Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].
Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW; “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)
Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud
World Tribune melaporkan bahawa Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz berada dalam keadaan kronik. Disebutkan, "Keadaan Raja Abdullah benar-benar buruk."
Surat Khabar terbitan AS mengutip berbagai sumber dari Barat melaporkan, "Raja Abdullah dalam beberapa hari ini, sangat kronik." Sementara itu, Raja Abdullah, Kamis lalu, diberitakan meninggal dunia. Menyusul pemberitaan kematian Raja Abdullah, Kerajaan Arab Saudi hingga kini tidak menepis isu yang berkembang itu.
Sebuah sumber lainnya menyebutkan bahwa Raja Abdullah berada dalam keadaan sakit, tapi tidak ada indikasi kronik yang akan menyebabkan kematiannya. Menurut laporan tersebut, Raja Abdullah menggalami gangguan jantung dan punggung kerana pembekuan darah. Bahkan disebutkan pula, Raja Abdullah mengidap penyakit mental (amnesia).
Hari Kamis, World Tribune menulis, sumber-sumber oposisi negara ini menyebutkan bahawa Raja Abdullah meninggal dunia di salah satu rumahnya di Maroko. Sementara itu, Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, pada hari itu juga, menyebutkan bahawa Raja Arab Saudi berada dalam keadaan baik.
Dalam enam bulan terakhir, Raja Arab Saudi menyerahkan tugasnya kepada Wakil Perdana Menteri Nayef bin Abdul Aziz yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi. Sumber-sumber pemberitaan Barat menyebutkan bahawa Nayef sejak akhir tahun 2010, menangani urusan luar negeri dan dalam negeri Arab Saudi.
Para analisis berpendapat, ada kemungkinan bahawa berita kematian Raja Abdullah bin Abdul Aziz itu sengaja disiarkan untuk mempengaruhi suasana politik di Timur Tengah. Namun jika seandainya berita ini benar, maka kawasan akan segera menyaksikan perubahan besar di Negeri Hijaz itu, dan bahkan di kawasan Timur Tengah secara keseluruhan.
Bilik Berita Alborz mengutip laporan Islam Times melaporkan kematian Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Berdasarkan laporan tersebut, Raja Abdullah beristirahat di Maroko. Saat itu, keadaan Raja Abdullah sakit berat dan meninggal dunia setelah terkena serangan jantung. (IRIB/Farsnews/AR)
Siapa Selepas Raja Abdullah ?
Raja Abdullah yang dilantik menjadi Raja Arab Saudi ke-6 pada 1 Ogos 2005. Walaupun baru dilantik menjadi Raja, peranannya sebagai Raja de facto sebenarnya telahpun bermula sejak tahun 1995 apabila Raja Fahd diserang strok.
Berbanding dengan Raja-Raja sebelumnya, Raja Abdllah merupakan Raja Arab Saudi yang tertua. Beliau berusia 81 tahun ketika dilantik menjadi Raja dan kini usianya telahpun mencecah 86 tahun.
Persoalan yang bermain sekarang ialah siapakah bakal Raja Arab Saudi seterusnya selepas Raja Abdullah bin ‘Abd al-’Aziz as-Saud. Pemilihan pengganti selepasnya sudah pasti akan menimbulkan konflik. Kenapa hal ini timbul sekarang ?
Sebenarnya ramai dari kalangan kita langsung tidak mengetahui bahawa kesemua Raja Arab Saudi adalah adik beradik dan anak kepada pengasas kerajaan beraja tersebut iaitu ‘Abd al-’Aziz as-Saud bin Abdul Rahman bin Faisal atau lebih dikenali sebagai Ibn Saud.
Raja Abdullah yang lahir pada bulan Ogos 1924 merupakan Raja Arab Saudi yang ke-6. Beliau mewarisi tahta negara tersebut setelah adik tirinya Raja Fahd meninggal dunia pada tahun 2005. Begitulah yang berlaku sebelumnya. Sebaik sahaja Ibn Saud meninggal dunia, tahta negara tersebut diwarisi pula oleh anak-anaknya daripada ibu yang berlainan.
Sistem penggiliran tahta Arab Saudi memang unik dan mungkin satu-satunya di dunia. Pada peringkat awalnya memanglah nampak elok namun ianya boleh menimbulkan konflik, malah perang saudara yang berpanjangan jika tidak kena caranya.
Arab Saudi Kirim Pasukan ke Bahrain untuk Tumpas Demo |
Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di atas. WALLAHUA'LAM. |
Ar Rayah World News
BalasPadamMungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua
http://ibnuyassir.blogspot.com/
dah mati ke belum raja saudi ni?...siapa penggantinya?
BalasPadamIni satu petanda kebangkitan Islam akan bermula dari negara Arab selepas kematian rajanya yang tiada pewaris.Bahkan ajen amerika(CIA) sudah tentu mencari peluang supaya campur tangan dalam hal ini untuk memilih lantikan baru daripada orangnya yang dengan cakap mereka berbangsa Arab. Keadaan ini mungkin akan berasa tidak senang hati dikalangan orang Islam. Mungkin juga boleh mencetus satu peperangan atau kacau bilau.Musuh2 Islam tidak akan biarkan kebangkitan itu berlaku kerana mereka khuatiri rancangan mereka untuk menguasai orang islam tidak berhasil.
BalasPadamAkhir zaman
BalasPadamRaja salman (raja Arab) sahabat baik kepada erdagon Turki ..mati nya raja salman dunia islam akan jatuh...
BalasPadamTurki jatuh dan dunia islam hura hara..hingga pentadbiran di ambil alih oleh imam al mahdi.
htttp://1akalwacanaminda.blogspot.com