Ahad, 27 Februari 2011

Apakah itu HAARP???

Secara ringkasnya HAARP adalah akronim untuk High frekuensi Active Auroral Research Program adalah difokuskan pada kajian Fizik Atmosfera, Terastral Matahari dan Sains Radio. Antara tujuannya adalah untuk memahami, menstimulasi,dan mengawal proses lapisan ionosfera (ionospheric) yang dapat mengubah kinerja (kinetik) komunikasi dan menggunakan sistem surveilans (sistem rangkaian).

Pelbagai organisasi telah memberi sumbangan dalam program ini seperti Universiti Alaska, Universiti Stanford , Universiti Cornell, Universiti Massachusetts, UCLA, MIT, Universiti Dartmouth, Universiti Clemson, Universiti Penn State, Universiti Tulsa, Universiti Maryland, SRI International, Northwest Research Associates, Geospace Inc. dll.

Untuk lebih jelas lagi sila rujuk link dibawah:

1. WHAT IS HAARP? HOW IT LOOKS AND SOUNDS!

http://www.brojon.org/frontpage/bj1203.html

2. WIKIPEDIA

http://en.wikipedia.org/wiki/HAARP

3. General Question about HAARP

http://www.haarp.alaska.edu/haarp/faq.html

4. HAARP Fact Sheet

http://www.haarp.alaska.edu/haarp/factSheet.html

Apa itu pula ionosfera?

Ionosfera adalah lapisan bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfera bumi kita. Ionosfera sangat penting kerana ia menapis radiasi cahaya matahari (UV dan sebagainya) agar tidak terus ke bumi.

Ionosfera adalah wilayah atas atmosfera di mana terdapat sejumlah besar zarah bercas. Tenaga yang datang dari matahari, khususnya di sepanjang gelombang ultraviolet, molekul gas atmosfera dan atom dengan kekuatan yang cukup untuk mengeluarkan elektron. Hal ini menghasilkan elektron bermuatan negatif dan atom bermuatan positif dan molekul [ion], dipelihara dalam keadaan plasma yang mengalirkan arus elektrik dan merespon medan elektrik.

Apakah pula fungsi HAARP?

Ionosfera juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat yang ada di Bumi. Pada kemudahan HAARP di daerah terpencil di Alaska, pemancar radio terbesar di Bumi menghantar isyarat frekuensi tinggi ke ionosfera untuk lebih memahami pengaruh partikel bermuatan pada komunikasi radio dan sistem satelit pengawasan. Gelombang radio melalui ionosfera dipengaruhi oleh zarah bercas. Hal ini boleh mempengaruhi hal-hal seperti kualiti isyarat dari satelit ke tanah, atau komunikasi gelombang pendek dari tanah ke tanah.

HAARP juga dikatakan dapat mengatur cuaca melalui ionosfera, seperti menghasilkan hujan, gelora, tsunami dan masih banyak lagi yang sedang dikaji selidik.

Isu Konspirasi Menyalahguna Teknologi HAARP?


Seorang ilmuwan dunia bernama Dr.Rosalie Bartell telah mendakwa bahawa tentera Amerika sedang mengunakan sebuah sistem pengatur cuaca sebagai senjata pemusnah besar-besaran. Tujuannya adalah termasuk teknik bagi menghasilkan ribut badai dan mengatur arah pengewapan air di atmosfera bumi untuk menghasilkan banjir di tempat tertentu.

Bukan hanya Dr Bartell yang mengatakan hal ini, mantan penasihat keamanan bernama Zbigniew Brzezinski juga meramalkan hal ini dalam bukunya yang berjudul
"Between Two Ages". Di dalam bukunya, Ia menulis :

"Teknologi ini akan menyediakan teknik untuk melakukan peperangan rahsia yang hanya memerlukan sedikit pasukan seperti teknik memodifikasi cuaca yang dapat menimbulkan ribut badai yang berpanjangan."

Marc Filterman seorang mantan pejabat militeri Perancis pernah mengatakan bahawa Amerika telah memiliki teknologi untuk memanipulasi frekuensi radio untuk melepaskan keadaan cuaca tertentu seperti ribut badai dan taufan.

Konon pada tahun 2002, Rusia pernah membantah Amerika di suatu persidangan PBB dengan menuduhnya telah menciptakan beberapa bencana di Rusia dengan eksperimen-eksperimennya.



Banyak pihak yang menuntut jawaban mengenai HAARP tersebar di seluruh penjuru dunia. Mulai dari penduduk Alaska sendiri hingga para ilmuwan di Amerika dan Eropah. Mereka khuatir bahawa HAARP akan menciptakan kerosakan yang tidak mampu dipulihkan.

Menurut pihak tentera Amerika, mereka tidak ada tujuan untuk menciptakan senjata pemusnah. Aplikasi HAARP hanyalah digunakan untuk meningkatkan efisiensi dan efektifitasi pertahanan Amerika seperti untuk menciptakan sistem komunikasi kapal selam yang lebih efisien, memantau dan menangkis serangan rudal yang datang tiba-tiba dan untuk memantau topografi wilayah luas untuk tujuan pertahanan.

Walaupun pihak Amerika telah menyangkal, namun dokumen yang didedahkan oleh mereka jelas mengatakan bahawa HAARP didirikan memang untuk kepentingan pertahanan.


Teknologi HAARP dapat mengesan isyarat frekuensi rendah seperti pesawat dan missile melalui udara. HAARP juga disokong oleh 'radar cakerawala' (universal radar) atau Over The Horizon Radar, iaitu radar yang mengawal seluruh dunia kerana ia terletak di atmosfera. Tidak dapat diragukan lagi ketepatan (accuracy) dari radar HAARP tersebut. Bahkan saat ini lokasi setiap daerah di bumi dapat diketahui dengan jelas, lebih baik dari satelit kerana HAARP masih berada di bawah lapisan atmosfera.

Ikuti forum perdebatan di bawah ini;


Mempengaruhi fikiran manusia???

Dengan menghantar isyarat radiasi frekuensi rendah lampau (EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION) ke otak manusia, HAARP dikatakan boleh mengawal mood manusia. Pada dasarnya otak besar manusia bekerja pada 1-30 Pulse/Sec. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.

* Delta (1-4/sec)= Keadaan tidur
* Theta (4-7/sec)= Keadaan mengantuk atau baru bangun dan juga ini merupakan saat otak manusia masih kecil.
* Alpha (7-12/sec)= Keadaan Normal dan belajar
* Beta (tak terhitung/infiniti) = Keadaan Marah atau sedang dalam emosi yang tinggi.


Dengan gelombang rendah HAARP, minda dan emosi manusia dapat dimanipulasi dengan HAARP.


Peta Kematian Misteri Haiwan

Apa kebarangkalian dari kematian haiwan tersebut, yang semuanya berlaku dalam masa kurang dari seminggu yang disebabkan oleh fenomena yang berbeza (sejuk, hujan, penyakit, kembang api, dll)? Apa kebarangkalian kematian ini disebabkan oleh punca rahsia tunggal? ( iaitu eksperimen HAARP )




*****************

ANTARA LINK RUJUKAN LAIN YANG MENARIK;

1. http://www.bibliotecapleyades.net/haarp/esp_HAARP_16.htm

2.http://conspiracygrimoire.com/2010/02/26/breaking-news-strange-weather-radar-signatures-in-austrailia/

3.http://wn.com/Haiti_EarthQuake_HAARP_2010_Tectonic_Weapon_used

4.http://www.pakalertpress.com/2010/08/18/is-the-cia-playing-the-haarp-in-pakistan/

5.http://socioecohistory.wordpress.com/2009/10/28/nick-begich-haarp-weather-control-and-mind-control/

WALLAHUA'LAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan