembinaan masjid.
Melalui bancian website yang dijalankan oleh "figaro.fr" terhadap 49000 respondan, 73% menentang pembinaan masjid. Kajian yang sama di Jerman pula, menunjukkan seramai 78% daripada respondan menentang pembinaan masjid.
Rumusan daripada kajian yang dijalankan menyatakan ketakutan terhadap Islam di Eropah adalah atas percepsi bahawa Agama Islam merupakan "Agama Penakhluk".
Segala apa yang berlaku mungkin merupakan tempias atau lanjutan daripada pengharaman kerajaan Swiss terhadap pembinaan menara sebagai lambang Masjid di Negara mereka di mana terdapat 400,000 umat Islam. Akibat dari pengharaman tersebut timbul rungutan dan kemarahan dari seluruh umat Islam di seluruh negara Eropah.
Perkembangan di atas sepatutnya menyedarkan kita terhadap bahayanya arus deras yang sedang bangkit menentang para pengganut agama Islam di seluruh dunia walaupun para pemimpin kuasa-kuasa besar pada zahirnya nampak seperti sedang meneutralkan perpecahan dan buruk sangka terhadap Islam, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Bagaimana pula pandangan mereka yang Non-Muslim di Malaysia terhadap Islam?, satu kajian perlu dilakukan untuk tindakan kita selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan